Selamat Bekerja Team Produksi Imam Muda 3!

Kami Team Produksi Imam Muda Musim 3 Giat Bekerja - Gambar : Omar Othman

Kesibukan melanda apabila program Imam Muda Musim Ketiga mula bersiaran.

Bagai tidak cukup tangan untuk menulis dan melakukan aktiviti sendiri. Termasuk juga dengan blog ini, sudah agak lama tidak disiarkan artikel yang baru. Sibuk menulis skrip sehingga kurang menulis di sini.

Apa pun, ianya menjadi cabaran baru buat saya yang pertama kali terlibat di dalam bidang produksi program TV Realiti terutamanya dalam bidang penulisan skrip.

Selamat bertugas kepada Tim Produksi Imam Muda 3, kita tunjukkan yang terbaik untuk penonton di luar sana. Insyaallah!!

NOTA : Saksikan Medan Imam Muda setiap Jumaat jam 9.00 malam bermula 1 Jun 2012. Juga Kapsul Imam Muda setiap Isnin hingga Khamis jam 6.50 petang, 7.50 dan 8.50 malam. Insya-Allah, Imam Muda Musim Ketiga lain dari yang lain.

Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com
57000 Bukit Jalil, 2012.

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *