Tujuan Penubuhan Pemuda UMNO Malaysia

Kesemua 10 orang Perdana Menteri Malaysia berasal dari UMNO. Di antara 10 orang PM itu ; Tun Razak, Tun Hussein Onn, DS Anwar Ibrahim dan DS Najib Razak pernah menjadi Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

Pemuda UMNO adalah kilang pemimpin Malaysia. Apa tujuan penubuhan Pemuda UMNO?

Fasal 3 Dalam Peraturan Pemuda UMNO Malaysia mengatakan ;

Tujuan-tujuan Pemuda UMNO adalah ;

3.1. Menggalakkan Ahli-ahlinya mengambil bahagian aktif dalam lapangan agama, politik, pendidikan, ekonomi, kebudayaan, sukan dan kebajikan masyarakat.

3.2. Menganjurkan dan mengadakan latihan kepimpinan dan lain-lain latihan bagi mencapai tujuan-tujuan di atas.

3.3. Bekerjasama dengan badan-badan lain yang dipersetujui oleh Majlis Tertinggi UMNO.

Selamat Ulang Tahun Penubuhan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang ke-74.

Hey!! Pemuda Cara Kita.

—-
Jamal Rafaie Jakiran
Ketua Penerangan
Pemuda UMNO Bahagian Kuala Selangor

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *