Saya terkejut mendengar laporan yang mengatakan ESQ 165 diharamkan.
Saya juga menerima satu SMS dari ESQ yang berbunyi,
“Dapatkan Sinar Harian hari ini untuk mengetahui berita terkini berkaitan tuduhan terhadap ESQ. Layari juga http://esqlc165.blogspot.com untuk info lanjut. Tks”.
Nampak gayanya, isu ini sudah menjadi semakin serius!
ESQ 165 diharamkan? Mengapa diharamkan pula?
Saya sebagai salah seorang alumni ESQ berasa sangat terkejut dengan berita ini. Ada yang tidak selari dengan akidah Islam ke?
LAPORAN MEDIA
Berita Harian bertarikh 7/7/2010 melaporkan bahawa Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan mengharamkan modul program motivasi anjuran ESQ Leadership Center Sdn Bhd (ESQ) yang sudah disertai lebih 65,000 orang termasuk orang kenamaan, tokoh agama dan korporat serta pegawai kerajaan kerana ajarannya didapati menyeleweng daripada akidah dan syariat Islam.
Mengikut warta yang dikeluarkan, ia diharamkan kerana mendukung fahaman liberalisme, iaitu memahami dan mentafsir nas agama dan fahaman pluralisme yang mengajar semua agama adalah sama.
(Berita asal di sini)
SEPANJANG LATIHAN ESQ
Saya menyertai modul latihan ESQ di Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang pada 28 dan 29 Mac 2009. Saya di antara 100 peserta yang mewakili UiTM Pulau Pinang telah diserap ke dalam “Angkatan 2” (kumpulan kedua) di Pulau Pinang.
Gambar kenangan bersama Pak Firdaus (Trainer) selepas latihan
.
Sepanjang latihan di ESQ, saya berasa sungguh gembira dan bermakna. Ada sedih, menangis, gembira dan ketawa. Sesi latihannya sangat tersusun dan memberi erti kepada peserta.
Sesi yang paling saya ingat sehingga sekarang ialah sesi “Outer Journey”. Sesi ini membawa kita keluar dari bumi dan terus naik ke angkasa lepas melihat bumi yang kita tinggalkan. Terasa betapa kecilnya kita di sisi Allah semasa di dalam sesi Outer Journey itu, terasa kerdil diri ini.
ESQ juga mengupas bagaimana kita dapat membina diri berlandaskan rukun Islam yang 5. Setiap sesi yang diketengahkan pasti disertakan dengan dalil-dalil Al-Quran yang dikupas dengan baik. Sistem bunyi juga telah memainkan peranan sebagai satu cara penyampaian yang berkesan. Di sepanjang latihan yang saya ingat, muzik-muzik iringan tidak pernah ditutup dan sesuai mengikut mood peserta.
ESQ MENGAJAR SEMUA AGAMA ADALAH SAMA?
Saya tidak pasti tentang hal ini. Di sepanjang latihan saya, ESQ tidak pernah menyebut tentang agama lain. Setiap sesi akan dikaitkan dengan Islam dan kadang-kadang kita sendiri tidak sedar yang Islam telah mengajar kita tentang sesuatu perkara. Saya tidak pasti di mana yang dikatakan menyeleweng itu.
Pengalaman manis di ESQ ialah menyaksikan seorang pelajar non-Muslim mengucapkan dua kalimah syahadah, Alhamdulillah. Pengisian ESQ ini banyak membuka mata ramai pihak termasuk Mufti, ahli politik, ahli korporat dan para pelajar, saya juga merasa sungguh bahagia dengan pengisian ini (hakikatnya hidayah dari Allah).
Satu lagi trademark ESQ ialah lagu Demi Matahari. Lagu yang dipetik dari Surah Asy-Syam dan dinyanyikan oleh kumpulan SNADA dari Indonesia. Terimalah.. Demi Matahari..
JANGAN TERLALU TAKSUB DENGAN ESQ
Saya tidak menafikan ESQ ini adalah satu modul yang sangat berkesan, Insya-Allah. Namun, kita seharusnya jangan terlalu taksub dengan ESQ sehingga kita percaya bahawa modul ESQ adalah sangat sempurna. Tidak ada jemaah yang sempurna melainkan jemaah Nabi Muhammad Solallahu A’lahi Wasalam.
Jangan pula membenci sehingga segala kebaikan yang disampaikan ditolak mentah-mentah. Saya berkata seperti ini selepas melihat ada rakan-rakan saya yang begitu taksub dengan ESQ dan ada juga yang sangat benci dengan ESQ. Bagi saya, apa yang baik kita ambil, apa yang buruk janganlah kita ikut. Jika asyik hendak membangkang sahaja, sampai bila pun kita tak akan maju.
Berkenaan isu ini, kita serahkan kepada golongan ulamak untuk menyelesaikannya. Saya pasti, di mana-mana pihak pun, pasti mereka mempunyai hujah masing-masing. Kita tunggu dan lihat apa keputusannya.
NOTA : Pengalaman di ESQ harus dirasai sendiri. Dah rasa baru berkata.
YANG BAIK JADIKAN TAULADAN. YANG BURUK JANGAN DIIKUT!!
Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com
45700 Bukit Rotan, Selangor Darul Ehsan.
diorg x suruh pun kite taksub…kite je yang sengal…
salam jamal
saya selaku angkatan ketiga UTP(siap ckp..haha)
juga sependapat ngan anda..
Sebelum ini memang kedengaran bunyi2 mengatakan ESQ haram.Setelah mendengar penjelasan Mufti Perak,Harussani yang kenyataanya juga digunakan semasa training,saya bertambah yakin..
Dan alhamdulillah,selepas program,saya berpuas hati dengan modul modul disediakan..
Letih memang letih.(letih kuar air mata..haha)
Ingatkan da setel,tetiba isu ni muncul semula..
Da banyak penjelasan dikeluarkan,mudah mudahan,keputusan yang terbaik dapat dicapai..
Semasa training,juga ada participant bukan Islam,dan beliau mengatakan beliau sudah nampk hala tuju hidup beliau.Apa berlaku selepas tu wallahuallam.da tak jumpa da orang tu..
Setuju!Yang penting jangan terlampau taksub.Benda baik jika terlampau taksub,juga tidak ke mana.Banyak kes kes da berlaku.Pada zahirnya tiada masalah,tetapi akibat ketaksuban pengikut,maka pertubuhan itu diharamkan.
wallahuallam..sekadar pendapat
“Demi matahari,dan sinarnya di pagi hari
Demi bulan apabila ia mengiringi
Demi siang hari bila ia menampakkan diriya
Demi malam apabila ia menutupi”
Betul2.. Sebenarnya, banyak perkara lain yang perlu difikirkan. Masyarakat berpecah-belah, banyak masalah sosial, tapi ahli agama banyak cerita pasal jemaah ni tak bagus, jemaah dia bagus la.. Masyarakat makin rimas dibuatnya..
Ada orang bagi tau kat saya, mufti WP tak pernah pergi ESQ lagi.. Sebab tu kata macam2.. Walallhua’alam.. Kita orang biasa ni tunggu je la keputusannya nanti..
NOTA : Best lagu Demi Matahari tu.. Tapi dah lupa gayanya.. hehe..
ESQ adalah modul.. Bukan satu agama!!
salam….
Seblm ni mmg sy de dgr bkenaan ESQ ni,tpi xla secara detail.Dan baru2 ni, dh diharamkn plak. Rase mcm xpercaya je…apa tujuan pihak mereka mengeluarkn kenytaan tsebut.Besar kesannya thadap peneraju ESQ sendiri..sudahkn ia diselidiki sebaiknya? setlh mengetahui serba sedikit dr kenyataan sdr jamal,rase ingin turut serta dlm progrm ESQ slps ni..mcm menrik sgt.Sy hrp pkara ini dpt dperbetulkn & dperjelaskn, keadiln perlu bg ESQ sekiranya ia mmg tidak bcanggah dgn agama islam yg dsyariatkn..
Kebiasaannya, pendapat ulamak ni banyak khilafnya.. Hanya di Wilayah Persekutuan sahaja yang mengharamkan ESQ, di negeri lain berjalan seperti biasa, bahkan Mufti mereka pun turut serta!
Pastinya isu ini akan menjadi satu kebingungan kepada orang Islam sebab tak tahu yang mana yang perlu diikut.. Saya rasa, lebih baik Malaysia hanya ada 1 mufti sahaja..
Assalamualaikum akhi,
saya fikir tulisan Ustaz Zaharuddin ini memberi sedikit pencerahan mengenai isu ini http://www.zaharuddin.net/content/view/941/72/
Sebelum ini beliau telah memberi ulasan mengenai kursus ini,namun menurut beliau tidak ada penambahbaikan dilaksanakan pihak ESQ. Mungkin ada blessing in disguise pabila berhadapan isu sebegini.
Terima kasih FAKHA.. Harap isu ni dapat diselesaikan secepat mungkin.. Rakyat biasa pasti tertanya-tanya tentang hal ni.. Kita tunggu dan lihat.. Kesimpulannya, jangan terlalu taksub, setiap jamaah pasti ada kekurangan dan kelebihannya yang tersendiri..
Salam…
Syukur alhmdllh…. moga ada hikmahnya
Kursus ESQ boleh dilaksanakan di negara ini
2010/07/14
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
PUTRAJAYA: Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan memutuskan bahawa kursus Latihan Kepimpinan ESQ boleh dilaksanakan di negara ini dengan pengawasan sepenuhnya oleh panel syariah yang dilantik oleh ESQ.
Pengerusi jawatankuasa itu, Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata, keputusan itu dibuat selepas muzakarah yang bersidang pada 16 Jun lalu berpuas hati dan berpandangan bahawa kebanyakan unsur-unsur keraguan yang terkandung dalam kursus itu boleh diperbetul dan diperjelaskan.
Katanya, muzakarah turut memutuskan pihak ESQ membuat perubahan dan memperbetulkan dengan segera fakta-fakta, kenyataan atau apa jua aktiviti dan perlakuan yang boleh menimbulkan keraguan atau yang boleh ditafsirkan sebagai bertentangan dengan syariat Islam.
“Sepertimana yang termaktub dalam undang-undang, kuasa untuk mengeluarkan fatwa adalah terletak di bawah bidang kuasa negeri.
“Muzakarah menghormati fatwa yang dikeluarkan oleh negeri-negeri termasuklah fatwa mengenai ESQ yang dikeluarkan oleh Mufti Wilayah Persekutuan,” katanya ketika mengumumkan keputusan mengenai status ESQ di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di sini hari ini.- Bernama
Sumber rujukan : hmetro.com.my
Betul kata Dr.Syukur tuu ,saya pun suka dengan Kursus nii,mana yang ragu-ragu diperbetulkan-Insyaallah saya doakan kursus ini mendatangkan banyak kebaikkan …..
Sebenarnya kursus ini banyak mendatangkan kebaikkan,di mana pada saat pengaruh -pengaruh yang diluar Islam begitu rakus meracuni pemikiran umat Islam ,saya lihat pendekatan ESQ yang profesional sangat-sangat terampil dalam membawa umat Islam memahami kekuasaan Allah melalui R&D .Ramai sebenarnya orang agama, yang profesional tetapi yang mampu mengetengahkan idea ke peringkat antarabangsa kurang sekali.Berilah peluang kepada syarikat ini memperbaiki kelemahannya.Saya senantiasa mendoakan idea dan gagasan ESQ semakin sempurna melalui teguran Dr.Syukur itu.Insyaallah “Buang yang keruh Ambil Yang Jernih”……..
Betul tu.. Saya juga beranggapan yang kita ambil pendekatan “buang yang keruh ambil yang jernih”..
Assalamualaikum wrt. wbt.
Sayang sunguh rasanya sebab ESQ diharamkan di WP. Tapi syukur tidak diharamkan di negeri lain. Mungkin terdapat isu-isu yang menyebabkan ia diharamkan. Contohnya, dalam buku terjemahan English itu dikatakan bahawa SH adalah kebenaran mutlak sebab ia adalah Suara Tuhan yang datang daripada 99 al-Asma’ al-Husna yang ada di dalam diri manusia. Bolehkah kita kata gitu! Lepas tu, Trainer juga kata nabi ibrahim juga mencari kebenaran atau makna hidup atau jati diri, hanya baru kemudian didapat wahyu selepas dia kenal jati dirinya. Makanya sama macam kita juga yang tidak tahu makna hidup dan cari. Cuma nabi tu dapat wahyu, kita hanya dapat makna. Boleh ke kita kata gitu kepada Nabi sedangkan masa kita ngaji di sekolah dulu, bile sebut je nabi, dia dah dapat wahyu. Jadi keliru juga dibuat ye. barang kali ini adalah antara isu-isu yang menyebabkan Latihan tu diharamkan. Saya pun tak berapa faham juga. baru nak baca balik buku tu. Masa dapat dulu, tinggal dalam beg tu, langsung tak baca.
Asslm Encik Jamal
sila layari facebook halaqahsentuhanqalbu
bahagian diskusi
ada komen Ustaz Aizam yang amat negatif mengenai ESQ. Diharap Encik Jamal dapat memberi komen Encik Jamal disana. Saya mendapati kursus ini telah memberi kesedaran yang ketara kepada sebahagian peserta.
Insya-Allah..