“Assalamualaikummm… Kami datang nak beraya ni abang!”
Di pagi Syawal, satu kumpulan kanak-kanak datang ke rumah. Belum pun Solat Sunat Aidilfitri berlangsung dan kaum Muslimin pergi ke Masjid, mereka sudah terjogok di depan pintu!
Semangat raya berkobar-kobar jelas terpancar! Maklumlah, kemeriahan hari raya kebanyakkannya kanak-kanak yang lebih merasainya.
“Marilah masuk, makan kuih. Nanti makcik buatkan air ye”, Mama saya mempelawa anak-anak kecil sekitar 7-10 tahun itu.
Mereka duduk di ruang tamu sambil membuka satu persatu balang kuih yang terhidang. Saya juga berada di situ untuk melayan mereka sebelum ke Masjid. Teringat pula semasa kecil-kecil dahulu.
“Abang, kami datang ni bukan nak makan sangat”, tiba-tiba salah seorang daripada mereka berkata kepada saya.
“Kenapa?”
“Kami nak duit raya je, makan-makan ni kat mana-mana pun ada”, jawab Si Budak Kecil itu.
Allah! Saya menepuk dahi! Masya-Allah, ke situ pula mereka. Kadang-kadang lucu pun ada. Tidak mengapa, mereka masih kecil lagi, biasalah begitu kan?
Selepas beberapa ketika mereka meminta izin untuk pulang. Duit raya pun dihulurkan tanda sudi bertandang ke rumah.
“Terima kasih abang. Tahun depan kami datang lagi ye. Hehehe..”
“Emm.. Yelah”, saya menjawab sambil tersenyum lebar. Kanak-kanak, memang seronok melayan mereka.
DIA DATANG LAGI
Selang beberapa hari, kanak-kanak yang datang ke rumah tempoh hari datang lagi ke rumah. Kali ini membawa rakan-rakan yang lain pula!
“Abang, nanti abang tak payah bagi duit raya kat saya. Saya dah kaya dah, banyak dapat duit raya. Bagi duit raya kat kawan-kawan saya ni je ye”, dia memaklumkan.
“Aik? Dah kaya ke? Berapa dapat duit raya tahun ni?”, saya bertanya.
“Banyak sangat, tapi semua dah habis dah. Beli mercun banyak-banyak. Best tau!”, beliau menjawab dengan gembira.
Sekali lagi saya menepuk dahi. Allah! Kaya? Dah habis? Beli mercun? Adik ini memang sangat menghiburkan hati. Masya-Allah.
“Terima kasih abang, kami nak balik dulu ye”. Mereka keluar dan pulang sambil berlari memegang sampul duit raya. Gembira!
Tidak berapa lama selepas itu, mereka lalu di depan rumah saya dan saya ternampak sesuatu yang pelik di tangan mereka. Saya memerhatikan, memang sah! Duit raya sudah bertukar menjadi mercun dan bunga api. Dahi ditepuk sekali lagi!
DUIT RAYA TAK SIMPAN KE?
Semasa saya seperti kanak-kanak itu, tentulah menerima duit raya yang banyak. Tetapi apa yang saya perhatikan sejak kebelakangan ini, tabiat untuk menabung semakin tidak dipraktikkan oleh kanak-kanak zaman sekarang.
Dulu habis raya pergi bank masukkan duit, sekarang habiskan duit beli mercun dan benda-benda yang tiada faedahnya. Kita yang besar-besar ini perlu menasihatkan kepada mereka dan cuba untuk menguruskan duit-duit mereka dari yang sia-sia.
Nasihat untuk adik-adik, simpan duit raya betul-betul. Jangan dah besar baru menyesal tak ada duit, kenapa tak simpan awal-awal. Ingat! Dah besar dah tak ada orang bagi duit raya lagi dah ye!
NOTA : Sekarang kita yang besar-besar ni kenalah jadi orang yang bagi duit pula ye.
BERAPA DUIT RAYA TAHUN NI?
Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com
45700 Bukit Rotan, 2011.
Salam jamal,
Mujur juga dia beritahu tak perlu bagi duit raya. Dekat rumah mak saya, budak yang sama datang berkali-kali, tapi mengaku belum datang lagi hehehe 😀
Tu yang buat kita lari bajet tu.. hehehe.. Alahai..
“Abang.. saya pon nak duit raya… duit raya saya dah habis wat beli barang-barang nak balik U….”
kehkehkeh… :p
salam aidilfitri.. lama tak jenguk sini.
lucu la pulak entri ni. haha. hmm..saya dulu kecik2 duit raya simpan guna beli komik je. ahhak
“Kamu dah banyak duit raya dah, patutnya kamu yg bagi duit raya tahu!”.. hehe..
Selamat kembali ke blog ini.. hehe.. Komik apa yg selalu beli? Dragon ball ke?