TRAGEDI 2 SYAWAL (Kecurian Yang Tidak Disangka)

Keluarga Encik Jakiran Bin Jacomah

Malam itu sambutan Hari Kemerdekaan ke 54. Bunga api meletup di sana sini menggamit perhatian anak-anak kampung.

Apa yang tidak sedap dipandang pula, deretan budak-budak muda yang berpeleseran di sana-sini dengan bunyi yang membingitkan! Senang cerita Mat Rempit mengganas tak tentu hala sehingga salah seorang daripada mereka terlibat dalam kemalangan. Tidak mengapa, mereka mati di jalan yang lurus!

Kehadiran saudara-mara pada malam itu sangat mengembirakan. Setahun tidak bertemu tiba-tiba berjumpa pastinya banyak cerita yang hendak dikongsi bersama. Saya membawa sepupu ke kedai makan untuk meraikan mereka.

Kami pulang ke rumah sekitar pukul 2.30 pagi, suasana ketika itu sedikit hening tetapi jalan raya masih heboh dengan Mat Rempit yang menyempitkan telinga mendengar deruan mereka!

Saya sekeluarga dan sepupu tidur dengan aman pada malam itu. Tiada sebarang hal yang tidak elok yang difikirkan. Esok paginya pula kami merancang untuk ke rumah keluarga di Klang dan Meru.

Peristiwa penting yang ingin diceritakan di sini bermula pada waktu Subuh ketika pintu rumah dibuka.

“Aik? Mana pergi motor lagi satu? Ada orang bawak ke?”

MOTOR YAHAMA 135LC ‘DIPINJAM’ ORANG

Setelah 3 tahun berkhidmat bersama saya, (pernah saya nukilkan dalam artikel Perjalanan 333KM! dahulu), tibalah masanya ianya pergi ‘membawa diri’.

Pada tanggal 31 Ogos 2011 bersamaan 2 Syawal 1432H, dengan rasminya Motorsikal Yamaha 135LC saya telah hilang diambil orang! Diambil di tempat parking dan kunci mangga yang digunakan dalam tempoh 3 tahun yang lalu, akhirnya dikebas orang.

Sebelum itu, Allah Subhanahu Wa Taa’la telah mengurniakan saya sebuah kereta baharu. Allah beri satu nikmat, tetapi telah mengambil satu nikmat yang lain. Sesungguhnya Allah Maha Pemberi Rezeki, apa yang kita ada ini hanyalah sementara dan pinjaman daripada Allah Subhanahu Wa Taa’la.

Iktibar buat saya dan tuan-tuan juga.

DOA BUAT SI ‘PEMINJAM’ ITU

Saya tidak mahu menggelarkannya sebagai seorang pencuri, tetapi saya lebih suka untuk memberi gelaran peminjam kepada individu itu. Kerana peminjam harus memulangkan apa yang dipinjamkannya kepada tuan punya barang.

Walaupun Motor itu tidak lagi ditemui semula, tetapi jangan dilupa ‘Si Peminjam’ itu akan ‘memulangkannya’ di akhirat nanti. Akan saya dakwanya di Hari Kiamat di hadapan Allah Yang Maha Adil atas dakwaan mencuri harta orang lain. Tunggu!

Saya redha apa yang berlaku ini. Tiada gunanya meratapi dan marah yang berpanjangan. Hanya Allah tempat menyerah segala apa yang berlaku.

“Ya Allah.. Jika masih ada rezeki bagiku, pulangkan semula kepadaku, jika tidak gantikanlah dengan sesuatu yang lebih baik dari itu. KAU berikanlah Taufiq dan Hidayah kepada Si Pencuri itu, agar dia beroleh taubat dengan apa yang dilakukannya. Aku sayang kepada dirinya dan diriku, kerana Aku takut untuk mendakwanya jika tiada taubat darinya. Maka berikanlah Hidayah kepadanya agar terlepas dari dakwaan itu. Ameen Ya Rabbal A’lamin”.

Moga para pengunjung blog ini diberi kesabaran untuk segala musibah. Percayalah, apa yang menimpa kita adalah secebis daripada kesusahan orang lain. Orang lain lagi susah daripada kita!

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. Dah mula puasa 6?

Blogger Templates

Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com
45700 Bukit Rotan, 2011.

Related Post

16 Replies to “TRAGEDI 2 SYAWAL (Kecurian Yang Tidak Disangka)”

  1. salam 3laik.
    bersabarlah ye. setiap yg berlaku ad hikmahnya. kita diuji dengan kehilangan harta. dan ramai lagi manusia yang diuji dengan pelbagai jenis ujian. tp persoalannya? bagaimana cara kita menghadapi ujian itu adalah dengan kmbali semula kepada Allah. sebagai muhasabah utk diri ana sendiri juga.

  2. Terima kasih.. Apa yang berlaku pasti ada hikmahnya, saya redha.. ^_^ Alhamdulillah, Allah nak kita ingatkan pada-Nya, kita yang kadang2 lupa pada-Nya.. Astaghfirullah..

  3. wuiiikk~

    ade kete baru laaaaaa~
    pinjaaaammm~ 😀

    bawak2 besabo aje la yee… kan smuanya hanya pinjaman… kalopon ia tak ‘dipinjam’ org len, boleh jadi ia rosak ke, taya tecabut ke, cermin patah ke, tak pon, tempat duduk tkoyak ke.. haha.. ganas2… :p

    dah ade kereta, kire ok lah ye… xdelah berpanas hujan berembun lagik pi keje.. kan? kan?? ^__^

  4. ishh~ mauk lah pinjam.. kite trade-in.. 😉

    kamu pakai kereta saya yang dah 10 tahun tuh.. 😀

    ohh~ nanti nak carik kat jalan raya lah.. pastu, leh hon2.. haha~ (macam pes taim bawak kete..)

  5. mujur tak ‘dipinjam’nya kereta, lagi haru…. Setiap kejadian yang berlaku ada hikmahnya… Allah lebih Mengetahui melangkaui akal fikiran kita. Yang baru disayang, yang lama dikenang =)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *