Alhamdulillah.. Rabbani masih tetap unggul sehingga kini. Saya rasa setiap tahun kumpulan nasyid ini menggondol anugerah ‘Penyanyi Nasyid Paling Popular’ di Anugerah Bintang Popular Berita Harian. Memang setiap tahun, tapi dari tahun bila ya? Lalu dengan khidmat encik Google, saya berjaya menemuinya.
Rabbani adalah Artis Nasyid Paling Popular dari tahun 2001 sehinggalah sekarang (2010) !
Masih terasa lagi detik pemergian Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim yang meninggal dunia tahun lalu. Kini Rabbani masih lagi tetap unggul tanpa ketiadaan Allahyarham. Tahniah kepada mereka.
SATU PERSOALAN?
Satu persoalan yang timbul di antara saya dan rakan-rakan yang lain, iaitu berkaitan populariti nasyid di Malaysia ini. Jika kita perhatikan, artis nasyid yang dikenali oleh masyarakat kebanyakkannya adalah kumpulan Raihan, Rabbani dan Hijjaz. Yang lain tak popular ke?
Semasa saya kecil dahulu, banyak lagu-lagu nasyid ditayangkan di televisyen terutamanya ketika zaman lagu Puji-Pujian dari kumpulan Raihan. Selepas itu kumpulan Rabbani dan Hijjaz mengambil bahagian dalam mewarnai industri nasyid tanah air. Terlalu banyak lagu-lagu mereka disiarkan di radio dan televisyen sehinggakan lagu-lagu ini telah dihadam oleh masyarakat.
Namun, semua itu tidak lama. Semakin hari semakin sedikit lagu-lagu nasyid ditanyangkan di TV dan radio. Saya tidak tahu di mana silapnya. Sejak dari itu, lagu-lagu nasyid kurang diketengahkan di kalangan masyarakat. Akibatnya, hanya lagu-lagu tertentu sahaja yang diketahui umum.
“Puji-Pujian”, “Rasulullah”, “Assalamualaikum”, “Sepohon Kayu”. Lagu-lagu inilah yang diingati sehingga sekarang oleh kebanyakkan orang.
Saya berani mengatakan lagu-lagu nasyid sekarang kurang mendapat tempat di kalangan masyarakat. Ianya hanya berlegar di radio IKIM.FM (termasuk radio nasyid online), dan di kalangan peminatnya sendiri. Jika ada disiarkan di radio tempatan pun, hanyalah sebelum masuknya waktu solat lagu yang dipasang kebanyakkannya lagu-lagu yang lama.
Tidak perlu mengambil contoh yang jauh, cuba sahaja bertanya dengan masyarakat, berapa ramaikah yang mengetahui Raihan telah mengeluarkan album yang baru? Hijjaz bagaimana? Zaman ‘popular’ itu telah berlalu bagi saya. (Popular di radio dan TV)
Walau bagaimanapun, ucapan tahniah kepada Berita Harian kerana masih mengiktiraf artis-artis nasyid di Malaysia ini. Tahniah sekali lagi kepada Rabbani kerana berjaya sekali lagi mendapat anugerah tersebut. Populariti ini dapat memberi kesan yang baik kepada usaha dakwah mereka, Insya-Allah.. Tahniah juga kepada artis-artis nasyid yang lain kerana masih terus berjuang walaupun banyak cabaran yang menjelma. Tahniah buat anda.
P/S : Dah macam wartawan hiburan pulak. Hehe..
TAHNIAH BUAT SEMUA!!
Jamalie_Jam @ jamalrafaie89.blogspot.com
13600 Perai, Pulau Pinang.