Subsidi : Tangkap Dulu Si ‘Pencuri’ Itu!

Di sana sini tak ada gula! Pelik saya dibuatnya. Adakah bekalan gula tidak mencukupi? Atau rakyat Malaysia ini terlalu banyak mengambil gula sehingga diistiharkan menghidap penyakit kencing manis? Mengapa tiada gula? Satu persoalan timbul. Sedang saya memikirkan tentang isu ini, tiba-tiba siaran berita berkenaan gula ini ditayangkan. Kisah-kisah si penyangak gula dibongkar!

Sakit hati saya melihat si pencuri wang rakyat membawa bekalan gula ke negara sebelah. Mereka menyeludup gula tanpa rasa bersalah! Al-maklumlah, gula di Malaysia jauh lebih murah dari di negara jiran sana. Mujurlah gula ini diseludup secara besar-besaran oleh insan-insan yang berhati ‘mulia’ seperti mereka. Apa perasaan anda melihat wang rakyat mengalir ke sana?

SUBSIDI FAKTOR UTAMA NEGARA AKAN MUFLIS?

Bagi saya, pembaziran dan kebocoran wang rakyat adalah faktor mengapa negara kita menuju ke arah negara yang bakal muflis. Bagaimana wang rakyat itu boleh dikatakan bocor? Ianya berlaku disebabkan karenah si ‘pencuri-pencuri’ wang rakyat yang sedang bermaharajela sekarang.

1. Penyangak Gula. Seperti yang saya utarakan di atas, bekalan gula di Malaysia ini sedang dipermainkan oleh pihak-pihak tertentu. Lihat sahaja apa yang berlaku di Sungai Golok, kegiatan menyeludup gula berlaku pada setiap hari tanpa tindakan yang tegas oleh pihak berkuasa. Gula di Malaysia lebih murah dari negara Thailand, maka si pencuri ini mengambil kesempatan menjualnya kepada penduduk negara jiran. “Baik aku jual kat orang sebelah, untung woo!”. Tidakkah duit rakyat mengalir kepada orang luar?

2. Penyangak Minyak Diesel. Pernahkah anda melihat sebuah kenderaan pacuan 4 roda mengisi minyak Diesel ke dalam sebuah tong besar? Jika belum pernah melihatnya, duduklah di stesen minyak itu sepanjang hari, pasti anda akan dapat melihat fenomena itu. Bagi yang pernah melihatnya, jangan pula mengatakan “diorang nak isi minyak sebab lori diorang tersadai kat tepi jalan tak ada minyak”. Kita digalakkan berbaik sangka, tetapi apabila perbuatan mengisi minyak itu berlaku berulang-ulang kali sepanjang hari, lori kehabisan minyak mana yang hendak diisinya itu?

Penyangak minyak Diesel ini mengisi Diesel di dalam tong besar secara berulang-ulang dan mengumpulnya di suatu tempat. Apabila minyak itu sudah mencukupi, Diesel itu akan dijual kepada kilang-kilang dengan harga yang murah (harga Diesel yang dijual kepada industri jauh lebih mahal). Maka, berlakunya kebocoran wang rakyat kepada golongan yang tidak bertanggungjawab. Kaut untung atas hak orang lain! Adakah pihak penguatkuasa tidak sedar dengan hal ini?

3. Bukan warganegara pun dapat subsidi? Menurut laporan akhbar dan warta berita, setiap hari berbondong-bondong kenderaan dari negara jiran yang masuk ke Malaysia semata-mata mahu mengisi minyak. Jika setiap hari mereka mengisi minyak sebanyak 1000 liter, berapa banyak wang subsidi yang diperuntukkan oleh kerajaan masuk ke dalam tangki-tangki minyak kenderaan luar itu? Mujur kerajaan telah membuat peraturan baru yang membolehkan kenderaan asing mengisi minyak hanya selepas melepasi lingkungan kawasan yang dibenarkan. Tetapi sejauh mana peraturan itu dikuatkuasakan? Emm.. Satu lagi kebocoran wang subsidi rakyat.

TANGKAP DULU SI PENCURI ITU!

Sebelum kerajaan bertindak mengurangkan subsidi kepada rakyat, langkah-langkah pencegahan kebocoran wang rakyat mestilah dilakukan dengan segera. Hapuskan semua pencuri-pencuri wang rakyat ini sehingga ke akar umbi! Jika pencuri itu dapat mencuri 18 000 liter minyak sehari, jika sebulan mereka dapat mencuri sebanyak 540 000 liter! Tangkap mereka dapat mengurangkan bebanan kerajaan dan dapat membuang persoalan “mengapa rakyat kita gunakan minyak banyak sangat ya?”. Bagi saya, punca mengapa hal ini berlaku adalah disebabkan penguatkuasaan yang lemah dan hanya pandai memberi ‘amaran’ sahaja.

Saya menyokong cadangan kerajaan untuk mengurangkan subsidi kepada rakyat. TETAPI, kemudahan lain perlulah diberikan sebagai timbal balas kepada pengurang subsidi itu. Sebagai contohnya, kurangkan harga tol kerana ada yang membelanjakan wang sebanyak RM 10 sehari semata-mata hendak ke tempat kerja dengan perjalanan hanya 30 minit! Jika sebulan sudah RM 300 dibelanjakan untuk bayaran tol sahaja, bagaimana rakyat yang hanya berpendapatan RM1500 sebulan (atau kurang) dapat menampungnya?

Cadangan menaikkan gaji kakitangan kerajaan untuk menampung keperluan pengurangan subsidi amat dialu-alukan. Tetapi kemudahan lain tetap perlu disediakan kerana tidak semua rakyat dapat menikmati kenaikan gaji (bekerja di sektor lain) dan tidak semua majikan mampu menaikkan gaji pekerjanya. Belum dikira lagi dengan majikan yang kedekut menaikkan gaji pekerjanya. Emm..

NOTA : Tibalah masanya untuk kita memikirkan langganan ASTRO di rumah sama ada mahu dikekalkan atau tidak. Ada juga saya lihat ada rumah yang ditaja oleh Pusat Zakat mempunyai antena Astro, bukan satu tetapi DUA!

PEMBOLOT SUBSIDI RAKYAT PERLU DIBANTERAS!!

Blogger Templates

Jamalie_Jam @ jamalrafaie89.blogspot.com
45700 Bukit Rotan, Selangor Darul Ehsan.

Related Post

8 Replies to “Subsidi : Tangkap Dulu Si ‘Pencuri’ Itu!”

  1. salam ukhwah..

    nice view..

    but the real problem here is because of the massive corruption…

    that’s what government should handle first instead of cutting subsidies to rakyat…

    feel free to read my view about this subsidy cutting at billyuniversal.blogspot.com
    .-= fared isa´s last blog ..Common, be gentle Mr. Idris Jala =-.

  2. salam

    Benar,banyak subsidi yang diberi kerajaan habis di sapu orang orang tak bertanggungjawab dan juga bukan warganegara.Satu kerugian besar buat rakyat dan satu keuntungan besar buat yang bijak mengambil kesempatan.

    Baru baru ini,tindakan kajian semula subsidi sudah dijalankan diketuai Datuk Idris Jala.Benar,Malaysia adalah sebuah negara yang paling tinggi subsidinya.Dan seperti biasa,subsidi telah menjadi darah daging penduduk Malaysia.Sekali ditarik,maka habislah.Dan jika tindakan ini diteruskan,tunggu sahaja pertukaran kerajaan di PRU13 kerana tsunami politik yang berlaku sebelum ini adalah kerana salah satunya adalah faktor kenaikan harga minyak.Secara umumnya ialah kenaikan harga.

    Btw,saya mengkagumi Datuk Idris Jala,semasa beliau di MAS dan di Shell.Semoga Allah memberikannya ilham untuk menyelesaikan masalah ini sebaiknya.

    wallahuallam
    .-= aminbaek´s last blog ..~Bahang Internship~ =-.

  3. To Aminbaek>

    saya pun beranggapan jika hal ini berlaku, maka ianya satu liabiliti kepada kerajaan pada pilihanraya akan datang.. Walaupun hal ini diterima rakyat, tapi bebanan tiada subsidi akan mengganggu kehidupan rakyat dan dapat memberi kesan kepada sokongan rakyat.. emm..

    memang perkara ni kena betul2 diteliti, petrol naik 1 sen pun rakyat dah mengamuk, apatah lagi semua barang dah ditarik subsidi, waduh.. Ada satu cdgn dr kwn saya, kalau kerajaan nak beli apa2 barang (contohnya senjata tentera), beli terus dari pembekal dan jangan melalui org tengah, sebab komisen utk orgh tengah bukan sedikit jumlahnya.. kat situ kerajaan rugi sikit..

  4. cuba buat cm singapore…sume takut dgn penguatkuasa diorg xkire la polis ke..imigresen ke..sgt efisien..xnak ckp pasal saiz negara sebab kalo sistem btol insyaallah semuanya ok…kita bukan mcm negara dunia ketiga…dah nak maju da..kena akui kelemahan sendiri…alasan cmni da xley pakai lg..
    .-= fitrijohari´s last blog ..Award Dan Tag Sudah Mari! =-.

  5. Satu persoalan lagi.. bukan semua penguatkuasa buat kerja betul2.. hehe..

  6. Salam…
    Maaf, minyak xleh naik.law minyak naik, sume Barang Naik (BN). Spatut nye minyak bagi free2 je kat rakyat. Laen la law kerajaan skrang bagi duit saku kpd sume rakyat die. Sbb Petronas MANYAK UNTONG WOO!!, Bagi tahun 2006 sje, petronas untung RM 47.7 billion. Bkn million. saye nk tye la, ke mane duit tu pergi, kpd rakyat ke??? or masyukkk poket aku…??? Ape yang negara or rakyat malaysia dapat drpd RM 47.7 billion tu. tu baru untung tahun 2006. untuk tahun 2010, petronas jangka untung sebanyak RM 80 billion. bnyak tu… “Tuan2 Puan2 tahu bnyak mane 80 billion tu, saye pun x taw.” tp ape yg saye dapat dr duit banyak tu.. OK.. Kte cite bab TOL plak… Malaysia nk kutip tol nak buat pe…duit bertambun2, nk buat pe.. tipu je kte xde duit. tp projek jalan jgk. mana lu dapat itu duit??? ok, berbalik kpd crite tol, saye ade crite.. Seorang ustaz nie die pergi ambil kawan die yang berbangsa arab, seorang yang beragama islam yang datang ke malaysia. lalu mereka menaiki kereta. sambil dalam perjalannan, tiba di plaza tol, si arab td bertanya(dalam b.arab la) “ape ni??haram, haram” ustaz nie menjawab, “ini tol”..selepas tu, mereka meneruskan perjalanan, dan tiba di plaza tol yang kedua. kemudian si arab td bertnye lagi, “ade lagi???, nie tol yang kedua”(“tolani”-tol yang kedua). selepas itu, mereka teruskan perjalanan dan tidak lame kemudian, mereka hampir sampai ke plaza tol yg ketiga. Tanpa bertye, si arab td terus berkata, “tol yang ketiga” (TP dalam bahasa arab nye die sebut – “TOLOL”) tolol adalah jamak kpd tol. Dan ustaz tersebut tersemyum… Mmg betol pun kte si arab td, tol tu tolol. kat negara mereka xde tol.tapi knape negara kite ade TOL??? bleh jawab x????????hehehe… K lah, maafbnyak2 nyer, nilai la sendiri, saye nak cite bnyak2, xlarat.. kite nie kan orng cerdik.kate orang melayu boleh..mesi la bleh fikir dan bandingkan dgn yang sepadan, tapi jgn banding x ikut tempat…. Hang fikiqq betol2… Jadi undilah ISLAM,tapi cam mane?? Jawapan nye fikir sendiri, xkan sume saye nak bagi…. Wassalam…..

  7. Wasalam.. Tak dinafikan setiap kerajaan ada ketirisan, tetapi tidak bermakna parti yang kononnya dapat menggantikan kerajaan yang sedia ada dapat memberi yang lebih baik..

    Jangan dilupa, sebenarnya dalam politik ada sebuah golongan yang diberi nama Golongan Pemodal yang mengaut keuntungan daripada kuasa yang ada pada kerajaan. Golongan ini ada di mana2 sahaja, sebagai contoh golongan Pemodal mengaut keuntungan di Selangor daripada Kumpulan Semesta.

    Jika keuntungan Petronas digunakan untuk memberi minyak percuma kepada rakyat, maka tidak adil bagi stesen minyak lain seperti Shell, BHP, Caltex dan Mobil mendapat minyak percuma tersebut. Sesiapa sahaja pasti suka harga yang murah, tetapi ianya bukan alasan yang kukuh untuk meminta harga petrol sepercuma mungkin..

    Ramai yang merungut mengatakan Malaysia negara pengeluar minyak tapi minyak kena bayar. Ya, kita negara pengeluar minyak tetapi keluaran kita tidak sebanyak yang dikeluarkan oleh negara-negara pengeluar yang lain.

    Minyak kita paling murah di rantau Asean, lawatan saya ke Thailand minggu lalu menunjukkan orang2 Thailand berkata orang Malaysia patut bersyukur kerana minyak kita masih murah.. Di Thailand, RON91 berharga RM3.50! Bandingkan taraf hidup mereka dengan harga minyak yang terlalu tinggi..

    Harga barang dipengaruhi harga bahan bakar. Tapi tidak semestinya begitu, harga barang naik mendadak sewaktu harga petrol RM2.70 seliter, tetapi apabila harga minyak turun harga barangan tidak pula turun semula dan rakyat kurang bersyukur..

    TOL adalah satu alternatif kepada kemudahan rakyat. Ianya dibangunkan dengan dana yang terlalu besar dan memerlukan dana daripada bank. Apabila tiba tempoh kutipan habis, maka tol akan ditiadakan. Tetapi jika duduk di Dungun, usah risau, tiada bayaran TOL dikenakan..

    Wang kerajaan banyak digunakan untuk rakyat, sebagai contoh ianya digunakan untuk menampung kos pembelajaran di universiti khususnya di UiTM dan membayar elaun2 pelajar yang bertugas untuk Universiti. Itu pun ramai yang tidak bersyukur.

    Jangan sibuk mengatakan orang lain, lihat di diri sendiri. Jangan menghalalkan apa2 semata-mata untuk berkuasa. Jangan berkata BN gunakan duit untuk kepentingan diri kerana PR juga melakukan perkara yang sama.. Jadi, tidak perlu berbalah kerana kita harus bersatu dan bukannya menjatuhkan satu sama lain..

    Perjuangan Islam di Malaysia banyak berkisah untuk membuat setiap orang Islam di Malaysia ucap La Ilaha Illaallah dan amalkan agama dalam kehidupan.. Jika kita dapat amalkan Islam, selamatlah kita dunia akhirat.. Bukan mahu membuang Melayu tetapi masukkan Islam ke dalam kehidupan.. Jangan menggunakan Islam semata-mata untuk berkuasa.. ^_^

    Hidup Islam!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *