1. Hari ini ramai orang beranggapan, dengan menukar kerajaan persekutuan yang diterajui oleh Barisan Nasional akan menjadikan negara ini lebih baik.
2. Hujah mereka ; terlalu banyak isu, skandal dan masalah dibuat oleh pemimpin dan kerajaan BN dalam negara ini sehingga menjadikan suasana politik tidak stabil.
3. Persoalannya, seandainya kerajaan BN ini ditukar kepada parti pembangkang, adakah negara ini akan menjadi lebih baik?
4. Sebenarnya, menukar kerajaan mana sekalipun tidak akan menjadikan rakyat dan negara kita lebih baik. Walaupun kita diminta untuk berusaha menjadikan negara kita baik, aturan Tuhan berkenaan jalan hidup manusia di dunia (secara umum) sudah pun diceritakan sejak dari dulu lagi.
5. Rasulullah S.A.W sendiri telah bersabda bahawa umat akan menjadi lebih teruk dan semakin teruk. Melalui sabdanya ;
Imran bin Husain r.anhuma, dia berkata : “Telah bersabda Rasulullah s.a.w : “Sebaik-baik umatku ialah yang hidup pada kurunku, kemudian yang mengikuti zaman mereka dan kemudian yang mengikuti zaman mereka.” Imran berkata :”Aku tidak tahu samaada disebut selepas kurunnya dua kurun atau tiga kurun. Kemudian sesungguhnya selepas kamu ada satu kaum yang bersaksi sebelum diminta menjadi saksi, mereka mengkhianati dan tidak dipercayai, mereka berjanji dan tidak menepati, dan jelas pada mereka tanda-tanda as-Siman.” – Riwayat al-Bukhari.
6. Telah diceritakan kepada kita bahawa umat semakin menjadi teruk dengan krisis akhlak sehinggalah kedatangan Imam Mahdi dan Nabi Isa a.s memerangi Dajjal. Umat akan pincang dengan pelbagai golongan yang mendakwa merekalah yang akan menjadi penyelamat umat. Munculnya pelbagai fitnah terhadap orang Islam seperti pengganas, muncul ajaran-ajaran baharu yang lebih bertentangan dengan Islam. Yang peliknya ramai pula yang mengikut ajaran itu.
7. Melalui bukti-bukti ini telah menunjukkan negara dan rakyat kita akan berpotensi untuk menjadi lebih teruk di masa akan datang walaupun didatangkan kepada kita sebuah parti yang katanya terbaik bagi memimpin Malaysia.
8. Melalui kajian geo-politik, Malaysia dan Indonesia yang menguasai Selat Melaka akan ditimpa dengan ‘serangan’ daripada kuasa besar dunia. Seorang penulis Portugis bernama Duarte Barbosa pernah berkata ; “Siapa yang menguasai selat Melaka, akan menguasai perdagangan dunia”. Ya. Selat Melaka adalah penghubung dunia perdagangan yang menjadi laluan kapal yang tersibuk di dunia. Amerika Syarikat dan negara China berusaha untuk menguasai Selat Melaka. Kerana itulah anda dapat melihat, mengapa kita perlu berbaik-baik dengan kedua-dua negara ini supaya negara kita tidak ditekan sewenang-wenangnya.
9. Tetapi lihatlah apa yang berlaku, secara kebetulan atau tidak negara kita dihujani dengan pelbagai tekanan seperti kehilangan MH370, MH17 yang ditembak, kejatuhan nilai mata wang, tuduhan skandal DS Najib, himpunan BERSIH, tekanan menandatangai perjanjian TPPA dan sebagainya. Fikirkan, mewujudkan masalah-masalah ini oleh pihak asing bukannya untuk menjadikan negara kita lebih baik, tetapi untuk memberi tekanan kepada pemimpin negara, menghasut rakyat untuk menjatuhkan kerajaan. DAN APABILA KERAJAAN BERJAYA DIJATUHKAN, PIHAK ASING AKAN MENGUASAI NEGARA INI SECARA LANGSUNG TETAPI DIKABURI DENGAN KERAJAAN BAHARU.
10. Siapa Pihak Asing itu dan siapa parti yang bakal menjadi boneka pihak asing itu, fikir-fikirkan.
11. Namun begitu saudara, teruskan perjuangan untuk menjadikan diri kita, rakyat dan negara kita menjadi baik walaupun kita tahu apa yang berlaku di kemudian hari.
12. Sesungguhnya amalan yang baik tetap akan dihitung Allah S.W.T dengan ganjaran pahala yang besar walaupun kita berada dalam zaman umat yang huru-hara, suka memfitnah, suka mengadu domba, suka mengkhinati satu sama lain. Teruskanlah agenda untuk memartabatkan umat kita dan menjadikan kita dan keluarga kita antara Ahlul Jannah. Mengikut pesan, tanamlah benih walaupun kita tahu esok akan berlakunya kiamat. Kerana ia tetap akan dikira sebagai amalan yang berpahala.
13. Kita hanya dapat berusaha untuk menangguhkan, tetapi ia (kejahatan akhir zaman) tidak dapat dielakkan.
Wallahua’lam.