“Saya nak yang air ni Uncle”, saya meminta Uncle Gopal menuangkan air yang menjadi pilihan saya.
“Adik tak boleh minum air ni. Orang Islam haram minum air ni”, tegah Uncle Gopal.
Ketika itu saya masih kecil. Mama membawa saya ke jamuan perpisahan Bosnya yang bakal berpindah ke cawangan lain. Saya ketika itu berumur sekitar 5 tahun, apa yang ada dengan budak berumur 5 tahun itu yang baru mengenal dunia.
“Mama.. Air Root Beer tak boleh minum ke?”, saya bertanya kepada Mama kerana keliru.
“Eh.. Boleh la. Nanti Mama cakap kat Uncle Gopal”, Mama menenangkan saya.
Mama berkata kepada Uncle Gopal. “Gopal.. Ada dua ‘beer’ je yang orang Islam boleh minum. Ginger Beer dan Root Beer”.
“Ooo.. Macam itu ka? Ok-ok.. Mari sini adik, Uncle tuangkan air ni yer”, Uncle Gopal menuangkan air Root Beer di gelas saya sambil memujuk budak comel ini. Hehe..
Setelah berbelas tahun peristiwa ini berlaku, hari ini saya terfikir semula tentang apa yang tersirat dalam peristiwa ini. Ianya berkisah tentang iman dan prinsip hidup mukmin.
Walaupun Uncle Gopal bukan seorang Islam, tetapi beliau sangat menghormati kepercayaan dan peraturan agama lain. Beliau tahu ‘beer’ diharamkan oleh Islam untuk diminum oleh penganutnya dan beliau begitu menjaga peraturan itu walaupun beliau tidak mengetahui Root Beer boleh diminum oleh orang Islam.
Orang bukan Islam boleh ‘mengikut’ perintah Allah. Kita yang Islam ni bagaimana?
ORANG AGAMA VS ORANG BERAGAMA
Ramai orang beranggapan untuk menjadi seorang yang faham tentang agama perlulah menjadi seorang ustaz. Benar. Tidak hairanlah ramai ibu bapa mahu menghantar anak-anak mereka ke sekolah pondok untuk menjadi orang yang beragama. Akhirnya mereka akan menjadi seorang ustaz yang mempunyai ilmu yang tinggi dalam bidang agama. Persoalannya, mereka ini orang agama atau orang beragama? Orang agama itu pasti, orang beragama belum tentu.
Tunggu. Apa bezanya orang agama dengan orang beragama? Ustaz Hasrizal pernah menulis perihal ini dalam artikelnya yang bertajuk Antara Orang Agama dan Orang Beragama. Pokoknya, orang agama lebih sinonim dengan gelaran ustaz, ustazah dan imam. Manakala orang beragama adalah orang yang membawa dan mengamalkan agama dalam kehidupan sehariannya.
APA KHABAR IMAN?
Seorang peniaga yang beriman akan berniaga dengan jujur, tidak mengurangkan timbangan, dan menjual barangan yang baik dan berkualiti.
Seorang pekerja yang beriman tidak akan mencuri masa semasa bekerja untuk mengelat.
Seorang pelajar tidak akan menipu dalam peperiksaan jika dia beriman.
Oleh itu, apa khabar iman kita? Saya teringat dengan sebuah kisah yang diceritakan oleh seorang rakan ketika beliau hendak menonton wayang pada suatu hari. Saya gelarkan beliau Ahmad.
Beriman perlu disemua tempat – Gambar Hiasan
.
“Saya nak tengok cerita ni. Bagi satu tiket. Pukul 3.45 petang ya”, pinta Ahmad kepada penjual tiket.
“Filem ni ya? Emm.. Saya rasa tak sesuai nak tengok cerita ni pukul 3.45 petang. Sebab cerita ni lama, takut-takut awak tak sempat nak solat Asar“, kata petugas menjual tiket wayang tersebut. Tersipu-sipu Si Ahmad.
Berdasarkan kisah ringkas tadi, menunjukkan semua orang tidak kita ustaz atau bukan, perlu dan boleh beriman kepada Allah Subhanahu Wa Taa’la. Islam adalah untuk semua manusia, bukan hanya Ustaz sahaja yang perlu mengamalkan Islam.
Maka tidak ada alasan untuk kita tidak mengamalkan Islam dalam seharian kita. Tiada alasan lagi jika ada individu yang boleh sewenang-wenangnya membuat maksiat (membuka aurat, berjudi, minum arak) atas alasan mereka bukan di dalam bidang agama.
Oleh itu?
Bawalah agama dalam kehidupan kita walaupun kita bukan bergelar ustaz.
ISLAM ITU CARA HIDUP!!
Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com
45700 Bukit Rotan, Selangor Darul Ehsan.
Salam Jamal,
Saya masih teringat bos cina di tempat kerja lama saya. Jika dia ingin menyuruh saya melaksanakan sesuatu kerja, dia akan bertanya dulu jika saya ingin bersolat dulu (selalunya lewat petang menjelang asar). Jika kita menjaga amalan kita, orang bukan Islam juga akan turut perihatin tentang amalan kita.
salam…
“Bawalah agama dalam kehidupan kita walaupun kita bukan bergelar ustaz.”
yup, saya setuju dengan jamal, kemana pun kita pergi, ingatlah tanggungjawab amanah kita sebagai hamba Allah yang bergelar Muslim…
setiap dari kita bertanggungjawab atas apa jua yang kita lakukan walau sebesar zarah.
jangan lupa, kita juga ada tanggungjawab dengan orang yang berada disekitar kita, x kira siapa pun mereka, ahli keluarga, classmate, roomate, office mate, cleaner kt tmpt blaja or office kt tmpt kita kerja, walau siapa pun mereka, jangan lupa tanggungjawab kita SEBAGAI MUSLIM.
Wasalam Puan.. Orang bukan Islam dah bagi ruang untuk kita amalkan agama, tapi kita yang kadang2 segan nak amalkan agama itu sendiri..
Ustaz boleh amalkan agama dalam hidupnya, insya-Allah.. Tapi saya lebih respek kepada orang biasa (bukan bidang agama) tapi boleh amalkan agama dalam kehidupannya.. Masya-Allah..
Trm ksh ats p’kongsian ilmu ni…..
Smg kita semua mjd org beragama yg beriman…
Insya Allah………(^____^)
artikel yg mnarik
Moga kita menjadi muslim yang berjaya.. Umat Islam harus cemerlang hari ini mesti lebih baik dari semalam.. ^_^
Insya-Allah Ristanto.. Saya baru tahu kamu ada blog.. ^_^
Terima kasih Studiokini.. Umat Islam harus cemerlang!!
Ya,Jamal…
sy mmg ada blog tp blm lm,baru sja.psal dulu rasa x da minat nak wat blog.skrg br nak sngt wat blog.buat mengisi waktu luang sy ja,daripada cm t’menung.lebih baik sy kongsi ilmu wat shbt & wat ingatan diri sy sndr.Trm ksh byk ea….Jamal dah follow blog sy.segala kritik dan saran saya harapkan demi kebaikan saya.
Salam anakanda…
Jika Uncle Gopal baca artikel ni, tentu dia terharu dengan ingatan Paie kepada peristiwa tersebut… Kebetulan Uncle Gopal juga orang beragama dalam agamanya… Jelasnya jika seseorang itu faham agama, tak kira apa agamanya..tentu dia akan menghormati sebarang agama yang ada.. Memang banyak fenomena yang mana orang muslim yang mengabaikan tanggungjawab muslim dan orang bukan Islam pula yg beriya2 menyediakan tempat utk bersolat dan mengingatkan muslim menunaikan tanggungjawabnya…
orang bukan Islam tahu je halal dan haram tetapi malangnya banyak muslim di luar sana dan di sekeliling kita hidup dalam keraguan dan mengabaikan halal haram sesuatu itu…
Tahniah dengan perkongsian yang bermanafaat..
Umi bangga dengan Paie… teruskan usaha dengan tekal ya…
Tahniah di atas kemajuan yang baru ini.. Jadikan dunia blog ini sebagai satu medan perpaduan kepada semua di kala manusia terutamanya orang Islam yang sedang berpecah ini.. Saya pun berharap jika ada salah dan silap dan penulisan saya, sudi2kanlah ditegur ya..
Dah lama betul kisah ni, tapi tak tau mengapa masih diingati.. Artikel ini ditulis bersempena dengan perangai rakan2 yang ‘lepas tangan’ dalam soal agama.. Katanya hanya ustaz dan ustazah saja yang perlu menjaga diri, menutup aurat dan mengamalkan ajaran Islam..
Memang la ilmu agama kita ni tak setinggi gunung, tapi bukan bermakna kita perlu lepas tangan untuk mendalami ilmu agama.. Bagi Paie, golongan teknokrat yang beriman lebih hebat dari golongan agamawan sebab mereka boleh amalkan agama walaupun pakar dalam bidang duniawi.. ^_^