CERITALAH DI KEDAI KOPI

Berpolitik biar kena pada tempat, masa, dan orang yang sesuai – Gambar Hiasan

.

Celik mata di waktu pagi sudah berfikir macam mana nak lawan pihak musuh.

Di mana-mana sahaja dicanang fahaman politiknya, tak kira di kedai kopi, pejabat dan Facebook!

Tak kurang dari itu, dibuatnya ayat-ayat pedas yang bertujuan menjatuhkan pihak lawan.

Saya berasa kurang senang dengan perkara ini. Fahaman politik sepatutnya dihormati di antara satu sama lain.

Jangan pula kerana politik, boleh memutuskan tali silaturrahmi sesama Islam. Sedangkan Islam itu adalah agama persaudaraan dan melarang umatnya menjatuhkan maruah orang lain.

BERPOLITIK BIAR BERTEMPAT

Jika mahu berpolitik sekalipun, kita harus memilih masa, orang, dan tempat yang sesuai.

Bukannya berpolitik di dalam forum Fan Club artis, forum persatuan kompang dan organisasi yang tiada kaitan dengan parti.

Ramai golongan muda yang saya jumpai begitu taksub dengan fahaman kepartian mereka. Darah mudalah katakan. Setiap ayat yang keluar dari mulut pasti ada yang menyindir pihak lawan.

Walaupun ketika mesyuarat, beriadah, status Facebook, gambar profile Facebook mesti ada hal politik. Nasib baik tak berkata tentang politik ketika solat! Memang sah tak sah solat!

TAKSUB MENGUBAH TUJUAN SEBENAR

Apabila berpolitik , seelok-eloknya jangan terlalu taksub dengan parti kita.

Perasaan taksub boleh menyebabkan niat dan tujuan sebenar berpolitik akan hanyut ke tempat lain. Mengapa hanyut?

Tiada parti yang syumul dan tidak pernah melakukan kesalahan. Maka apabila terlalu taksub, apa yang dibuat oleh parti itu akan dianggap betul dan WAJIB diikut.

Sebab itulah berlakunya perkara YANG HARAM DIHALALKAN semata-mata untuk menjaga kepentingan politiknya, takut lawan berkecil hati, dan takut hilang kuasa.

Cuba kita perhatikan apabila parti diutamakan daripada agama, semua yang dibuat oleh pihak lawan adalah salah dan wajib ditentang! Dan apabila parti kita membuat keputusan, semuanya dianggap betul dan wajib ditaati walaupun keputusan itu kadang-kadang meragukan hukumnya.

Mudah cerita, dia sahaja yang betul, orang lain salah. Bila ada kes dalam partinya, semuanya FITNAH! Apabila ada kes di pihak lawan, SEMUANYA HARUS DISIASAT! Apakah?

.

Ketaksuban membawa kemusnahan – Gambar Hiasan

.

Saudara, tiada pemimpin yang syumul melainkan Rasulullah Sollallahu A’lahi Wasalam. Setiap pemimpin kini tidak lari daripada terpengaruh dengan dendam, hawa nafsu dan bisikan syaitan. Jangan terlalu taksub dengan pemimpin kerana tidak semestinya apa yang disebutnya adalah betul, walaupun beliau adalah seorang ulama’!

Jika apa yang dikatakannya adalah betul, TAAT. Jika salah, TEGUR.

Lihatlah, ketaksuban parti tidak boleh menyatukan bangsa dan agama. Keegoan di dalam diri sendiri menguasai segalanya. Dan akhirnya, apa yang diperjuangkan tidak kesampaian dan hanya partinya sahaja yang ditegakkan.

BERSATULAH, JANGAN BERPOLITIK TIDAK BERTEMPAT

Jika kita di dalam satu-satu organisasi yang tidak terlibat dengan politik, bertindaklah dengan profesional. Jangan pula menjadikan organisasi itu (tiada kepentingan politik) tempat untuk mengutuk orang lain yang tidak sealiran politik dengan kita di dalam organisasi itu.

Hormatilah orang lain, kerjalah dengan bersungguh-sungguh dan berpolitik mengikut tempatnya.

Jika nak sangat berpolitik, pergilah ke tempat yang sewajarnya.

Bagi saya, berpolitik sepanjang masa hanya membuang masa. Selama-lama kita berpolitik pun, hanya 1 undi sahaja yang dikira dari kita. Maka, lebih baik berfikir bagaimana mahu meningkatkan potensi diri daripada ‘bekerja’ dengan ketaksuban yang membuang masa itu.

Jika mahu berkempen, kempenlah ketika musim pilihanraya. Pangkah parti mana idaman qalbu dan masukkan ke dalam peti undi, siap!

Kadang-kadang orang yang berkata politik berlebihan itu, tidak mendaftar sebagai pengundi pun dan ada yang belum cukup umur!

Sia-sia sahaja bagi siapa yang tidak mampu menunjukkan kuasanya (mengundi).

NOTA : Lebih baik sampaikan agama daripada menyampaikan berita-berita yang belum tentu benar atau tidak. Berkatalah perkara yang boleh naikkan iman daripada menambahkan dosa. Maaf, entri ini agak tegas!

SATU PENGUNDI SATU UNDI!!

Blogger Templates

Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com
45700 Bukit Rotan, Selangor Darul Ehsan.


Related Post

9 Replies to “CERITALAH DI KEDAI KOPI”

  1. Memang secara dasarnya seorang pengundi satu undi dalam pilihanraya.. Undi yang banyak tu masa nak undi artis akademi Fantasia..

    Secara dasarnya, saya nak tekankan jangan semua tempat nak berpolitik dalam artikel ini..

  2. cakap berdegar-degar tapi tyme mengundi tak pegi pulak..haha

    kalau kita ambil tahu pasal politik satu petanda yang bagus sebab menandakan kita ambil tahu perihal negara sendiri..

    tapi janganlah sampai kat semua tempat nak berpolitik..bila keje nak jalan asik nak berlawan je..hormati pandangan masing-masing itu lebih baik…serahkan kepada ahli politik..diorang lebih arif 🙂

  3. Ayat tu menunjukkan bahawa kita perlu teruskan perjuangan semasa kita.. Jika kita seorang pelajar, belajarlah bersungguh-sungguh sampai berjaya.. Kalau berniaga, berniaga betul2 sampai berjaya.. Tak perlu asyik berpolitik je, buat tambah dosa jer..

  4. Setuju tu.. Dalam satu2 organisasi yang bukan politik tak perlu berpolitik dalam tu..

    Sebagai contoh kalau kita seorang peniaga, takkan kita nak kutuk2 parti lawan dengan client kita, kalau client kita tu parti lawan, tak ke rugi bisnes kita?

    Be Profesional.. Itu yang utama..

  5. berbeza fahaman politik tu biasa..tapi kalau politik penyebab pecah belah kita sendiri yang rugi..undi anda adalah rahsia..cakap kat depan macam sokong A…last2 undi B

  6. Ada yang berpendapat Nabi Muhammad adalah seorang ahli politik..Dan dengan ilmu politik yang dimilikinya beliau bisa menjadi seorang penguasa yang menjadikan jalan baginya dalam menyiarkan Islam..Akan tetapi setelah dikaji lebih mendalam pendapat itu sangat keliru .bahkan di dalam sejarah hidupnya beliau pernah menolak untuk berpolitik……Sejarah Politik. Akan tetapi yang dimaksud negara pada saat itu masih berupa kota dengan demikian yang dimaksud negara pada karya-karya pemikir Yunani saat itu masih dalam ruang lingkup terbatas yakni sebuah kota..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *