1945-2010.
Dari Allah Kita Datang.. Kepada Allah Kita Kembali.
Pada pagi 8 Syawal 1431H, pelakon veteran terkenal, M.Rajoli atau nama sebenarnya Mohd. Rajoli @ Mohd Rajab Mohamed Zain telah kembali ke Rahmatullah kerana komplikasi kesihatan selepas dibedah tempoh hari.
Bagi saya, lakonan arwah sungguh hebat. Dari watak seorang imam sehingga watak seorang tua yang berfoya-foya mampu dilakonkannya. Beliau seorang yang versatile.
Moga rohnya dicucuri rahmat oleh Yang Maha ESA.
SEKILAS AL-MARHUM M.RAJOLI :
NAMA : Mohd Rajab Mohamed Zain
ASAL : Pasir Mas, Kelantan
TAHUN LAHIR : 1945
MULA BERLAKON : 1982
MENINGGALKAN : 2 Balu dan 8 Orang Anak
.
Di bawah antara filem pertama yang dilakonkan oleh Al-Marhum..
‘TALQIN’ yang dibacakan oleh Al-Marhum.. Filem ESOK MASIH ADA (1982)
.
Al-Marhum bersama keluarga. Sumber-Kosmo!
.
Al-Marhum bersama isteri keduanya
.
(Sumber gambar : Kosmo!)
Salam takziah kepada keluarga Al-Marhum M. Rajoli. Semoga rohnya dilimpahi rahmat oleh Allah Subhanahu Wataa’la.. Insya-Allah..
INNAA LILLAAH WA INNAA ILAYHI RAAJI’OO’N
Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com
45700 Bukit Rotan, Selangor Darul Ehsan.
al-fatihah.
hmm… tapi yg x sangkanya, dasyat jugak filem dulu2 ni… sampai 5 minit penuh dia tayangkan talkin tu. filem sekarang ni ustaz2 setakat ‘ghostbuster’ untuk beberapa saat je. kalaupun berkait Islam, pasti bermotifkan cinta.
Filem sekarang mesejnya kosong.. Kalau cerita hantu tu, pasti ada ayat2 Al-Quran yang mengatakan orang Islam wajib percaya perkara ghaib.. Tapi bukan maksudnya percaya hantu jembalang semata, tapi Islam nak kita percaya tentang syurga, neraka, kiamat dan perkara2 sam’iat..
Bila diperhujung cerita pulak mesti ada mesej “Orang yang melakukan kesilapan wajib bertaubat kepada Allah”. Tapi jalan cerita tak de langsung nak bawak masyarakat kepada Agama. Seolah-olah agama ni sebagai penghalau hantu je, dan bukannya cara hidup..
Al-Fatihah buat allahyarham.. Moga rohnya dicucuri rahmat.. Insya-Allah..
Innalillahi wainna illaihirojiun…Moga Allah menempatkan beliau bersama orang-orang beriman. Al-fatihah….
Jamal, bahagian balu tu 8 ke 2?
Eh? Silap2.. Terlepas pandang.. hehe.. Dah betulkan.. Thanks Cik Siti.. Ada ke orang tinggalkan balu sampai 8? Adoyai.. Al-Fatihah untuk al-marhum..