PRU tahun 1969, parti Perikatan kalah banyak kerusi kepada Parti Gerakan, DAP dan PPP di Selangor. Logo Kapal Layar (Perikatan) digunakan semenjak PRU-1 pada tahun 1955.
PRU tahun 1974, parti Perikatan dijenamakan semula oleh Allahyarham Tun Razak kepada nama baharu iaitu Barisan Nasional (logo Dacing). Dengan jajaran baru politik Malaysia termasuk PAS, Gerakan, PPP menyertai gabungan ini, BN menang besar 5 tahun selepas kemerosotannya.
Jika ditenung-tenung, setiap jenama ada pasang surutnya. Dan manusia sukakan elemen baru, segar dan bertenaga. Al-maklum, setiap 20 tahun, generasi baru akan wujud menggantikan generasi lama.
Kerana itu, kebanyakan pengundi rasa parti Perikatan Nasional tu adalah satu nafas baru, walaupun di dalamnya adalah orang² lama dalam arena politik Malaysia.
Jika kita telek lagi logo² yang digunakan oleh parti baru sekarang lebih ringkas dan mudah. Contohnya parti MUDA, hanya sekadar tulisan MUDA. PH menggunakan logo akronim HARAPAN. Begitu juga dengan PN yang hanya menggunakan tulisan PERIKATAN NASIONAL.
Saya dah lama dah terfikir untuk beri cadangan supaya logo dan nama parti ditukar yang baru. Lebih² lagi dah ada parti lain yang meniru identiti BN yang membuatkan orang ramai terkeliru.
Huruf P dan B bila disebut hampir sama bunyinya. BN dan PN pun hampir sama bunyinya bila disebut. Perkataan “Nasional” pun ada di kedua-dua nama parti. Bila sebut color Biru pun orang dah keliru dua² warna biru (walaupun tona warna berbeza, tapi tetap biru juga).
Saya menyeru, satu jenama baru direka untuk menggantikan logo Dacing yang telah sekian lama digunakan. Anak² muda sekarang tak pernah tengok pun dacing tu dalam hidup mereka, sebab semua dah guna penimbang digital. ????
DISCLAIMER : Posting ini hanya sentuh bab jenama dan logo, banyak lagi bidang yang perlu disantuni agar dapat ditambahbaik.
—-
Jamal Rafaie Jakiran
Kuala Terengganu