BLOG BARU DI JAMAL RAFAIE DOT COM

Pecahan Blog Baru Yang Khas Untuk Bab Politik & Kemasyarakatan

Kadang-kadang saya gemar juga menulis tentang politik. Tetapi sedia maklum, bukan semua orang GEMAR untuk membaca tentang politik lebih-lebih lagi jika artikel itu TIDAK memihak kepada kumpulannya.

Saya menyedarinya.

Dengan ini saya maklumkan yang saya sudah membuat satu lagi blog baru di bawah label Jamal Rafaie Dot Com (JRDC). Blog itu diberi nama CETUSAN IDEA | Dari Hati Nurani Rakyat.

Di dalam blog tersebut, saya akan menulis secara khas tentang cetusan idea dan pendapat dalam isu-isu masyarakat, politik dan kenegaraan. Manakala blog ini hanya akan dimuatkan dengan sembang-sembang santai dan artikel-artikel umum sahaja.

Saya tidak mahu para pembaca berasa tidak selesa membaca apa yang saya tulis. Kadang-kadang mata pena itu lebih tajam dari mata pedang, kerana ianya boleh memberi kesan kepada orang lain.

Kerana itulah saya mengasingkan bentuk penulisan untuk memberi keselesaan kepada pembaca sekalian. Tanpa anda, tak bermakna apa yang tulis ini.

Saya juga dalam proses belajar untuk menulis dengan lebih matang, maklumlah insan yang berusia 23 tahun ini masih kurang ilmu dan perlu mencari ilmu yang tidak akan habis dipelajari itu.

Sesungguhnya, saya berdoa kepada Allah agar apa yang ditulis di sini ada baiknya untuk para pembaca dan menjadi satu dakwah dan jariah kepada saya. Ameen Ya Rabbal A’lamin.

Mudah-mudahan semua blogger termasuk saya harus berusaha menjadi penulis yang beretika dan tidak memecah-belahkan masyarakat dengan tulisannya itu.

Sekian, Terima Kasih kerana terus menyokong.

“SAMPAIKAN DARIKU WALAUPUN SEPOTONG AYAT” – PESANAN NABI MUHAMMAD

Tinta @ jamalrafaie.com
45700 Bukit Rotan, 2012.

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *