.
Pertama kali mendengarnya ketika memandu kereta, saya tidak perasan yang saya memandu dengan perlahan sekali.
Kebiasaannya saya tidaklah memandu terlalu perlahan tetapi hari itu saya tidak perasaan pula kereta-kereta lain memotong kereta saya. Itulah penangan album Selawat Relaksasi UNIC yang mampu membuatkan anda tenang daripada kesibukan dan kekusutan.
Saya telah mendengar ROUGH MIX album ini dan saya yakin edisi MASTERING album ini akan lebih baik dan mengasyikkan pendengarnya.
Di antara zikir yang saya minati di dalam album ini ialah SELAWAT DILAPANGKAN FIKIRAN (saya tidak pasti tajuk sebenarnya).
Album ini bakal menemui anda pada hujung bulan Mac atau April 2012 dengan harga RM19.90 yang akan diedarkan oleh Inteam Records Sdn. Bhd.
Album ini saya jangkakan akan meletup di pasaran jika diambil kira berdasarkan melodi dan kualiti suaranya. Jika ada Video Klip yang Official akan lebih memberi impak kepada pendengar. Insya-Allah.
Sekian.
NOTA : KETENANGAN di sini dimaksudkan sebagai MELODI yang dilagukan di dalam setiap selawat yang membantu menambah ketenangan kepada pendengar. Harap-harap dapatlah sekeping promo dari UNIC. ^_^
SHOLLU A’LAN NABI!!
Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com
45700 Bukit Rotan, 2012.
Alami pun rasa seronok bila dengar dendangan dari UNIC…
yg paling best adalah doa dhuha yang sgt mendayu2 dan mengasyikkan…
dan juga doa rabitah utk penyatuan hati…
pabila mendengarnya rasa tenang dan lapang…
Byk lagi dendangan UNIC yg amat Alami sukai…
antaranya Antara 2 kasih, sajak usahawan, sangkar hati…
Alhamdulillah.. Terima Kasih..
Alhamdulillah..1st tyme dgr selawat relaksasi UNIC nie rase mcm nk nanges..tenang n x puas mengulang2nya..paling suka selawat terapi jiwa. teruskan bersama dgn zikrullah
Alhamdulillah.. Tiada perkataan yang lebih baik daripada zikrullah dan selawat ke atas Nabi..