MULUT UNTA MENELAN API!

“Tak seorang pun percaya dengan kata-kata Baginda. Apa yang Nabi perkata itu sukar untuk dipercaya oleh masyarakat ketika itu. Hanya Abu Bakar sahaja yang membenarkan!!”, penceramah membuka bicara.

Israk Mikraj. Satu perjalanan khas dari Allah untuk menghiburkan Nabi selepas diuji dengan kesedihan. Sebelum perjalanan itu, Malaikat Jibrail dan Mikail telah membelah dada Nabi dan menyucikan hati Nabi dengan air Zamzam. Lalu dituangkan ke dalam hati itu hikmah, ilmu dan iman.

Dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa di Palestin. Selepas itu terus naik ke Sidratul Muntahah (langit yang ke-7) bertemu Allah Subhanahu Wataa’la.

Gambaran ringkas perjalanan Rasulullah Solallahu A’laihi Wasalam yang mengambil masa selepas Isyak dan sampai sebelum Subuh dalam satu malam sahaja!

Peristiwa inilah yang menjadi tentangan umat ketika itu. Hanya Abu Bakar yang membenarkannya!

Jadi.. Apa kaitannya peristiwa Israk Mikraj dengan “MULUT UNTA MENELAN API”?

CERAMAH ISRAK MIKRAJ

Ustaz Razak sedang berceramah tentang Israk Mikraj

.

Pada 7 Julai 2010 bersamaan 24 Rejab 1431H, satu ceramah berkenaan Israk dan Mikraj telah dilangsungkan di perkarangan rumah Ketua Kampung Pasir Tuntong , Cikgu Bu Naif Bin Yusof. Penceramahnya pula ialah Ustaz Razak Bin Arbain dan banyak yang saya perolehi dalam ceramah ini.

 

Isi ceramah sangat ringkas tetapi padat. Mungkin saya dapat kongsikan isi-isi ceramah ini kepada para pembaca. Mungkin dapat memberi ilmu dan manfaat kepada kita semua. Insya-Allah..

 

ISRAK DAN PENGAJARAN BAYANGAN UMAT AKHIR ZAMAN

 

Rasulullah Solallahu A’laihi Wasalam telah ditemani oleh Jibrail A.S sepanjang perjalanan ke Masjidil Aqsa menaiki seekor binatang bernama Buraq. Di dalam perjalanan itu, Malaikat Jibrail A.S meminta Nabi untuk berhenti di beberapa tempat untuk menunaikan solat dua rakaat. Iaitu di Madinah (tempat Nabi berhijrah), Bukit Tursina (tempat Nabi Musa menerima wahyu Allah), dan Baitul Laham (tempat Nabi Isa A.S dilahirkan).

 

Masjdil Aqsa – Tempat Nabi di-Israkkan

.

Selepas mengerjakan solat 2 rakaat, Nabi dikejar oleh I’frit dengan membawa obor. Namun kelajuan Buraq yang sepantas kilat dapat mengelak dari dikejar oleh jin itu dan Ifrit jatuh tersungkur apabila Nabi membaca doa yang diajar oleh Jibrail A.S. Tamsilan dari peristiwa itu ialah usaha dakwah pasti akan didatangi dengan ujian dan tentangan. Namun jika kita tetap tabah dengan ujian itu, kejayaan pasti akan bertandang.

 

Di sepanjang perjalanan itu..

Nabi didatangi dengan perempuan cantik namun Nabi tidak mengendahkannya. Perumpamaan perempuan cantik itu ialah Nasrani dan Yahudi yang akan menyesatkan umat akhir zaman dengan kemewahan dunia  dan ramai di kalangan umat yang akan terjerumus dalam kemewahan dunia itu.

Nabi menjumpai seorang perempuan yang sangat tua dan bertongkat. Perempuan itu berkata kepada Nabi, “Aku adalah dunia, lihatlah betapa tuanya aku sekarang. Usiaku akan habis tidak lama lagi”. Ketika itu usia bumi tersangat tua. Sekarang? Sama-sama kita fikirkan.

Nabi melihat segolongan manusia yang sedang bercucuk tanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. Berulang-ulang kali menanam dan terus dituai. Nabi bertanya kepada Jibrail apakah maksud golongan ini. Jibrail menjawab, “Merekalah golongan yang berjihad di jalan Allah. Allah akan menggandakan pahala sebanyak 700 kali (malahan lebih) kepada mereka di akhirat nanti”.

Nabi mencium bau yang sungguh harum. Apabila ditanya kepada Jibrail, katanya “Itulah bau kubur Masyitah yang telah dibunuh oleh Firaun kerana mempertahankan imannya kepada Allah”.

Nabi melihat satu golongan yang menghantukkan kepala sehingga pecah, berulang-ulang kali. Jibrail memberitahu kepada Nabi, itulah gambaran umatnya yang tidak mahu sujud kepada Allah (tidak menunaikan solat).

Nabi melihat sekumpulan lelaki dan wanita yang hanya menutup kemaluan mereka dengan secebis kain (bercawat). Mereka diberi makan bara api dari neraka. Mereka ini adalah mereka yang tidak mahu mengeluarkan zakat dan berkira-kira semasa hendak mengeluarkan zakat.

Nabi melihat seekor lembu yang keluar dari lubang yang kecil, tetapi mahu masuk ke dalam lubang itu semula. Gambaran dari lembu itu ialah golongan yang bercakap takbur dan menyesal tetapi sudah terlambat. “Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya”.

Nabi melihat seorang lelaki yang memikul kayu di bahunya, tetapi mahu menambah lagi kayu di bahunya. Perumpamaan seorang yang gila kuasa. Sudah ada tanggungjawab tetapi mahu menambahnya padahal tidak mampu menggalas tanggungjawab itu.

Nabi melihat golongan yang diberi sepinggan daging yang segar dan sepinggan daging yang busuk, lalu dimakan daging yang busuk itu. Perumpamaan ini khas buat golongan yang berzina padahal sudah memiliki suami/isteri yang baik.

Nabi melihat golongan yang muncungnya seperti UNTA, lalu memakan bebola api dan bebola api itu keluar dari duburnya. Mereka ini ialah golongan yang memakan harta anak yatim.

Nabi melihat golongan yang menggunting lidah dan bibir mereka berulang-ulang kali. Mereka ini adalah pemidato yang berkata dusta dan menggunakan ayat-ayat Al-Quran untuk kepentingan peribadi.

Nabi melihat satu golongan yang berperut buncit (luar biasa) dan tidak mampu bangun. Mereka ini adalah golongan yang memakan riba’ ketika di dunia.

Nabi melihat satu golongan yang mencakar mukanya dengan kuku tembaga mereka. Golongan ini adalah perumpamaan golongan yang mengumpat dan menjatuhkan maruah orang lain.

.

Sampai sahaja di Masjidil Haram, Rasulullah mengimamkan solat dengan segala para anbia’ menjadi makmumnya. Selepas itu, Nabi terasa dahaga dan diberi dua gelas minuman yang satu adalah arak dan satu lagi adalah susu. Lalu Baginda memilih susu. Jibrail berkata, “Rasulullah membuat pilihan yang tempat (fitrah), jika Rasulullah memilih arak, nescaya ramai umatmu yang akan sesat”.

NOTA : Kisah ini terlalu panjang. Kisah di atas cukup menginsafkan kita. Nauzubillah dari semua seksaan yang bakal menimpa kepada hamba-Nya yang berdosa.

MASJIDIL HARAM KE MASJIDIL AQSA!!

Blogger Templates

Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com
45700 Bukit Rotan, Selangor Darul Ehsan.


Related Post

8 Replies to “MULUT UNTA MENELAN API!”

  1. patutnya apa yg nabi nampak tadi letak kat muka surat depan surat khabar Malaysia sempena israk mikraj ni..huhu

    biar org bace…asik2 berita nak kondem org len je..boring…

  2. masyallah. gerun diti ini bila membaca. terima kasih kepada yang menceritakan kepada saya.

  3. tgk tarikh da lambat sangat nak komen… ^_^

    btw, shukran krana berkongsi…
    menantikan sambungannya….

    nak bagi anugerah pencerita terbaik.. tapi kena habiskan cerita dulu…. ^____^

  4. Maaf, saya dah delete perkataan sambungan, takut tak sempat nak sambung.. Ustaz tu cakap nak sambung, tapi sebab dah x de ceramah utk dia, x sambung la nampak gayanya.. hehe..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *