Apa Pendapat Kamu Tentang PDRM?

PM Najib Razak bersama warga PDRM - Sambutan Hari Polis Ke-206
PM Najib Razak bersama warga PDRM – Sambutan Hari Polis Ke-206

Sewaktu di Univesiti dahulu, saya pernah ternampak seorang rakan menampal poster di lokernya yang ditulis “BELIA BENCI POLIS”.

Saya bertanya kepadanya apa yang menyebabkan beliau begitu membenci Polis, katanya “Sebab Polis saman aku”.

Saya mengakui kadang-kadang kita ini beremosi tentang sesuatu perkara. Saya juga pernah kena saman dengan Polis, saya pun berasa tidak puas hati juga apabila terkena saman. Namun, lama kelamaan saya terfikir semula bahawa ‘sebab kena saman’ adalah disebabkan kesalahan yang dibuat oleh diri saya sendiri.

Jangan membenci pihak Polis hanya kerana mereka ‘tidak memihak’ kepada kita. Contohnya, bila kena saman bencikan Polis, bila kena cekup salahkan Polis, tapi kita tidak tanya mengapa kita kena saman atau kena cekup?

PEMIMPIN ‘KONDEM’ POLIS

Kita rakyat Malaysia selalu mendengar ada kenyataan oleh pemimpin-pemimpin politik yang menghina pihak Polis. Tujuan mereka berbuat sedemikian adalah untuk mencemarkan imej Polis dan mengajak rakyat untuk membenci pihak Polis.

Apabila imej Polis tercalar dan dibenci rakyat, maka secara tidak langsung imej kerajaan juga akan tercemar dan itulah yang ingin dilakukan oleh pihak pembangkang.

Saya turut tertanya-tanya, pihak pembangkang mahu menawan Malaysia tetapi dalam masa yang sama tidak suka dengan pasukan Polis. Jika ditakdir mereka mengusai kerajaan, dengan siapa lagi mereka mahu meminta bantuan untuk menjaga keamanan negara kalau bukan pasukan Polis?

Adakah mereka mahu menjilat semula ludah yang telah diludah kepada pasukan Polis? Tidak malukah mereka?

Contoh pemimpin pembangkang yang hasut rakyat benci Polis
Contoh pemimpin pembangkang yang hasut rakyat benci Polis

Bagi saya, sejauh manapun kita tidak setuju dengan kerajaan, kita tidak boleh bertindak terburu-buru dan suka kondem agensi-agensi kerajaan. Jika mereka tetap dengan sikap seperti itu, mereka lebih berhak untuk posisi PEMBANGKANG daripada berada dalam posisi KERAJAAN.

Parti yang tidak suka Polis bagaimana mahu mengekalkan keamanan jika menjadi kerajaan?

Parti yang suka dengan demonstrasi ganas bagaimana mahu memastikan rakyat puas hati dengan mereka jika mereka menjadi kerajaan? Parti itu telah mengajar rakyat untuk mahukan ‘kesempurnaan’ lama kelamaan rakyat pula akan menuntut ‘kesempurnaan’ daripada mereka.

Kita sebagai rakyat Malaysia yang cintakan kestabilan negara mesti memikirkan tentang perkara-perkara seperti ini, adakah kita akan membiarkan Malaysia ditadbir oleh pemimpin yang banyak menanamkan kebencian?

SELAMAT HARI POLIS KE-206

Saya sebagai rakyat marhaen Malaysia mengucapkan SELAMAT HARI POLIS KE-206 kepada warga Polis Di-Raja Malaysia (PDRM).

Realitinya, PDRM bukannya sebuah organisasi yang terlalu sempurna. Ada kes-kes yang kita dengar berlakunya rasuah dan salah-guna-kuasa oleh anggota PDRM. Tetapi bagi saya, anggota PDRM yang melakukan perkara mungkar tersebut adalah yang tidak jujur dalam melaksanakan tugas mereka.

Oleh kerana kes buruk tersebut, kita tidak boleh menghukum keseluruhan pasukan PDRM. Saya berani mengatakan bahawa PDRM masih berfungsi dengan cemerlang!

PDRM banyak membantu kita dalam urusan seharian dan menjaga keamanan negara kita. Mereka sanggup berjuang di Lahad Datu sehingga ada yang terkorban.

Semoga Allah Subhanahu Wa Taa’la merahmati perjuangan mereka. Mari kita hayati video yang dibuat khas sempena Hari Polis Ke-206 hari ini (25 Mac 2013).

TAKBIR!

Psstt.. Ada pemimpin politik yang benci Polis tapi bila ada ugutan orang nak culik anak dia, terus buat laporan Polis, kenapa tak nak report dekat Unit Amal sahaja?

TABIK SPRING POLIS DI-RAJA MALAYSIA!!

Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com
45700 Bukit Rotan, 25 Mac 2013.

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *