HILANG SYUKUR DALAM ‘KEMISKINAN’

 

“Aku memang tak puas hati kenapa harga gula naik 20 sen! Zalim!”, jerit Bidin (bukan nama sebenar) di kedai mamak.

Perasaan tak puas hati membara. Teh Tarik yang diminumnya naik harga! Naik kira-kira 20 sen. Hairannya, mengapa harga teh tarik naik harga sedangkan susu pekat yang digunakan, dan bukannya gula. Peniaga mengambil kesempatan.

Akhirnya kerajaan juga menjadi bahan rungutan dan bukannya peniaga yang mengambil kesempatan. Duit banyak, tetapi seperti orang yang miskin semiskin-miskinnya.

Selepas minum Teh Tarik, Bidin terus menuju ke kereta Estimanya. Kebetulan di sebelah keretanya terpangkir sebuah BMW X6. Berderau darahnya melihat kereta mewah itu.

“Ciss.. Kenapa kereta dia lagi bagus? Ni sebab kerajaan minta cukai banyak-banyak la ni! Sampai aku tak mampu nak beli kereta mewah!”, Bidin berkata lagi.

.

.

Berlalulah Bidin pulang ke rumah. Sebelum sampai ke rumahnya, Bidin terlihat sebuah rumah banglo yang tersergam indah. “Ni mesti bagi rasuah ni, kalau tak takkan dia boleh buat rumah besar-besar ni!”.

Bidin tidak puas hati sekali lagi.

TIBA DI RUMAHNYA

Bidin memarkir keretanya di garaj. Di garaj keretanya terdapat 5 buah kereta lagi yang tersusun rapi. Di sebelah keretanya pula, tersusun lagi 5 buah motorsikal berkuasa tinggi.

Rumahnya pula 2 tingkat yang gah apabila orang lain melihatnya. Terdapat pula taman dan kolam ikan-ikan Koi. Cantik!

Bidin masuk ke dapur berjumpa isterinya dan berkata, “Yang.. Tadi abang lalu depan rumah Datuk *** tadi, rumahnya besar, Yang. Tak lain tak bukan mesti rasuah ni! Patutlah kita tak kaya lagi”.

Kereta 6 buah, Motorsikal 5 buah, rumah segah istana, tetapi masih dengki dan berasa tidak cukup. Nauzubillah.

HILANG SYUKUR DALAM ‘KEMISKINAN’

“RUMAH, PAKAIAN, MAKANAN”

3 asas utama dalam kehidupan manusia. Nabi Muhammad Solallahu A’laihi Wasalam berpesan kepada umatnya, jika kita berkehendak SELAIN 3 perkara tadi (tempat tinggal, pakaian, makanan), maka umatnya akan sibuk dengan hal dunia.

Benar kata Nabi, manusia akan sibuk dengan dunia jika kita menambah keperluan kita.

Lebih malang lagi, jika keperluan asas itu dirasakan tidak cukup dan berlebih-lebihan. Sudah ada rumah untuk berteduh, mahukan rumah yang lebih besar lagi. Sudah ada pakaian yang menutup aurat, mahukan pakaian yang berjenama dan lebih teruk jika mahukan pakaian yang tidak cukup kain pula!

Dunia yang meresap ke dalam hati dapat ‘memiskinkan’ keperluan hidup. Sudah ada segala-galanya masih mahu lagi dan lagi kemewahan dunia.

Miskin dalam kenikmatan.

BELAJAR SYUKUR KEPADA ALLAH

Salah satu cara yang dianjurkan untuk mensyukuri nikmat ALLAH kepada kita adalah dengan cara MEMANDANG KE BAWAH.

Memandang ke bawah? Apa itu? Sebuah kisah di jalanraya ini boleh diambil iktibar menyebut syukur kepada Allah.

Kisah pengguna jalan raya di sebatang jalan. Tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya.

“Alahai hujan la pulak. Dah lah kereta Kancil kita ni kecik, berlubang pulak tu. Habis masuk air”, bebel Mak Minah. “Jangan cakap macam tu, cuba tengok orang naik motor tu, lagi kesian basah lencun”, jawan Pak Abu.

Seorang penunggang motorsikal basah lencun. “Alhamdulillah. Walaupun aku basah, tapi aku boleh bergerak lagi. Kesian dekat orang yang jalan kaki tu, lagi kena hujan tak de tempat berteduh”.

Pejalan kaki di tepi jalan dan selepas itu menaiki sebuah bas. “Alhamdulillah. Walaupun aku basah, ada juga bas yang berhenti. Lagipun naik bas tak mahal, tak payah bayar tol, insuran bas, minyak diesel, maintanance lagi.  Banyak tanggungan tu”.

“Bang.. Besarkan kereta tu, kalau dapat kereta besar tu, seronok kan bang?”, Mak Minah berkata lagi. “Syukurlah Maknya, ini sahaja yang kita ada. Syukur pada Allah dapat lagi baik dari penunggang motor dan pejalan kaki kat tepi jalan tu”.

Melihat kekurangan harta orang lain boleh memberi kesan kepada seseorang. Sama ada kesan yang baik atau tidak. Syukur atau kurang cukup. Itulah yang perlu diusahakan, syukur dengan apa yang ada dan jangan berasa tidak cukup dengan apa yang dianugerahkan oleh Allah kepada kita.

Tidak salah untuk mengumpul harta, tetapi jangan jadikan harta sebagai maksud hidup kita. Harta yang ada perlu diinfak ke jalan Allah Taa’la.

Syukur.. Syukur dan syukurlah. Nasihat untuk saya dan anda semua. Allahu Akbar!

SYUKURLAH SEBELUM ‘DICUKUR’ NIKMAT KITA!

Blogger Templates

Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com
45700 Bukit Rotan, Selangor.

Related Post

10 Replies to “HILANG SYUKUR DALAM ‘KEMISKINAN’”

  1. Syukurlah sebelum anda disyukurkan !!hmm …inilah apa yang selalu aku kate diri sewaktu menerima dugaaan

  2. :))

    al-Baqarah: 29

    “Dialah (Allah) yang menciptakan segala yang ada di bumi untukmu kemudian Dia menuju ke langit, lalu Dia menyempurnakannya menjadi tujuh langit. Dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu”

    segalanya dah Allah cipta mencukupi untuk seluruh manusia.. hanya manusia je yg tak pandai mensyukuri… malah, yg cukup dieksploitasi hingga menjadi tidak cukup… (erk.. merapu~)

    :))

  3. subhanaallah..

    baik sekali penulisan dan huraiannya..

    kita sering sekali terlupa untuk bersyukur..kita pandai meminta2,bila da dapat,rasa syukur hilang/amat sedikit

    bertepatan dengan firman Allahh,Qalilammatasykurun,manusia ini amat sedikit sekali bersyukur..

    huhu..Astagfirullah..

    tapi yang peliknya,dok bising2,merungut2 tu sume,rasa semua nya yang kaya2,mampu la kata lainnya..tapi yg pling tak leh blah,marah2 kerajaan,harga naek,tapi kat tangan ada rokok =_=’.

  4. Allahu Akbar.. Benar, terlalu sedikit yang bersyukur pada Allah..

    Saya dah selalu lihat orang kaya2 yang bertempik marah bila harga naik, sedangkan orang yang memang susah tak cakap pape pun.. Sebenarnya, kita takut kehilangan apa yang kita ada, sebab bila barang naik harga banyak benda2 lain (astro, shoping yg tak perlu, berhibur) perlu dikurangkan sebab duit yg ada kena tampung kos2 asas hidup..

    Harga barang tak akan turun sebab Nabi dah cakap di akhir zaman harga barang akan naik dan terus naik, tak kira kerajaan apa pun.. Pembangkang sedap la cakap, sebab dia tak memerintah.. Kalau ditakdirkan memerintah, mesti akan bagi alasan “disebabkan kerajaan dulu banyak hutang, kita tak dapat nak turunkan harga barang”. Sama dan sama sahaja, percayalah..

    Apa pun, banyak ucap syukur pada Allah sebab walaupun kita susah, tapi orang lain lagi susah daripada kita.. Subhanallah.. Alhamdulillah.. Allahu Akbar!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *