AMALAN SUNAT DI AIDILFITRI

“Dengan ini diumumkan.. Esok Raya!”

Baju Raya sudah dibeli. Rendang sudah dimasak. Mercun dah banyak dibakar. Tibalah pula Hari Lebaran.

Seperti kebiasaannya, Hari Raya sangat sinonim dengan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri. Memang tak dapat disangkal lagi, apabila tiba sembahyang raya, masjid pasti penuh dengan kehadiran jemaah yang luar biasa ramainya. Al-maklum, raya setahun sekali, hari rayalah masanya nak balik kampung kan?

Di kemeriahan ini, saya ingin mengambil peluang berkongsi serba sedikit tentang amalan-amalan sunat yang boleh kita lakukan di pagi raya. Amalan itu adalah..

AMALAN SUNAT DI AIDILFITRI

(Dipetik dari ruangan HADIS di Majalah Solusi, Isu 23)

1) BERTAKBIR

Umat Islam disunatkan untuk bertakbir kepada Allah Subhanahu Wataa’la bersempena meraikan kemenangan umat Islam berpuasa selama sebulan.

lagu – Takbir Raya Longer version

Dari kita banyak bermain mercun di malam raya, lebih baik kita bertakbir beramai-ramai. Jom-jom!

2) MANDI SUNAT, MEMAKAI WANGIAN DAN PAKAIAN YANG TERBAIK

Imam al-Hakim telah meriwayatkan bahawa Hasan Bin Ali bin Abi Talib r.a berkata: “Rasulullah SAW telah memerintahkan kami pada kedua-dua Hari Raya supaya memakai sebaik-baik pakaian yang kami miliki, menggunakan wangian yang paling baik dan menyembelih binatang korban yang paling berharga (mengikut kemampuan)”.

Diriwayatkan oleh Imam al-Baihaqi di mana Saidina Ali r.a telah ditanya oleh seorang lelaki tentang mandi, lantas beliau menjawab: “Mandilah setiap hari kalau kamu kehendaki”. Lelaki itu berkata lagi: “Aku maksudkan mandi yang sebenar-benar mandi (mendapat pahala)”. Ali menjawab: “Hari Jumaat, hari Arafah, Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha”.

Bagi saya tidak sukar untuk mengamalkannya. Baju Raya sudah dibeli (memakai baju terbaik), One Drop Ferfume pun sudah dibeli (memakai wangian) dan pastinya semua orang mandi pagi kan? Cuma niatkan sahaja untuk mandi sunat, Insya-Allah mendapat pahala dari Allah.

3) MAKAN SEBELUM KELUAR RUMAH

Imam Bukhari telah meriwayatkan bahawa Anas Bin Malik berkata: “Rasulullah s.a.w tidak keluar dari rumah Baginda pada Aidilfitri, melainkan Baginda makan beberapa biji tamar terlebih dahulu. Baginda makan beberapa biji kurma dalam bilangan yang ganjil”.

Rupa-rupanya, sunat memakan kurma bukan hanya pada bulan Ramadan saja nampak gayanya. Jika ada lebihan kurma di rumah anda, sila-silalah makan di pagi Syawal untuk mendapat sunah Baginda. Namun tidaklah menjadi kesalahan jika kita memakan selain kurma seperti ketupat dan rendang. Semua itu juga akan mendapat pahala makan sebelum keluar dari rumah. Insya-Allah.

4) PERGI KE MASJID DAN PULANG KE RUMAH MELALUI JALAN YANG BERLAINAN

Pergi ke masjid jalan lain, balik rumah jalan lain.

Abu Hurairah r.a berkata: “Setiap kali Hari Raya, Rasulullah akan keluar menunaikan solat Hari Raya, kemudian pulang ke rumah melalui jalan yang berbeza”. (Riwayat Tirmizi)

5) UCAPAN HARI RAYA

Ucapan Hari Raya yang mengikut sunah ialah TAQABBALALLAHU MINNA WAMINKUM. Bermaksud “Moga-moga Allah menerima amalan kami dan amalan kalian semua”.

Namun begitu, tidaklah menjadi kesalahan untuk mengucapkan “SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN”. Kalau boleh, sebutlah kedua-dua ayat di atas. Insya-Allah, pahala sunnah dapat, silaturrahmi terjalin!

6) SOLAT SUNAT HARI RAYA DAN MENDENGAR KHUTBAH

Saya rasa amalan ini semua umat Islam tahu yang ianya adalah sunat di Hari Raya. Kita disunatkan untuk mendengar nasihat yang akan disampaikan oleh khatib bagi menasihati diri kita untuk 11 bulan yang akan datang.

Insya-Allah.. Solat Sunat Hari Raya sentiasa sesak. Tetapi jangan pula tinggalkan solat Jumaat!

DEDIKASI AIDILFITRI

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan “SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.. MAAF ZAHIR DAN BATIN” kepada semua pembaca blog jamalrafaie.com ini. Semoga amalan yang kita lakukan di bulan Ramadan diterima Allah dan dilipatgandakan pahalanya untuk kita. Insya-Allah.. TAQABBALALLAHU MINNA WAMINKUM..

Jadikanlah Aidilfitri pada kali ini mendapat keredhaan di sisi-Nya. Kita mampu mengubahnya!

SELAMAT HARI RAYA!!

Blogger Templates

Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com
45700 Bukit Rotan, Selangor Darul Ehsan.


Related Post

13 Replies to “AMALAN SUNAT DI AIDILFITRI”

  1. Aslmkum,Jamal……..

    Waktu mengalir bagaikan air
    Ramadhan suci telah berakhir
    Ada luka yang pernah terukir
    Ada salah yang sempat tergulir
    Hadir dari kesucian hati
    “Taqabalallahu Minna Wa Minkum,syiyamana wa syiyamakum
    Minal Aidzin Wal Faidzin
    Mohon maaf zahir dan batin”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *