Jadi Hero Tidak Diundang

Ada Orang Bandar, datang ke satu kampung. Tiba-tiba terhidu bau lembu yang baginya kurang menyenangkan.

Beliau memerhati di sekeliling dan mendapati ada kandang lembu di belakang sebuah rumah penduduk kampung.

“Mengapa pemilik kandang lembu tu tak buat kandang jauh-jauh? Bukan ke bau lembu ni mengganggu penduduk-penduduk DI SINI?”, katanya ibarat pemimpin sebuah parti politik pembangkang. Hidup YB!

Saya tersenyum sahaja. Dia tidak tahu, semua lembu-lembu itu dimiliki oleh penduduk-penduduk di situ. Sudah bertahun lama mereka hidup begitu, tidak pernah pula mendengar aduan bau lembu mengganggu kehidupan mereka.

Tiba-tiba, orang luar pula yang sibuk-sibuk nak jadi hero. Yang sebenarnya ORANG LUAR itu tadi bercakap atas kapasiti ‘hidung’nya sahaja, bukan sebab rakyat pun.

——————————–
Ada seorang Orang Kampung update status FB, katanya arahan penggunaan HANYA lorong TnG & Smart Tag di Tol Sungai Rasau MENYUSAHKAN RAKYAT & MEMENUHKAN POKET KAPITALIS.

Saya geleng lagi. Orang Kampung sekali sekala je masuk bandar lalu tol, tiba-tiba nak komen banyak pula.

Kenapa orang lain boleh sahaja ikut arahan dan perkara itu sudah diberitahu awal, apa yang peliknya?

Bayaran tol ikut Tunai dengan TnG tak ada beza pun, sama sahaja tarifnya. Apa yang KAPITALIS nya?

Ternyata, kita banyak bercakap atas kepentingan diri sendiri.

——————————–
Kita ni kalau nak hidup senang, jangan suka berbantah-bantah.

Jamal Rafaie
15 September 2014
Kuala Selangor

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *