Kami berkampung selama dua hari di sebuah kem. Saya dan rakan-rakan setugas menguruskan sebuah kem motivasi pelajar tingkatan 1 untuk sebuah sekolah di Lembah Klang.
Petang itu, saya duduk di tepi sungai, masih terngiang-ngiang dalam ingatan tentang fenomena yang berlaku di dalam kem ini. Fenomena yang membuatkan kita mendapat satu pengajaran.
“Tuan! Kalau saya ucap terima kasih, boleh tak bagi markah lebih?”,tanya seorang peserta kepada Ketua Fasilitator.
“Ikutlah.. Kalau mood saya baik, saya bagilah”,jawab Ketua Fasilitator dengan tenang.
Kebiasaannya di kem kami, peserta akan diberikan markah bagi setiap aktiviti mengikut pencapaian sesuatu kumpulan. Sebaliknya jika ahli kumpulan menunjukkan perilaku yang tidak elok, markahnya akan dipotong!
“1000 markah untuk kumpulan Flight, 500 markah untuk kumpulan Geng Kapak!”, Fasi mengumumkan markah.
Ahli kumpulan Flight,”Yahoooo.. Padan muka kumpulan Geng Kapak dapat markah sikit!”
Ahli kumpulan Geng Kapak,”Terima kasih Tuan!”.
“Saya tolak 500 markah dari kumpulan Flight dan saya tambah 500 markah untuk kumpulan Geng Kapak!”
“Ha? Kenapa?”, kumpulan Flight tercengang.
“Kamu tak berterima kasih dan merendahkan kumpulan lain! Sepatutnya kena denda tu!”.
MARKAH VS DAN PAHALA
Mengapa adik-adik ini begitu semangat apabila diberi markah? Malah sanggup berebut apabila menghantar tugasan kepada urusetia?
.
Oh ya! Kerana mereka tahu markah-markah itu dapat memberi kejayaan kepada kumpulan! Siapa banyak markahnya, akan menang dan berjaya!
Sebaliknya, jika mereka berkelakuan tidak baik, gagal mengikut arahan dan mengguris hati Fasilitator, markah akan berkurang dan kalah.
Mereka tahu, betapa bernilainya markah itu untuk menang dalam kem ini, sehingga sanggup mengikut apa yang Fasilitator suruh dan berusaha menambat hati Fasilitator untuk menambah markah.
ANDAI KAU TAHU
Sesungguhnya kejayaan saya dan sekalian umat manusia adalah dalam agama.
Selagi mana kita dapat taat perintah Allah, selagi itulah kita berada dalam landasan keimanan kepada Allah Subhanahu Wa Taa’la.
Keimanan pula mencetus mahukan redha Allah. Mahukan REDHA pula mengghairahkan diri untuk melakukan kebaikan dan memburu pahala!
1 pahala lebih baik dari dunia dan seisinya. Oleh kerana itu, berbahagianya bagi orang yang merasai nilaian pahala dan memburunya.
Manusia kejar harta kerana tahu harta bernilai di dunia. Pahala? – Gambar Hiasan
.
Kita tahu pahala sangat bernilai, tetapi jarang berusaha ke arah itu kerana kita tidak YAKIN dengan nilaian itu dengan dibayangi oleh nilaian dunia yang mempersona.
Alangkah beruntungnya jika kita dapat memburu pahala dan rahmat Allah seperti mana adik-adik di kem itu berusaha memburu markah!
Semoga Allah kasihan kepada diri kita yang serba lemah ini dengan memberi rahmat-Nya. Mudah-mudahan kita terpilih dalam golongan orang-orang yang beruntung.
Ya Allah.. Nak syurga boleh? Boleh. Hidup secara Islam, ikut sunnah Nabi Solallahu A’laihi Wasalam. Itu jawapannya!
BURULAH PAHALA UNTUK KEREDHAAN DAN KERAHMATAN ALLAH
Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com
45700 Bukit Rotan, 2011.
One Reply to “TUAN! NAK TAMBAH MARKAH BOLEH?”