Pertama kali mendengar tentang program ini, saya ketika itu bersama rombongan HPA di Simunjan, Sarawak.
Perjumpaan rombongan HPA bertemu dengan pemimpin dan pentadbir HPA Zon Borneo berlangsung di Pejabat Operasi HPA Borneo. Perjumpaan bertujuan untuk membincangkan tarikh ESP dan apa itu program ESP sebenarnya.
Tuan Haji Ismail Bin Ahmad berkata,”Ramai orang marah apabila kopi radix habis di pasaran, tapi tak tahu apa yang berlaku sebenarnya. HPA bukan hanya ada Kopi Radix sahaja, kita masih ada banyak lagi produk. Semuanya meliputi konsep Produk Halal Tanggungjawab Bersama”.
Ujar Tuan Haji Ismail lagi, program ESP (Eksklusif Sehari Bersama Pengarah Urusan) ini adalah bertujuan untuk memberi perkongsian tentang bagaimana untuk ‘mencukupkan’ kesemua produk Halal di dalam pasaran.
‘Mencukupkan’ pada saya maksudnya bagaimana kita nak amalkan produk-produk Halal dalam kehidupan kita. Bukan hanya melihat pada satu-satu produk sahaja. Mungkin itu maksudnya.
.
Di antara cabutan bertuahnya adalah Jam Tawaf dan Jawi Filter
.
Insya-Allah. Jika tiada aral melintang dan diizinkan Allah, ESP di Zon Tengah akan berlangsung pada 2 Mei 2011 di Hotel De Palma Ampang. Moga-moga peserta yang hadir mendapat satu ilmu dan semangat yang baru bagi memperjuangkan barangan halal kepada sekalian umat.
Bayaran untuk program ini adalah sebanyak RM100 dan peserta berpeluang menghadiri 5 kursus Herbalis secara berkala dengan percuma. Jika dapat menghadiri 21 daripada 30 kursus Herbalis yang dianjurkan oleh HPA, peserta akan diberikan Sijil Herbalis oleh HPA.
Pendaftaran boleh di buat di mana-mana cawangan HPA yang berdekatan. Untuk mengetahui tentang tempat dan masa ESP di seluruh negara, boleh klik (di sini).
PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA
Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com
45700 Bukit Rotan, Selangor.