(Dipetik dari Website Imam Muda)
Kekuatan sesebuah keluarga terletak pada pengurusan dan aturcara seorang imam dalam keluarga. Begitulah yang akan diterapkan sepanjang musim Imam Muda yang terkini. Tanpa seorang Imam yang baik, tidak mungkin sesebuah keluarga itu akan kekal bahagia.
Minggu kedua di Fakulti Imam Muda membawa penonton menyusuri kehidupan golongan gelandangan terutamanya di sekitar kotaraya Kuala Lumpur. Mereka telah dibawa ke sekitar ibukota ini untuk berkongsi cerita disamping memberikan bantuan makanan, kata-kata nasihat serta semangat. Dua lokasi utama iaitu sekitar Masjid Jamek dan Masjid negara menjadi pilihan mereka kali ini.
Sebelum itu, 3 Imam Muda iaitu IM Megat, IM Naufal dan IM Naim telah ditugaskan untuk membuat sedikit kajian di samping melawat Rumah Jagaan Dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas yang terletak di Puchong, Selangor. Rumah ini diasaskan oleh bekas jururawat Hospital Kuala Lumpur iaitu Puan Hajjah Muji Hj Sulaiman menggunakan sumber kewangannya sendiri.
Rumah Jagaan Dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas ini merupakan rumah jagaan orang tua pertama yang dikhususkan oleh orang Islam. Antara rumusan yang didapai oleh 3 Imam Muda ini di sini ialah 90% daripada penghuni rumah ini telah dibawa oleh anak mereka dan dibiarkan begitu sahaja tanpa lawatan susulan.
Dalam sesi perbincangan bersama Mudir dan Pengacara Imam Muda, antara yang disebut adalah konflik yang terjadi antara ibu bapa adalah di antara punca adanya golongan gelandangan ini yang terdiri daripada kanak-kanak. Ada pula yang sudah uzur berusia sehingga tidak mampu melakukan apa-apa kerja.
Medan Imam Muda minggu ini juga memaparkan tugasan pengurusan masjid yang perlu mereka lakukan setiap minggu. Kali ini mereka ke Masjid Asy-Syakirin KLCC untuk bertemu ahli kariah dan masyarakat kota yang berkunjung ke sana. Dalam pengurusan masjid kali ini, Imam Muda Nasir ditugaskan untuk melaungkan azan manakala Imam Muda Arrazi ditugaskan untuk menyampaikan tazkirah selepas waktu Isyak.
Setelah penilaian dilakukan, 3 Imam Muda yang mendapat prestasi yang rendah minggu ini dipanggil ke hadapan iaitu Imam Muda Naim, Imam Muda Nasir dan Imam Muda Omar. Walaupun mendapat prestasi yang kurang, Mudir telah membuat keputusan untuk mengekalkan kesemua Imam Muda buat masa ini.
Saksikan Kapsul Imam Muda 3, setiap Isnin hingga Khamis, 6.50 petang di Astro Oasis (106). Saksikan juga Medan Imam Muda 3 pada hari Jumaat, 9 malam di Astro Oasis (106) dan Mustika HD (134)
Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com
57000 Bukit Jalil, 2012.