UMNO PAS Gabung? Ameen

Apa yang berlaku di negara kita dan seluruh dunia adalah pertunjuk dari Yang Esa. Allah SWT tak akan buat sesuatu perkara itu berlaku tanpa ada sebab.

Perbalahan politik, bencana alam, kecelaruan agama dan macam-macam lagi membuatkan kita menjadi resah dan gelisah. Tapi sebenarnya Allah mahu kita beringat dan berfikir.

Apabila berlaku perpecahan dalam kalangan umat Islam, pasti berlaku permusuhan, benci membenci, dendam mendendam, serba tak kena, kena maki, hilang jati diri dan penuh emosi.

Bukankah Allah SWT sudah berfirman ; “Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.” (Al-Hujuraat 49:10)

Apa yang dapat dilihat dari segi konteks Malaysia, agen penyatuan adalah melalui PARTI POLITIK. Maka usaha penyatuan semula UMNO dan PAS sebagai dua parti terbesar Melayu Islam di Malaysia dituntut untuk kemasyalahatan umat sejagat.

Mungkin dah ramai orang kata tentang penyatuan, tetapi tetap tidak mahu bersatu. Musuh sebenar orang Islam adalah Yahudi dan Nasrani (Kristian) dan bukannya sesama Islam. Orang Islam harus berhati-hati dalam memilih rakan kongsi juga dapat membezakan Kafir Harbi dan Kafir Zimmi untuk berkawan.

DAP adalah parti cauvinis yang ada agenda tersembunyi. Baiknya mereka dengan PAS hanya topengan semata-mata seperti Lee Kuan Yew memakai songkok ketika berkempen di tempat Melayu di Singapura, apabila berkuasa hilanglah Melayu-Melayu yang bersorak gembira itu.

UMNO mungkin sudah rosak namanya disebabkan kesilapan ahli-ahlinya, perjalanan penuh liku selama 67 tahun memberi banyak pengalaman cerita, ada yang bagus bekerja, ada kaki gelapkan duit, gila kuasa, kena buang, kaki ampu, anai-anai. Namun itu semua tidak mencacatkan perjuangan asal untuk Agama, Bangsa dan Negara. Apa musibah yang berlaku dalam UMNO adalah disebabkan kesalahan dan kekurangan manusia semata-mata.

UMNO ditubuhkan di Istana dan dianggotai oleh pelbagai golongan. PAS juga terhasil daripada parti keramat UMNO melalui Ustaz Fuad Hassan yang tewas dengan Tunku Abdul Rahman dalam pemilihan YDP UMNO. Akibat kekalahan itu, beliau keluar UMNO dan menubuhkan PAS.

Itu adalah sejarah, hakikatnya sejarah selalu berulang. PAS pernah kembali ke pangkuan Umno dan Barisan Nasional pada tahun 1974. Akhirnya keluar semula akibat perpecahan dalam Pas dan mengakibatkan Pas terpecah dua menjadi parti BERJASA yang pernah menguasai Kelantan.

Kekurangan yang terdahulu boleh dikaji semula dan bukanlah alasan untuk tak nak bersatu hanya kerana ada titik hitam terdahulu.

Jika air dicincang tak akan putus, mengapa perlu menjadi Air Batu (ais) apabila diketuk akhirnya pecah sedangkan air pada asalnya tidak terputus.

Fikirlah sedalam-dalamnya. Ruang masih ada, jangan pula menyesal pada masa akan datang jika masih tidak mahu bersatu. Mungkin hari ini idea ini selalu sahaja diperlekehkan, hakikatnya inilah HAK yang benar.

PAS-UMNO bergabung. Ameen.

Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com
45700 Bukit Rotan, 11 Februari 2014.

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *