UNIC
DURBAN Episod 2 : MUZIK ADALAH HARAM?
[SAMBUNGAN EPISOD 1] DJ Farhaat mendengar satu persatu lagu di dalam album yang saya berikan kepadanya. “Emm.. Satu lagu pun tak boleh dimainkan di radio”, katanya dengan hampa. “Kenapa?”,saya bertanya. “Ulama di sini mengatakan muzik adalah haram. Di radio memang tak boleh pasang lagu yang bermuzik, kalau di luar OK sahaja”, kata Farhaat. Farhaat adalah …
INGIN JADI MOTIVATOR MUDA BERSAMA UNIC?
. Sebuah poster menceritakan segala-galanya. Jom sertai program ini dan minta disebar-sebarkan.
PERISTIWA DI HUJUNG 2010
KLCC dari Masjid Asy-Syakirin (31 Disember 2010) . Beberapa minit sebelum pukul 12.00 malam, ribuan manusia berkumpul di dataran. 5, 4, 3, 2, 1… POMMM!! Bunga api meletup memecah suasana di ruang udara KLCC. Pertunjukan bunga api berlangsung sekitar 10-15 minit memukau para penonton.
BLOG FAMILI UNIC MEDIUM MAKLUMAT
. Alhamdulillah. Mesyuarat Famili UNIC kali pertama selamat berlangsung malam tadi. Saya mengucapkan terima kasih kepada AJK-AJK yang terlibat. Mesyuarat ini juga adalah UNIK kerana ia diadakan di Facebook! Hari ini saya ingin memperkenalkan blog yang baru dilancarkan baru-baru ini. Memperkenalkan Blog Famili UNIC, www.famili-unic.net. Diharap dengan kehadiran blog ini dapat dijadikan sebagai medium penyampaian …
NASYID, PUJIAN, HARTA DAN WANITA
“Bernasyid ada dua tujuan”, Bazli UNIC memulakan bicara. “Yang pertama adalah hiburan dan yang kedua ialah dakwah. Ianya bukan suatu yang main-main dan tanggungjawabnya adalah besar”, beliau menyambung lagi. Bas yang membawa para peserta Kembara Amal UNIC Ke Utara ke Puteri Ayu Resort, Yan Kedah terus menyusuri liku desa yang damai itu. Kami di dalam …
SEKILAS BERSAMA MAHER ZAIN
Kedatangan Maher Zain ke Malaysia sangat dinanti-nantikan. Alhamdulillah, saya berpeluang untuk bertemu dengan Maher Zain,seorang penyanyi nasyid terkenal di peringkat antarabangsa. Pertemuan ini ringkas tetapi sungguh bermakna. Pertemuan yang memberi semangat untuk terus berjuang memertabatkan industri nasyid Malaysia!
UNIC – UNIQUE – UNIQ – UNIC?
Nama kumpulan ini bertukar sekali lagi. Permulaannya UNIC, kemudian UNIQUE dan ditukar pula kepada UNIQ untuk memudahkan ejaan. Namun, kuasa Allah melebihi segalanya, UNIQ telah kembali menggunakan nama UNIC! Mengapa semua ini terjadi? Mengapa sering menukar nama? Menukar nama bukan sesuatu yang dijadikan permainan, penukaran itu mempunyai sebab-musababnya yang tersendiri. Apakah sebabnya?