YAHUDI : Mereka Pernah Berjanji!

“Penyaluran bantuan menerusi jalan darat sangat sukar terutamanya apabila melalui Mesir. Sekatan demi sekatan diberikan oleh kerajaan Mesir kepada kami. Kami diserang dan diugut!”, kata penceramah itu.

“Sehubungan dengan itu, usaha menyalurkan bantuan ke Gaza ini diteruskan dengan melalui jalan laut yang diketuai oleh NGO dari Turki. Kerana apa? Kerana Turki mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel. Maka dari segi undang-undangnya, Israel tidak mempunyai kuasa untuk menyerang kapal-kapal laut yang membawa barangan bantuan itu!”, sambung penceramah itu.

Kata-kata ini disampaikan oleh seorang penceramah dalam Himpunan Ummah Selamatkan GAZA (HIMMAH) di Dewan Milenium Kepala Batas tempoh hari. Penceramah ini bernama Tn Hj Noorazman bin Mohd Samsuddin, Pengerusi Haluan Palestin yang sekarang sedang menyertai misi bantuan kemanusian ke Gaza (moga Alah selamatkan mereka yang sedang berjuang di sana).

Hari ini, kapal yang dikatakan itu telah diserang oleh Zionis. Saya, anda dan semua penduduk dunia sedang bersedih dan marah dengan apa yang dilakukan oleh tentera Israel itu! Demonstrasi bantahan di seluruh dunia, boikot barangan Israel sedang rancak berjalan, blog-blog pula sedang semangat menulis tentang isu ini, akhbar memberi liputan setiap masa. Pendek kata, serangan ke atas kapal-kapal itu sedang menjadi ‘masalah’ dunia!

Itulah ‘harga’ yang perlu dibayar oleh penduduk dunia.

‘Bayaran’ kerana Yahudi pernah berjanji!

Yahudi pernah berjanji untuk mengadakan renjatan senjata. Yahudi pernah berjanji untuk memberi perlindungan ke penduduk Palestin. Yahudi juga pernah berjanji untuk memberi kerjasama dengan negara-negara yang mempunyai hubungan diplomatik dengan mereka. Yahudi juga pernah berjanji untuk berkelakuan baik di zaman Rasulullah Sollahu A’laihi Wasalam selepas merancang menjatuhkan Islam!

TETAPI. Hari ini mereka berjanji, esok mereka akan mencabuli perjanjian itu. Esok mereka berjanji, lusa mereka merobek perjanjian itu. Mereka mempunyai hubungan diplomatik dengan Turki, tetapi mereka tetap menyerang konvoi yang diketuai oleh orang Turki. Sudah terlalu banyak perjanjian damai yang dimenterai oleh Israel dan Palestin. Adakah mereka patuh dengan perjanjian itu?

Itulah Yahudi yang dinamakan ZIONIS! Yang ‘lapar’ dan ‘dahaga’ dengan kemasyuhuran bangsanya!

MOGA ALLAH SELAMATKAN

Dengan doa yang dipanjatkan oleh masyarakat marhaen di seluruh dunia, moga Allah Subhanahu Wataa’la memberi perlindungan kepada sukarelawan-sukarelawan yang telah diserang oleh tentera rejim Zionis itu. Kepada yang syahid, kita doakan agar roh mereka ditempatkan di kalangan darjat para syuhada’.

Sesungguhnya mereka menyertai misi kemanusian ini adalah untuk memberi bantuan kepada penduduk GAZA. Mereka tidak membawa senjata untuk mempertahankan diri dan jauh sekali untuk berperang dengan tentera jahat Zionis. Mereka ke sana dengan usaha yang murni, namun diserang dengan sewenang-wenangnya oleh tentera jahat itu.

Tidak mampu untuk saya menulis panjang, hanya marah, sedih dan sesal mengusai diri. MARAH dengan tindakan Zionis, SEDIH dengan nasib yang menimpa para sukarelawan, dan SESAL dengan tindakan pemimpin Islam yang hanya banyak mengutuk serangan daripada bersatu mempertahankan Islam. Ada apa dengan ayat “Kami mengutuk serangan ke atas konvoi bantuan Palestin itu”? Kutukan hanyalah ketukan yang tidak kedengaran kepada Zionis. Ke mana perginya suara-suara pemimpin Arab yang sangat dekat dengan Palestin itu?

Untukmu Palestin, kami panjatkan doa kepada mu. Insya-Allah.. Di suatu hari nanti Islam akan kembali menyinari di tiap sanubari kerana janji TUHAN itu pasti berlaku! Ayuh rakan-rakanku, bantulah saudara-saudara kita di sana dengan menghulurkan bantuan walaupun sebaris doa. Moga usaha kita ini menjadi amalan kita yang diterima Allah Subhanahu Wataa’la.

“Barangsiapa yang tidur dan tidak mengambil tahu urusan orang-orang Islam, maka dia bukanlah dari golongan mereka (orang-orang Islam)”.
(Hadis Riwayat al-Baihaqi)

NOTA : Apabila Israel menyerang Palestin dan pasukan bantuan kemanusiaan, barulah kita pakat-pakat nak boikot barangan Israel. Adakah boikot kita bermusim? Astaghfirullah.. Sungguh lemah iman kita.. Perkembangan terkini tentang serangan ke atas sukarelawan ke GAZA, boleh melawati blog ini.

ALLAH SELAMATKAN KITA!!

Blogger Templates

Jamalie_Jam @ jamalrafaie89.blogspot.com
45700 Bukit Rotan, Selangor Darul Ehsan.

Related Post

2 Replies to “YAHUDI : Mereka Pernah Berjanji!”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *