Karyaku Di iLuvislam.com (Siapa Lebih Hebat?)

“Alhamdulillah.. Sebuah artikel/karya/bahan yang dihantar oleh anda telah diterbitkan di ruangan artikel iLuvislam.com pada 25 Mac 2010 yang baru berlalu”- Rosniza Abdullah (editor artikel).

Tidak disangka-sangka artikel berbentuk cerita yang saya tulis itu diluluskan oleh pihak iLuvislam.com. Itulah penulisan pertama saya sebelum mendaftarkan blog ini. Berbekalkan cerita yang saya dengar sewaktu zaman kanak-kanak dahulu, saya mencuba-cuba untuk menulisnya kembali dan berhasrat untuk diterbitkan di ruangan artikel iLuvislam.com. Alhamdulillah, akhirnya karya itu diterbitkan.


SIAPA LEBIH HEBAT?

Pada suatu hari, ada seorang buruh yang bekerja mengumpulkan batu-batan di sebuah gunung. Batu-batu yang diambil nanti akan digunakan untuk membuat rumahnya. Bagi memperoleh batu-batu di gunung itu, si buruh perlulah memecahkan batu-batan besar yang terdapat di gunung tersebut. Ketika buruh itu sedang melakukan kerjanya, cuaca sangat panas sehinggakan buruh itu terpaksa menanggalkan pakaiannya untuk menyejukkan badan.

Pada masa yang sama Si Matahari telah ketawa keriangan “Haha.. Betapa hebatnya aku, aku boleh memanaskan bumi sampaikan Si Buruh itu pun menanggalkan pakaiannya kerana terlampau panas kerana cahayaku”. Sejurus sahaja Si Matahari berkata demikian, Si Awan pun datang dan menutup cahaya Si Matahari daripada terus ke bumi.

Si Buruh pun berasa sangat lega sekali kerana cuaca menjadi mendung. Maka hilanglah kehebatan Si Matahari memanaskan bumi. Si Awan berkata kepada Matahari “Hai Matahari, aku lagi hebat daripada kau, kau boleh memancarkan cahaya kau, tetapi aku yang menghalangnya. Haha…”, kata Si Awan dengan angkuhnya.

Keriangan Si Awan tidak lama, tiba-tiba Si Angin telah datang dan menolak Si Awan ke tempat lain. Hilanglah kehebatan Si Awan. Si Angin pula berteriak kepada Si Awan “Sehebat kau menghalang cahaya Si Matahari, hebat lagi aku menolak kau, sekarang akulah yang paling hebat!”, teriak Si Angin. Si Angin pun menyusur dengan laju menunjukkan kehebatannya. Tetapi malang tidak berbau, Si Angin terlanggar dengan Si Gunung lalu berkecailah Si Angin dengan keangkuhannya itu.

Melihat kehebatannya menghalang Si Angin, Si Gunung pun membanggakan diri kepada Si Matahari dan Si Awan. “Aku telah mengalahkan Si Angin yang angkuh, siapa pula yang hebat sekarang ha?” Si Gunung berasa dirinya yang hebat antara semua. Si Matahari dan Si Awan berasa malu dan bersalah di atas keangkuhan mereka tadi. Tiba-tiba Si Gunung menjerit kesakitan menyebabkan Si Matahari dan Si Awan pun terkejut. Rupa-rupanya Si Buruh sedang memecahkan batu di kaki gunung. Si Gunung berasa sangat marah kepada Si Buruh tetapi apakan daya, dia tak dapat berbuat apa-apa. “Hai…nampak gayanya tak ada yang lagi hebat..”, kata Si Matahari dan Si Awan dengan nada sinis kepada Si Gunung.

PENGAJARAN :

Kisah di atas menunujukkan kita sebagai makhluk Allah S.W.T tidak berkuasa sama sekali.Si Buruh berasa panas disebabkan Si Matahari. Si Matahari dilindungi oleh Si Awan. Si Awan pula ditolak oleh Si Angin. Si Angin dihalang oleh Si Gunung. Akhirnya Si Buruh juga yang menyakiti Si Gunung.

Allah S.W.T tidak menciptakan kita sebagai makhluk-Nya sebagai sia-sia. Semuannya diciptakan hanyalah untuk beriman kepada Allah. Setiap daripada kita melengkapi antara satu sama lain, tidak ada yang kurang dan tidak ada yang lebih, semuanya adalah sama sahaja. Tidak ada yang lebih hebat melainkan Allah S.W.T.

Oleh itu siapa Yang Lebih Hebat? Selamat Beramal.

Oleh : jamalrafaie89
Editor : Rosnizah Abdullah

Website : www.iluvislam.com
  
PENGHARGAAN DAN IMPIAN

Saya mempunyai impian untuk menjadi seorang penulis suatu hari nanti. Impian menjadi seperti Ust Hasrizal, Hilal Asyraf dan ramai lagi penulis yang hebat. Tetapi sebelum ianya menjadi satu kenyataan , satu perjalanan yang panjang dan penuh liku perlu ditempuh terlebih dahulu.

“Seorang penulis lebih banyak membaca daripada menulis”

Saya sangat bersetuju dengan falsafah di atas. Benar. Seorang penulis perlulah mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi bagi membolehkan hasil penulisan itu memberi kesan kepada pembacanya.

Kisah “Siapa Lebih Hebat?” ini adalah satu bentuk percubaan bagi menghasilkan artikel yang lebih berkualiti pada masa akan datang. Banyak lagi yang perlu perbaiki untuk menjadi seorang penulis yang baik. Gaya bahasa, apa yang hendak disampaikan, memberi kesan atau tidak. Semua itu menjadi ruang lingkup seorang penulis. Moga impian saya menjadi kenyataan satu hari nanti. Insya-Allah.

Terima kasih diucapkan kepada pihak iLuvislam.com yang sudi menerbitkan artikel saya di laman web mereka. Moga artikel/karya yang tidak seberapa itu memberi kesan kepada pembacanya. Wallahua’alam..

SIAPA LEBIH HEBAT?

Blogger Templates

Jamalie_Jam @ jamalrafaie89.blogspot.com
13600 Perai, Pulau Pinang.

Related Post

6 Replies to “Karyaku Di iLuvislam.com (Siapa Lebih Hebat?)”

  1. salam Jamal Rafaie,

    Tahniah dgn ulasan yg bernas lagi tuntas.insya ALLAH sikit masa lagi akan muncul saiful islam 2 atau hilal asraf 2/…
    teruskan menulis dan kami tetp myokong..

    – bila ada ulasan mcm ni..terasa amat dekat dengan apa yang kita faham tentang di sebalik sebuah penceritaaan..syukur dan trimkasih

  2. Wasalam..

    Terima kasih kerana menyokong.. Insya-Allah, bidang penulisan ini akan diteruskan lagi.. Moga doa awak dimakbulkan Allah.. Amin..

  3. Assalamualaikum wbt..
    Alhamdulillah akhirnya saya dapat melayari iluvislam nie yang hanya dapat didengar dari kawan2 ^_^..Alhamdulillah.. syukur kepada Allah yang telah memberi peluang kepada saya untuk mengetahui keindahan islam lebih mendalam.. Saya telah membaca karya jamal Rafaie dan ia dapat dijadikan sebagai cara untuk kita berfikir kita ini siapa sebenarnya seperti dalam cerita “siapa lebih hebat”. teruskan perjuangan ke jalan Allah SWT,semoga hati kita ditetapkan iman buat selamanya..Insya-ALLAH..
    “Mati sudah pasti,Hidup INSYA-ALLAH..” Wassalam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *