“Berapa harganya, Auntie?”, saya bertanya.
“Dua ringgit saja”, beliau menjawab dengan senyuman.
Petang itu, saya ke kedai runcit untuk membeli Masking Tape. Semasa mahu membayar di kaunter, saya memerhatikan senaskah surat khabar berbahasa China yang dibaca oleh wanita Cina itu (tauke kedai). Bukannya mahu membaca, malah saya sendiri tidak tahu apa yang dituliskannya. Tetapi ada suatu perkara yang membuatkan saya terfikir.
Apa yang dibaca oleh wanita Cina itu?
Di dalam akhbar itu, saya ternampak gambar Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Apa yang ditulis saya sendiri tidak pasti. Yang pastinya, berita di dalam akhbar Cina itu berkisar tentang masalah politik yang melanda orang Melayu. Manakan tidaknya, gambar ahli politik berbangsa Melayu tertera di dalam akhbar itu, pasti hal politik yang dibincangkannya.
Apa yang dibincangkan, saya tidak tahu. Entah benar atau tidak.
Saya terfikir apakah kita bangsa Melayu ini tidak berasa segan apabila bangsa lain memerhatikan gelagat bangsa kita? Bangsa Melayu berpecah dan bergaduh. Perbawaan sikap kepartian yang menebal menyebabkan bangsa Melayu ini tidak dapat membezakan yang mana kawan yang mana lawan. Runsing saya memikirkannya.
Sudahlah berpecah, beritanya pula sampai kepada kaum lain. Mungkin mereka bertepuk tangan melihat bangsa Melayu bergaduh, siapa tahu?
ANALOGI JAWI, TAMIL DAN CINA
Mari kita letakkan 3 naskah akhbar yang masing-masing berbahasa Melayu, Tamil dan Cina. Akhbar di dalam bahasa Melayu menggunakan tulisan Rumi, Tamil menggunakan tulisan Tamil, manakala akhbar Cina dengan tulisannya sendiri.
Ternyata akhbar berbahasa Melayu dapat dibaca oleh kebanyakkan rakyat Malaysia tidak kira dari kaum mana sekalipun kerana menggunakan tulisan Rumi. Apabila hal ini berlaku, segala yang dibincangkan di dalam akhbar berbahasa Melayu (khasnya isu hak Melayu) dapat dihadam oleh kaum lain juga. Maka, timbullah berita yang mengatakan bangsa Melayu terlalu rasis mempertahankan hak mereka.
Bagaimana pula dengan bangsa lain? Adakah mereka tidak membincangkan survival kaum mereka?
KE MANA HILANGNYA TULISAN JAWI?
Di bangku sekolah rendah dahulu, saya dan rakan-rakan di sekolah diajar untuk menulis dalam tulisan Jawi. Kini, ilmu ini semakin dilupakan dan makin hilang dimamah usia. Akhbar Utusan Melayu yang ditulis dengan menggunakan tulisan Jawi pula dilihat kurang memberi impak kepada bangsa Melayu. Persoalannya ialah berapa ramai lagi bangsa Melayu yang dapat membaca jika ditulis dalam tulisan Jawi?
Mungkin ada yang dapat membaca dalam tulisan jawi tetapi jumlahnya tidaklah seramai mana. Ianya adalah satu kerugian kepada bangsa Melayu kerana kehilangan ‘identiti’ bangsanya. Ke mana hilangnya tulisan Jawi yang menjadi identiti orang-orang Melayu itu?
Kelemahan menguasai tulisan Jawi dilihat sebagai satu kerugian kepada bangsa Melayu. Jika kita melihat bangsa India, mereka dapat menulis dalam tulisan Tamil begitu juga bagi kaum Cina, mereka mempunyai jati diri yang tersendiri yang dapat menyatukan bangsa mereka.
MEREKA ‘SENYAP’ KITA ‘TERBUKA’
Isu-isu berbangkit di kalangan bangsa mereka (bukan Melayu) sendiri dapat dibincangkan secara ‘senyap’ tanpa kaum lain mengetahuinya dengan menggunakan tulisan dan akhbar mereka sendiri. Berlainan pula dengan bangsa Melayu mengenengahkan isu bangsanya, bangsa lain turut merasai kehangatan isu itu gara-gara skop pembaca yang lebih besar (penggunaan bahasa Melayu dan tulisan Rumi).
Tidak hairanlah kempen oleh kaum bukan Melayu semasa Pilihanraya lebih berkesan kerana mereka menggunakan ‘jati diri’ mereka sendiri tanpa diketahui oleh bangsa lain. Mereka juga kurang dianggap rasis kerana isu-isu mereka hanya diketahui oleh mereka sendiri.
Kini kaum lain sedang bersatu padu tatkala bangsa Melayu semakin berpecah gara-gara fahaman politik. Mereka bersatu kerana bangsa, Melayu berpecah pula kerana bangsa dan agama. Walhal bangsa dan agama itu mempunyai satu keajaiban yang tidak terhingga hebatnya jika umat Melayu tahu mempraktikkanya.
Bilakah Melayu kembali bersatu?
MEMARTABATKAN MELAYU-ISLAM!!
Jamalie_Jam @ jamalrafaie89.blogspot.com
45700 Bukit Rotan, Selangor Darul Ehsan.
bilakah melayu bersatu??
mcm takkan bersatu je..huhu.
~~boleh jd ahli politik jamal ni..hehe.=))
haha..salam jamal.
benar..
pelik..bila melayu mempertahankan hak nya..
terus dikritik sebagai rasis..dan orang melayu pun join sekali..
tapi sebenarnya,jika dibuka,akhbar2 berbahasa cina,
group2 di facebook yang menggunakan bahasa yang tidak difahami oleh kaum lain,
mereka amat lantang menkritik dan menghina melayu secara amnya..
akhirnya,saya sendiri dapat merasakan,kita bangsa melayu,spt diperbodoh2kan..
kembalikan tulisan jawi..!!hehe
nur solehah,sokong..jamal ada potensi..
haha..saya sokong..chewah..
salam
Insya-Allah akan bersatu.. Kalau tidak sekarang, mungkin zaman kita nanti..
Orang Melayu sebenarnya dalam dilema, sama ada mahu memilih Melayu atau memilih Islam.. Melayu itu fitrah, Islam itu Hidayah. Sangat rugi kalau kita membuang Melayu terus sebab gabungan Melayu dan Islam itu satu bentuk sinergi yang kuat..
Lepas salam (masa solat) toleh kanan, toleh kiri, orang Islam yang ada tu semua orang Melayu, sangat jarang kita jumpa orang bukan Melayu Islam kat Malaysia ni kan? Maka, rugilah kalau kita terus tolak Melayu sebab Melayulah yang paling ramai beragama Islam kat Malaysia ni..
Saya baru beli buku Dilema Melayu-Islam karangan Pahrol Mohd Juoi. Mengupas tentang politik yang disatukan antara Melayu dan Islam. Politik org Melayu sekrang sangat kucar kacir, risau betul, yang susahnya generasi akan datang macam kita juga.. sebab tu saya suka fikir tentang politik ni (bukan taksub kepartian).
(Cewah.. nape semangat sangat ni? cam ak berceramah pulak.. Hehe..)
Saya jadi ahli politik? Entah la, risau juga tentang amanah dan tanggungjawab.. Nak ketengahkan sesuatu isu yang membawa perpaduan bukan senang, pasti kena uji dengan tohmahan, ejekan dan gambar super-impose.. haha.. Tapi itu harga yg perlu dibayar kalau nak berjuang kan?
Amin.. Orang Melayu baru tubuhkan PERKASA terus dituduh rasis.. Sedangkan ada beribu-ribu NGO bukan Melayu yang ada kat Malaysia ni.. Mungkin sebab kita ni terlalu sebarkan sangat agenda kita kat masyarakat, bahaya tu..
Sangat risau pasal DAP, ramai orang Melayu sokong DAP walhal parti tu sah2 tolak Melayu dan Islam.. Diorang kawan dengan org Melayu tu sebab nak menang election jer, bukan sebab perpaduan pun.. Percaya?
hehe…tau tak pe jamal ni..ni lebih dpda bcramah ni..
penerangan pjg lebar..=))
bagus2, remaja spti jamal lah kita mahukan..=)
sy anak jati bugis ni pun risau gk tgok org mlyu skg..isy2..makin bpecah..hmm.
Nur orang Bugis? Sabahan ada Bugis ye? Ingatkan Bugis ada kat semenanjung jer.. Satu info baru untuk saya hari ni.. =))
Di samping kita belajar ni, kena juga fikir tentang nasib bangsa dan agama.. Takut nanti terjebak dalam sindrom "Aku Tak Pedulisme".. hehe..
salam ziarah..1st time berkunjung di sini,nice blog..amy just follow ur blog..pasni leh la amy selalu berkunjung di sini,klu ada masa jemput la ke blog amy..salam kenal ya..
salam, lately ni blog jamal semakin berilmiah. mcm dah kurang santai…mmg nak jdkan blog jamal ni ke arah mcm tu yer?
wasalam..
semakin serius ye blog ni cikgu? hehe.. saya pun dah perasan, tapi lepas saya cuba selitkan entri yang santai.. sebenarnya, terlalu banyak yang saya nak tulis, tapi kadang2 ikut mood saya, kesannya, entri akan mengikut mood semasa..
Saya sedang baca buku Dilema Melayu-Islam yang bukunya macam kat sebelah ni, mood baca buku ni terikut ke blog plak,.. Insya-Allah saya akan buat satu blog khas untuk bincang hal2 politik.. hehe..
Cikgu.. Blog ni akan ditutup tak lama lagi, saya akan berhijrah ke blog lain.. blog baru semangat yang baru..
hehe…tu sbb sy kurang muka sabahan.sbb sy bugis yg tercampak kat sabah.=)
comel je.. "pedulisme"…pkataan baru….