MOGA USTAZ KAZIM DIBERIKAN KESEMBUHAN


Sumber : http://www.albarakah.org/

Ustaz Kazim yang baru menjalani pembedahan dua hari lalu (5 Julai 2011) masih terlantar sakit dan sedang menjalani rawatan susulan. Walaupun telah dibenarkan pulang ke rumah, namun Ustaz terpaksa berulang alik setiap hari ke pusat rawatan bagi memastikan lukanya dapat sembuh.

Penyakit tersebut hanya dapat dikesan pada hari Isnin 4hb Julai 2011 dan pembedahan dijalankan pada keesokan harinya 5hb Julai. Disamping itu Ustaz juga mengidap penyakit diabetes yang telah lama dihidapinya dan ini menyukarkan lagi keaadaan. Kemungkinan rawatan merawat ketumbuhan tersebut akan mengambil masa selama 2 hingga 3 minggu.

Diharap kepada semua peminat Ustaz dapat menghormati masa rehat yang diperuntukkan bagi memudahkan proses penyembuhan tersebut. Ustaz mengucapkan terima kasih kepada semua yang mengziarahi dan mendoakan kesejahteraannya.

DOA : Semoga Allah memberi kesembuhan kepada Ustaz Kazim untuk terus berjuang menyampaikan ilmu dan dakwahnya. Amin.

Related Post

8 Replies to “MOGA USTAZ KAZIM DIBERIKAN KESEMBUHAN”

  1. semoga ustaz kazim diberikan kesihatan… rindu nak dgr ceramah ustaz kazim kat masjid area rumah kami… 🙁

  2. Amin.. Saya belum pernah berjumpa dengannya, tapi selalu mendengar ceramahnya yg membuka minda.. Masya-Allah.. Awak tinggal di area mana?

  3. assalamualaikum….ustaz saya hendak hantar anak ke al barakah pd masa cuti sekolah…..bila tarikh…

  4. Assalamualaikum ustaz dan keluaga disana.semaga sihat-sihat selalu hendaknya….
    Saya di sini ingin menghantar anak-anak saya untuk belajar di sana…Adakah masih ada kekosongan untuk mereka belajar ilmu agama di sana….

    saya harap anak-anak saya berpeluang untuk menimba ilmu agama di sana …

    Sekian
    Terima kasih
    019-5950462 (penang)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *