“Jauh perjalanan luas pengalaman”
Selepas saya coretkan kembara uniQue di utara dan selatan. Alhamdulillah, sekali lagi saya dapat mengembara bersama kumpulan uniQue. Kali ini di USIM, Kuala Krai dan Pulau Pinang pula.
Perjalanan yang bertarikh 15 hingga 18 Julai 2010. Dari Negeri Sembilan, Kelantan dan Pulau Pinang. Satu coretan..
(Coretan di USIM tidak dapat ditulis kerana tiada gambar)
MAAHAD RAHMANIAH, KUALA KRAI, KELANTAN (16 JULAI 2010)
Kami bergerak ke Kuala Krai, Kelantan sejurus tamat persembahan di USIM. Perjalanan mengambil masa 6-7 jam dan sampai di Kuala Krai pada pukul 10.30 malam dan disambut oleh seorang guru yang bernama Cikgu Rizal.
Persembahan di Maahad Rahmaniah ini bersempena dengan sambutan Jubli Emas (50 tahun) penubuhan Maahad Rahmaniah, Kuala Krai, Kelantan. Slot UniQ bermula dari pukul 5.30 petang dan jam 9.30 malam.
.Di atas pentas bersama peminat
.
.
Malam persembahan di Maahad Rahmaniah
.
.
Alhamdulillah.. Sambutan penonton pada malam itu sangat hebat! Penuh seluruh padang dengan kebanjiran penonton. Al-maklum, sambutan penonton terhadap konsert nasyid di Kelantan belum pernah mengecewakan. Tahniah!
Terima kasih kepada pihak yang menjaga kami di sana. UniQ sangat berbesar hati untuk mengadakan persembahan di Kelantan lagi. Insya-Allah..
FESTIVAL NASYID PULAU PINANG (17 JULAI 2010)
Keesokkan harinya, kami ke Seberang Jaya Pulau Pinang. Tempat yang lebih spesifik lagi ialah di Dewan Auditorium Perpustakaan Negeri Pulau Pinang bersempena dengan Festival Nasyid Pulau Pinang (peringkat saringan).
.
Antara peserta yang mengambil bahagian
.
Bergambar kenangan bersama peserta selepas pertandingan
.
Semua peserta yang bertanding bersemangat dan berbakat. Sukar untuk juri (UniQ) untuk menilai dan memberi markah. Namun keputusan perlu juga dibuat. Tahniah kepada para peserta yang berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir Festival Nasyid Pulau Pinang yang akan diadakan pada bulan Ogos nanti.
Selepas beberapa jam di Seberang Jaya, kami terus ke Sungai Ara untuk persembahan khas Palestin di Masjid Sungai Ara.
MASJID SUNGAI ARA, PULAU PINANG (17 JULAI 2010)
Petang menjadi juri, malam pula di Sungai Ara bagi menjayakan Malam Amal Palestin yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Masjid Sungai Ara, Pulau Pinang. Sambutan juga amat membanggakan dengan kehadiran ramai jemaah yang berjiwa memperjuangkan Palestin.
UniQ bersama Abang Najib (MC) di atas pentas
.
Jamuan makan bersama penganjur selepas program
.
Kutipan derma untuk Palestin pada malam itu berjumlah lebih kurang RM4000++.. Satu petanda baik yang menunjukkan kesedaran umat Islam terhadap Palestin semakin meningkat.
Terima kasih kepada penganjur kerana menjemput UniQ.. Keesokkan harinya, kami bertolak ke Balik Pulau untuk persembahan Majlis Amal Palestin di sana pula.
MASJID TITI TERAS, PULAU PINANG (18 JULAI 2010)
Persembahan ini juga untuk Palestin. Majlis dibuat di perkarangan Masjid Titi Teras, Balik Pulau, Pulau Pinang. Lagu-lagu yang dibawa pada malam itu begitu bererti seperti lagu Sunah Berjuang dan Untukmu Palestin.
Ketika menyanyikan lagu Untukmu Palestin
.
Bergambar kenangan bersama penduduk kampung Titi Teras
.
Saya sempat merakamkan lagu yang disampaikan pada malam itu.. Lagu yang nostalgia oleh kumpulan Nada Murni tidak lama dahulu iaitu lagu Sunnah Berjuang.. Dengar dan renungkanlah..
Selamat berjuang pejuang Islam. Setiap perjuangan pasti diuji dengan mehnah yang tiada akan henti. Perjuangan itu pahit kerana syurga itu manis yang tiada kemanisan yang setimpal dengan di dunia..
PENGHARGAAN
Terima kasih kepada abang-abang UniQ kerana memberi peluang untuk membantu mereka. Pengalaman ini sungguh bererti buat saya. Syukran.
Moga segala usaha ini diterima Allah sebagai ibadah dan perjuangan memartabatkan Islam. Insya-Allah..
NOTA : Kumpulan uniQue @ UNIC berbesar hati untuk membuat persembahan di tempat anda. Juga menawarkan program motivasi di sekolah-sekolah yang berminat. Boleh menghubungi Saudara Fadzli (019-9821826) untuk keterangan lanjut. Layari juga website uniQue di www.unicrecords.com.my
KEMBARA UNIQUE SATU PENGALAMAN!!
Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com
45700 Bukit Rotan, Selangor Darul Ehsan.
pergh best gile ko meronda~
Ada masa2 terluang.. Boleh la ikut jalan2.. Hehe..