Sebelum ini, saya pernah menulis artikel yang berbunyi “SELEPAS INI? SUDAH SEDIA DENGAN CABARAN BARU?”. Nukilan itu saya tulis khas buat diri saya untuk memberi cabaran kepada diri sendiri.
Insya-Allah bermula 1 April 2012 ini, saya akan bersama Astro Oasis dalam rancangan IMAM MUDA Musim Ketiga yang akan menemui anda pada April ini.
Bukan sebagai seorang peserta dalam pencarian Imam Muda Unggul Musim Ketiga.
Tetapi sebagai Writer atau Penulis Kreatif bersama rakan-rakan yang lain untuk Imam Muda musim baru ini.
Sesungguhnya bidang ini sangat baru buat saya. Namun berbekalkan semangat daripada Mama, Bapak, ahli keluarga serta rakan-rakan yang memberi tunjuk ajar, saya menerima cabaran ini, Insya-Allah.
Peserta yang menyertai pencarian Imam Muda Unggul ini berpeluang melalui sebuah perjalanan transformasi diri. Walaupun saya tidak menyertainya sebagai seorang peserta, saya juga akan melalui sebuah transformasi yang akan mengubah diri saya ke arah yang lebih baik. Insya-Allah.
Sebelum ini, saya pernah bercita-cita menjadi salah seorang daripada orang TV yang menerbitkan rancangan keagamaan/dakwah kepada masyarakat. Alhamdulillah, Allah memberikan ruang itu.
Ramai orang termasuk saya mengatakan hiburan di TV begitu melalaikan. Semoga Allah memberi kekuatan kepada saya dan rakan-rakan sepasukan dapat membuat yang terbaik dalam musim ini dengan mempertontonkan sesuatu yang baik dan bermakna kepada masyarakat. Insya-Allah.
Semoga Allah memberikan ilmu kepada saya untuk menggunakannya ke arah membantu menyebarkan agama Allah di muka bumi ini.
Doakan saya dalam perjuangan ini.
Terima Kasih.
Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com
45700 Bukit Rotan, 2012.
All d best bro…slmt bekerja bersama ASTRO..:-)
TQ Syamim.. ^_^
Semoga penghijrahan ini menghasilkan sesuatu yang lebih besar InsyaAllah. Selamat berjuang di dalam apa jua bidang yang diceburi. Yang penting nawaitu dan istiqamah… jangan mudah mengalah dengan cabaran yang menjengah.
gud lux . .
Terima kasih Puan Hasfazilah.. Saya akan buat yang terbaik, Insyaallah..
Terima Kasih Syarifah.. ^_^ Semoga berjaya juga untuk awak..
Wah..good luck Jamal…InsyaAllah, setiap perbuatan y dilakukan niat krn Allah akn peroleh redhaNya..
Terima kasih mendoakan saya. ^_^
patutlah dah tak de dgn UNIC lagi..hehe…all the best bro 🙂
Gud Luck!!! Chaiyok2x!!!! heeeeeee~
“Tidaklah ada makanan seseorang itu yang lebih baik daripada apa yang dimakannya dari hasil usaha tangannya sendiri”. (Riwayat al-Bukhari)
Jumpa UNIC ke? Saya dah berhijrah ke Astro Oasis buat masa ini. ^_^ All the best Syazni!
Kerja siang dan malam, letih dan tidak bertenaga kerana bekerja, terubat dengan makanan yang dibeli dengan hasil titik peluh sendiri. Subhanallah.. ^_^