Setiap Kampung Ada KLCC Barulah Dikatakan Membangun?

Bila cerita bab pembangunan, usahlah terbayang KLCC nak dibuat di setiap tempat, barulah ia dikatakan pembangunan. Tidak begitu sahabat. Pemahaman seperti inilah yang menjadikan Aeon Mall sebagai bukti pembangunan.

Dia begini. Geografi setiap tempat berbeza-beza. Ada di desa, ada di bandar. Masing² ada identiti tersendiri.

Ada orang suka duduk di bandar, saya sendiri lebih suka tinggal di kampung.

Cuma, maksud pembangunan bagi pendapat saya adalah ; walaupun duduk di kampung, fasiliti dan kemudahan asas untuk penduduk perlu menjadi keutamaan kerajaan.

1. Sumber Air Bersih

2. Bekalan Elektrik Yang Berterusan

3. Rangkaian Internet Yang Tidak Tersekat-Sekat (at least tak ada buffering kalau layari internet pun sudah memadai)

4. Jalan raya / jalan kampung yang berkualiti dan tidak berlubang-lubang.

5. Saliran/Longkang Tidak Tersumbat Untuk Mengelakkan Banjir Kilat

6. Pendidikan yang berkualiti (sekolah rendah, menengah, kolej kemahiran)

7. Perkhidmatan Kesihatan untuk penduduk (klinik desa, klinik komuniti, hospital dan hospital pakar yang berdekatan).

8. Kemudahan sukan seperti gelanggang futsal, takraw, badminton dan seumpamanya untuk rakyat bersukan dan beriadah.

9. Aktif dalam aktiviti ekonomi untuk beri peluang pekerjaan.

10. Rumah Ibadat yang selesa dan imarah.

11. Dewan Orang Ramai.

12. Pengurusan Sampah Yang Efisien

Dan lain² kemudahan asas untuk rakyat.

Paling penting ; “Roti Kapadda Aur Makan” (Makanan, Pakaian, Tempat Tinggal) perlu dipenuhi terlebih dahulu.

Inilah yang dinamakan pembangunan. Dan ini juga tuntutan Islam, dan Islam tidak menolak pembangunan.

Kena betulkan dulu cara fikir dan memahamkan konteks yang sebenar.

Pembangunan yang dimaksudkan adalah ; MENINGKATKAN KUALITI HIDUP RAKYAT

—-

Jamal Rafaie Jakiran

Kuala Terengganu

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *