FAREAST : SAAT LAFAZ SAKINAH

saat lafaz sakinah fareast

“Heningnya.. Sunyi suasana.. Lafaz Sakinah Bermula..”

Saat Lafaz Sakinah adalah buah tangan terbaru kumpulan nasyid Fareast yang bertemakan perkahwinan dan keamanan. Lagu Saat Lafaz Sakinah sendiri dipetik dari dialog antara pengantin lelaki dan ayah (wali) semasa akad perkahwinan.

Bagi saya, album ini mempunyai keunikannya yang tersendiri dengan menampilkan kelainan dalam lagu-lagunya. Kebanyakkan lagu-lagu dalam album ini dihasilkan dari melodi padang pasir (lagu-lagu Fareast kebanyakkannya dari melodi taranum) dan rekaan kulit album juga amat menarik.

saat lafaz sakinah fareast 2 Kulit album dan buku lirik

.

Lagu-lagu yang termuat dalam album ini ialah :

01. Qasidah (4:32)
02. ‘Ala Baladi (4:28)
03. Saat Lafaz Sakinah (4:30)
04. Aman (4:46)
05. Keunggulan Iman Berteraskan al-Quran (3:46)
06. Syahdu (5:04)
07. Mabrur (4:03)
08. Eksplorasi Feat. Inteam (4:08)
09. Safa Marwah (3:57)
10. Asma al-Husna (3:02)
11. Maafkan Ibu Tidak Sempurna (5:57)

.

Bagi yang belum mendengar lagu-lagu dalam album ini. Bolehlah mendengar pra-dengar di bawah.. Sila-sila..

Album ini boleh diperolehi dengan harga RM 25.90 di kedai-kedai CD yang berdekatan. Bagi saya tidak rugi membeli album ini dan sokonglah industri nasyid tanah air dengan membeli yang original.

FAREAST : SAAT LAFAZ SAKINAH

Blogger Templates

Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com
45700 Bukit Rotan, Selangor Darul Ehsan.


Related Post

12 Replies to “FAREAST : SAAT LAFAZ SAKINAH”

  1. :: Lagu2 tu mmg BEST2 sngt lah & mmg rugi klu x pny lagu2 tu.
    sy dah punya tapi dr download je.tapi Insya Allah,besok sy nak beli VCDnya jg lah.VCD yg original tentunya…..Hehehe

  2. ade improvement pada album far east..album sblm ni ade bape lagu je yg aku ske..tp yang album baru ni memang sume lagu best…tp byk sgt taranum takut lirik lak x bpe dgr…

  3. overall,album ni sngt2 menarik..keseluruhan lagu ni mmg mantap…cume lagu aman laju sngt aa..smpi xdpt nk tngkp lirik nyer..hehe..:)yg lain2 ok laa..klau nk nanges.&.klau dihyati btul2 aa lagu maafkn ibu tidak sempurna sedih sngt2..teringt dekat mak terus…majulah nasyid utk ummah.!

  4. Lagu2 dalam album ni memang best ditambah juga dengan kulit album yang ‘comel’. Hehe.. Cuma sebutan agak kurang jelas dan kadang2 berkerut dahi nak faham apa yang disebutkan dalam lirik lagu tu.. ^_^

  5. jamal,cover album deorg mmg comel..hehe..^_^..bukan apa..boleh buat hantaran kahwin ag tuh..sekali sekala ubah tradisi,kasi vcd nasyid as hantaran kahwin…pnh gak ckp ngn abg azwan.dia cakap ok je klu nk buat hantran..mne tahu sejuk hati bakal isteri..kekeke

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *