Analogi Ibu Bapa & Sultan

Dulu-dulu, mak bapak yang carikan suami untuk anak dara dia.

Anak dara tu ikut saja. Kalau mak ayah dah suka, ku turutkan saja katanya.

————————-
Sekarang, anak dara dah banyak diberi peluang untuk pilih kekasih hati sendiri untuk dijadikan suami.

Kalau mak ayah BERKENAN, lebih senang. Kahwin pun direstui, suami pilihan sendiri.

Kalau mak ayah TAK BERKENAN, carilah calon suami yang lain. Atau lari pergi Danok kahwin lari dengan perkahwinan TAK DIRESTUI.

————————-
Dulu-dulu, Sultan lantik Bendahara dan Syahbandar ikut kehendak baginda sendiri.

Rakyat akur sahaja apa yang Bendahara laksanakan, sebab rakyat tak ada hak nak pilih Bendahara sendiri.

————————-
Sekarang, rakyat dah diberi hak memilih Wakil Rakyat mereka sendiri mengikut kawasan.

Dan kalau Sultan PERKENAN calon Menteri Besar, lebih mudah. Kalau Sultan tak berkenan, carilah calon lain.

Itu untunglah rakyat boleh mengundi pilih Wakil Rakyat sendiri. Dulu tak boleh tau.

Itupun masih kata Demokrasi Dah Mati.

————————-
Faham tak maksud saya pasal analogi Mak Ayah dengan Sultan?

Jamal Rafaie
11 September 2014
Kuala Selangor

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *