Syiah Tolong Keluar Dari Malaysia!

Tidak kira siapa kita, di Malaysia hanya ada puak Sunni, tolak Syiah!
Tidak kira siapa kita, di Malaysia hanya ada puak Sunni, tolak Syiah!

Jika nampak belangnya, kita tahu itu Harimau. Jika nampak salibnya, kita tahu itu Paderi.

Bagaimana pula jika kita melihat seorang yang berkopiah dan berserban, memakai jubah tetapi sebenarnya dia adalah Syiah tanpa kita sedari?

Tahap penghormatan orang kita kepada Ulama’ atau Ustaz-Ustaz masih di tahap tinggi. Lihat sahaja perempuan Muslim yang seksi, tiba-tiba berselisih dengan Ustaz di pertengahan jalan, pasti mereka tersimpul malu. Lihat juga mereka yang tidak bertudung apabila menghadiri majlis ilmu mereka akan bertudung tanda menghormati majlis tersebut.

Orang kita apabila terbaca sesuatu yang berkaitan dengan agama juga bersifat obses untuk disampaikan kepada orang lain. Tanpa mengira kesahihan hadis atau terjemahan Quran, kita fikir itulah kebenaran. Manakan tidak, ada disebut periwayat hadis ditambah pula dengan imej AGAMA penyampainya, siapa yang tidak percaya?

Itulah yang saya katakan di awal tadi, musuh di luar nampak jahatnya. Tetapi musuh di dalam, sukar dikesan ibarat “musuh dalam selimut” atau “gunting dalam lipatan”.

Orang biasa seperti kita pastinya sukar untuk membezakan yang mana hak dan yang mana batil. Lebih malang lagi jika ada individu yang mula berjinak dengan agama tetapi tersesat memilih pedoman. Nauzubillah.

MARKAS SYIAH MALAYSIA?

Video solat dan pergerakan Syiah Malaysia berlegar di Facebook. Saya sudah menontonnya, kelihatan cara iqamah, solat dan bersalaman fahaman Syiah ditunjukkan. Hati kecil saya berbicara, mereka sudah berani bergerak secara terang-terangan? Sudah ada markas sendiri? Mereka tidak berasa risau ke dengan tindakan yang akan diambil kepada mereka? Sudah berapa ramai mereka di luar sana?

Saya tidak pasti di mana markas itu berada, katanya di Klang. Namun, saya masih lagi menunggu laporan pihak berkuasa untuk mengambil tindakan terhadap mereka.

Jika mereka sudah berani bergerak secara terang-terangan, tidak mustahil ahli-ahli mereka mencecah ribuan di Malaysia ini!

Lepas memeranjatkan lagi, golongan Syiah ini dikatakan telah diserapkan di dalam parti politik berlabel agama bagi memudahkan perkembangan ajaran Syiah di Malaysia. Melalui politik, banyak perkara boleh memudahkan penyebaran fahaman Syiah.

Syiah dalam parti politik berlabel Islam bukanlah satu tuduhan, tetapi apabila Presidennya sudah warning tidak mahu pemimpin Syiah di dalam parti, tidak mustahil memang ada puak-puak Syiah dalam parti tersebut. Jika tiada angin, manakan pokok mahu bergoyang?

Harus diingat, golongan minoriti Syiah ini jika diberi tempat dalam politik dapat memberi kesan yang buruk kepada kita. Prinsip Syiah amat radikal sehingga sanggup menghalalkan darah orang Sunni. Dalam prinsip politik Malaysia, ‘syiah’ akan membenci sebencinya orang yang berlainan parti walaupun sebangsa dan seagama.

Ibarat “Cubit peha kiri dicucuh peha kanan dengan api”.

USAH BERPECAH LAGI

Orang Islam di Malaysia secara rasminya hanya mempunyai satu fahaman sahaja, iaitu Ahli Sunnah Wal Jamaah atau dikenali sebagai Sunni. Kita di Malaysia juga hanya mempunyai satu mazhab iaitu Mazhab Imam Syafie yang diikuti oleh orang-orang Melayu Islam.

Walaupun India Muslim menggunakan mazhab yang lain, namun ianya tidak menggugat keharmonian Islam di Malaysia kerana mereka masih Sunni dan saling menghormati.

Alhamdulillah kita tidak hidup dalam negara yang mempunyai Syiah dan Sunni yang asyik berperang sesama sendiri. Kebanyakkan mereka ada di negara Arab seperti Iraq, Iran, Syria, Lubnan dan sebagainya. Perbezaan fahaman yang terlalu besar antara Sunni (hak) dan Syiah (sesat) sehingga mengisytihar darah musuh halal ditumpahkan.

Perpecahan umat Islam di Malaysia bukan disebabkan oleh Sunni dan Syiah, tetapi lebih kepada fahaman politik yang melampau. Satu parti berlabel agama dan satu lagi parti berlabel bangsa. Namun begitu kita masih bernasib baik kerana perpecahan itu tidaklah sehingga menyebabkan pertumpahan darah, cuma berselisih pendapat.

Dalam perpecahan golongan ‘bangsa’ dan ‘agama’ itu, berpecah lagi dalam golongan ‘agama’. Kita dapat lihat golongan berserban kopiah juga mengalami perpecahan.

Maksud saya perpecahan antara agama sebenar dan ajaran sesat. Disebalik imej agama tadi rupa-rupanya sudah lahir golongan ajaran sesat atau ‘ajaran sesat sedunia’ seperti Syiah di Malaysia. Belum dikira lagi dengan kumpulan ajaran sesat seperti Ayah Pin dan sebagainya.

Fahaman Syiah dikatakan dibawa oleh peniaga-peniaga Iran ke Malaysia, golongan pelajar yang terpengaruh dengan Syiah di luar negara atau pemimpin Syiah sendiri yang turun ke Malaysia untuk menyebarkan fahaman mereka tanpa kita sedari.

Ternyata imej ‘orang agama’ berjaya mengkaburi mata kita dan pihak berkuasa untuk menyekat mereka.

Saya berharap Syiah dapat keluar dari negara ini! Sudahlah kita bangsa Melayu Islam berpecah kerana politik, saya tidak sanggup lagi melihat bangsa saya ini berpecah lagi dalam soal akidah!

Kita harus ingat sekali lagi, Syiah mengumumkan darah kaum Sunni halal bagi mereka. Juga mereka akan membawa kebencian kepada orang yang tidak sehaluan dengan mereka. Sebelum lebih parah, pihak berkuasa dan kita semua harus bekerjasama untuk membanteras dan memaklumkan kepada umum tentang ajaran ini agar kita tidak terpengaruh dengan Syiah yang sesat ini.

Semoga Allah melindungi kita dari serangan akidah yang songsang. Yahudi dan Nasrani sedang memerhatikan kita! Tidak mustahil juga mereka menggunakan Syiah ini untuk menghancurkan negara Islam, Malaysia.

Walallahua’lam.

SYIAH AJARAN SESAT DI DUNIA

UPDATE : Kementerian Dalam Negeri, Polis dan JAKIM akan mengambil tindakan kepada jemaah Syiah di Malaysia. Syabas!

Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com
45700 Bukit Rotan, 20 Jun 2013.

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *