Sejak kebelakangan ini, blog saya semakin sukar untuk diakses.
Kadang-kadang OK, kadang-kadang KO.
Rakan-rakan juga memberi laporan yang mereka tidak dapat membuka blog ini. Bukan mereka sahaja, saya juga tidak dapat membukanya. Perkara ini kerap berlaku.
Satu masalah.
Saya telah mengantar aduan kepada Team Support dan syarikat Hosting yang saya gunakan sekarang (Onebytes) memberi jaminan untuk menyiasat masalah ini. Saya akan tunggu hasil siasatan mereka.
Syarikat yang saya guna untuk menampung Jamal Rafaie Dot Com ini memberi perkhidmatan yang baik, seperti maklumbalas yang cepat apabila saya memerlukan bantuan. Mungkin masalah teknikal seperti masalah server menyebabkan perkhidmatan mereka terganggu.
Persoalannya, adakah saya perlu menukar ke penyedia hosting yang baru untuk menyelesaikan masalah ini? Servis pelanggan mereka bagus (Onebytes) tetapi masalah teknikal pula yang menjadi masalah. Mungkin juga masalah ini timbul kerana saya berkongsi dengan pengguna yang lain (Shared Hosting), jika satu akaun dalam server itu ada masalah, semua akaun yang lain akan mendapat tempiasnya.
Tetapi tidak ada keperluan untuk blog saya ditempatkan di Dedicated Server (server sendiri tanpa dikongsi) kerana blog saya bukanlah blog yang popular sehinggakan memerlukan saiz Bandwidth yang begitu besar.
Cukuplah ianya mudah dilawati, tidak lambat untuk diakses dan tidak selalu mengalami masalah. CUKUP!
Apabila memikirkan untuk menggunakan syarikat lain, terasa sayang pula untuk bertukar ke penyedia yang lain kerana saya sudah tidak dapat lagi harga hosting yang saya nikmati sekarang.
Saya mendapat 5GB Disk Space dan 50GB Bandwidth sebulan dengan harga kurang RM100 (ini harga 2 tahun lepas dan saya masih mendapat harga ini). Dengan pakej yang sama di syarikat lain, harga pakej seperti ini biasanya sekitar RM150++. Saya berfikir semula apabila bercadang menukar server.
Blog ini sudah berhijrah dari Blogspot kepada WordPress. Daripada server percuma kepada server berbayar. Mungkinkah ada penghijrahan lagi?
Diharap syarikat penyedia Hosting yang saya gunakan sekarang dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh blog saya. Tetapi jika masalah ini masih timbul, saya akan menimbangkan semula cadangan untuk bertukar kepada penyedia server yang lebih baik. Bayaran boleh difikirkan tetapi yang penting adalah kepuasan untuk berblogging.
Saya nak para pembaca selesa dan mudah. Itu target saya.
NOTA : Jika teman-teman ada cadangan syarikat penyedia Hosting yang boleh dicadangkan, cadangan anda amat saya alu-alukan. Terima Kasih.
UPDATED : PIHAK ONEBYTES TELAH BERSETUJU UNTUK MEMINDAHKAN BLOG SAYA KE SERVER YANG BARU. TERIMA KASIH ONEBYTES!
Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com
45700 Bukit Rotan, 2012.
Entah kenapa,sebelum ne kebanyakan sesetengah server hosting yang aku gune dari malaysia suke-suke on/off dan kadang menyampahkan aku. Sekarang dekat2 dua tahun guna hosting offshore dari us maintain stable jer dan good support gitu. Ne dye hawk host
Terima kasih berkongsi idea di sini.
Alhamdulillah, server saya sudah ok selepas membuat laporan kepada syarikat penyedia hosting.
Walaubagaimanapun, kita sebagai pengguna berhak mendapat servis yang terbaik untuk kita.