1. Saya menarik semula penggunaan Logo RABIA yang popular di media sosial dalam Facebook saya selepas membaca dan memerhati beberapa perkara.
2. Saya tidak tahu bagaimana mahu berhati-hati menulis tentang perkara ini. Kemungkinan besar tindakan saya ini akan mendapat tentangan daripada sesetengah pihak.
3. Mungkin ada yang mengatakan saya Sekular, mungkin juga penyokong Hosni Mubarak atau orang rapat Jeneral As-Sisi kerana menarik semula logo RABIA daripada Facebook saya. Mulut orang sukar diduga, manusia sering berfikiran dangkal menuduh orang lain sewenang-wenangnya.
4. Tidak menggunakan simbol EMPAT JARI bukan bermaksud saya menyokong tindakan perampas kuasa di Mesir. Juga tidak bermakna saya tidak mengambil tahu tentang keadaan orang Islam yang ditindas di seluruh dunia. Ia juga tidak bermakna kita perlu menunjukkan Simbol 4 Jari jika kita menyokong dan dianggap TIDAK MENYOKONG jika tiada simbol berkenaan.
5. Saya belum dapat menulis tentang mengapa saya menarik balik logo berkenaan. Itu biarlah menjadi kajian kecil saya dan saya belum bersedia nak berkongsi kepada semua. Kepada yang mahu terus berkempen, teruskan dan saya tidak menghalang dan bertindak bersungguh-sungguh untuk orang lain mengikut tindakan saya.
6. Mungkin saya dianggap totok tetapi saya fikir kita jangan terus mengikut hanya kerana mengikut trend semasa.
7. Usahlah tanya mengapa, saya belum bersedia menjawab; “Mengapa ya?”. Mungkin masa akan menentukan. Atau ada orang lain yang menulis tentang perkara ini terlebih dahulu.
8. Yang boleh saya katakan setakat ini, bukan salah Recep Tayyeb yang melancarkan simbol ini. Tetapi saya khuatir ada beberapa pihak yang akan menggunakan ia sebagai satu Hidden Agenda. Kita nantikan.
Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com
45700 Bukit Rotan, 25 Ogos 2013.