
Imam Muda Musim Ketiga sudah mula menemui penonton Astro Oasis.
Bermula 28 Mei 2012, para penonton akan disajikan dengan episod Ujian Imam Muda (28), Saringan Akhir Imam Muda (29), Penentuan (30), dan episod Profail 10 Imam Muda Musim Ketiga pada 31 Mei 2012, jam 6.30 petang.
Seperti musim-musim yang sebelumnya, MEDAN IMAM MUDA akan menemui penonton bermula pada 1 Jun 2012, Jumaat jam 9.00 malam.
Tema Imam Muda pada musim ketiga ini berkisar tentang Komunikasi Keluarga yang membincangkan tentang isu-isu semasa yang melibatkan masalah sosial dan masyarakat. Imam Muda akan cuba mengupas isu-isu ini dan memberi solusi untuk keluar dari masalah ini menurut pandangan Islam.
PEMILIHAN IMAM MUDA MUSIM KETIGA
Pemilihan 10 Imam Muda musim ini ternyata sangat berbeza dengan cara pemilihan musim sebelum ini. Calon Imam Muda disenarai pendek menjadi 25 terbaik. Mereka diuji fizikal dan mental di BOOT CAMP Imam Muda yang diadakan di Riverstone Eco Resort, Ulu Yam Selangor.
Akhirnya daripada 24 calon akhir Imam Muda hanya 10 sahaja yang layak ke peringkat Medan Imam Muda.
MEMPERKENALKAN 10 IMAM MUDA MUSIM KETIGA










Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Imam Muda Musim Ketiga ini, boleh melayari website rasmi Imam Muda di http://www.imammuda.com.my
Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com
57000 Bukit Jalil, 2012.
One Reply to “10 Imam Muda Musim Ketiga”