Dalam Ibadah Ada Adatnya

DALAM IBADAT ADA ADATNYA? HA?

————————

Nabi suruh kita MAKAN sebelum pergi sembahyang raya.

Orang Islam di India makan capati, orang Islam di Arab makan tamar, kita di Malaysia makan ketupat & rendang.

Ibadatnya MAKAN, bukan apa yang dimakannya.

————————

Nabi suruh kita pakai PAKAIAN TERBAIK di hari raya tanda meraikan kemenangan Syawal.

Orang Islam di Arab pakai Jubah, orang Islam di India pakai kurta, kita di Malaysia pakailah Baju Melayu siap bersampin.

Ibadatnya PAKAIAN TERBAIK, bukan apa yang dipakainya.

————————

Nabi suruh MULIAKAN TETAMU.

Di Arab sembelih kambing seekor untuk jamu tetamu makan. Di Malaysia bolehlah sembelih ayam sebab tak semua tetamu makan kambing.

Ibadatnya MULIAKAN TETAMU, bukan apa yang dijamu kepada tetamu.

————————

Nabi suruh TUTUP AURAT.

Di Arab pakai jubah, di Malaysia ada Baju Kurung.

Ibadatnya TUTUP AURAT, bukan jenis pakaian.

————————

Hadirnya Islam BUKAN untuk menghapus budaya sesuatu bangsa, tetapi membawa cara hidup yang meng-Esakan Allah.

Islam agama yang universal, bukan hanya untuk bangsa Arab. Arab jahiliyah dengan Arab bertaqwa, tetap pakai jubah sampai sekarang.

Yang masalah sekarang, semua orang nak jadi Arab. Apa yang Arab tak buat semua dikira salah tanpa merujuk kepada sosio budaya masyarakat setempat. Mengapa nak hapus budaya Melayu?

Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com
45700 Bukit Rotan, 16 Julai 2014.

Related Post

One Reply to “Dalam Ibadah Ada Adatnya”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *