Nama kumpulan ini bertukar sekali lagi.
Permulaannya UNIC, kemudian UNIQUE dan ditukar pula kepada UNIQ untuk memudahkan ejaan. Namun, kuasa Allah melebihi segalanya, UNIQ telah kembali menggunakan nama UNIC!
Mengapa semua ini terjadi? Mengapa sering menukar nama?
Menukar nama bukan sesuatu yang dijadikan permainan, penukaran itu mempunyai sebab-musababnya yang tersendiri. Apakah sebabnya?
UNIC KEPADA UNIQUE
Pada awal tahun 2010 yang lalu, UNIC telah menamatkan kontrak bersama Hijjaz Records setelah 8 tahun bernaung di bawah syarikat rakaman nasyid yang terkenal itu.
Kisah ini telah saya nukilkan di artikel lepas yang bertajuk UNIC KINI UNIQUE?
Bagi memudahkan cerita, Hijjaz Records tidak membenarkan kumpulan UNIQ menggunakan nama UNIC kerana nama tersebut adalah hak milik Hijjaz Records. Semenjak dari itu, kumpulan ‘UNIC’ menggunakan nama UNIQUE sebagai nama rasmi mereka.
Antara program terawal menggunakan nama UNIQUE
.
Penukaran nama baru ini (UNIQUE) sungguh mencabar. Sebagai buktinya, program yang saya dan rakan-rakan anjurkan di UiTM Pulau Pinang (seperti banner di atas) terdapat banyak pertanyaan daripada warga kampus. Mereka bertanya, “Siapa UNIQUE?”, “Kumpulan nasyid baru ke?”, “Kumpulan tak femous aku tak nak pergi!”.
Ternyata penukaran nama ini memberi kesan yang sangat besar kepada kumpulan UNIC, ramai yang ‘tidak kenal’ dengan kumpulan yang berusia 8 tahun ini secara tidak sengaja!
Itulah cabaran awal nama UNIQUE kepada kumpulan ‘UNIC’!
UNIQUE KEPADA UNIQ
Nama UNIQUE tidak lama digunakan secara rasmi, ia akhirnya ditukar kepada UNIQ.
Mengapa?
Jawapannya ialah bagi memudahkan identiti kumpulan ‘UNIC’ dikenali dan dieja. Apabila kita menaip ‘UNIQUE’ di Google, ternyata terlalu banyak perkataan ‘UNIQUE’ terdapat di dalam internet. Bagi mengurangkan ‘persaingan’ dengan nama UNIQUE, kumpulan ini menukar sekali lagi nama mereka dengan nama UNIQ.
Program yang menggunakan nama UNIQ – Gambar Hiasan
.
UNIQ KINI UNIC
Saya percaya ramai di antara peminat yang keliru dengan status penggunaan nama ini. UNIQUE? UNIC? UNIQ? Mana satu yang betul ni?
Usah pening wahai kalian, semuanya adalah sah dan pernah digunakan oleh mereka. Cuma masa sahaja yang berbeza.
Bagi mereka yang mengikuti perkembangan kumpulan ini secara langsung, pasti faham dengan apa yang terjadi.
Selepas menempuh onak dan duri, cabaran yang silih berganti, keletihan yang tidak berhenti, maka Allah telah mengurniakan kembali nama UNIC kepada kumpulan UNIQ. Alhamdulillah.
Jadi, hari ini diumumkan kumpulan UNIQ telah kembali menggunakan nama UNIC.
UNIC bersama Isman Hijjaz – Gambar kredit Faizal Hijjaz
.
Terima kasih kepada Encik Isman Nadim (Hijjaz) kerana memberi kebenaran untuk UNIC bergerak bebas di landasan sendiri. Pemberian ini sangat bermakna bagi UNIC.
UNIC – UNIQUE – UNIQ – UNIC.
Anda sendiri perlu memahaminya.
Ia satu fenomena!
UNIC TERUS UNIK!!
Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com
45700 Bukit Rotan, Selangor Darul Ehsan.
mohon kbenaran ambil artikel ni boleh?apapun kita tetap bjuang ats landasan yg satu,mgkin cara berbeza
Sila-sila.. Tak jadi masalah Fahmi.. Kita tetap saudara se-Islam, perpaduan tetap diutamakan.. Teruskan menulis tentang industri nasyid ini, industri ni kecik je, kitalah yang perlu perjuangkannya.. Insya-Allah.. ^_^
Assalamu ‘Alaikum…..
Naaah……..skrg sy dah th knp UNIC srng tukar2 nama.t’nyata bukan suka2 sja nak tukar2 nama.krn ada sebab2 khusus yang m’buat UNIC smp 3 tukar nama.trm ksh byk ea Jamal atas penjelasanya.skrg sy dah faham.
Klu menurut pendapat sy,nak pakai nama UNIQUE/UNIQ/UNIC tak ada hal.yg pnting sy tetap suka & support UNIC.Maju trs buat UNIC.
(^_____^)
Assalamu’alaikum..
Begini rupanya cerita UNIC ni..apa2 pun jazakallah khair atas maklumat yang telah diberi. Sekurang2nya kami faham situasi sebenar.
Ketepikan soal itu, yang lebih utama niat untuk memperjuangkan Islam dalam industri seni tetap utuh! Teruskan perjuangan kalian dan ana tetap keep-in-touch dengan lagu-lagu nasyid UNIC.
Memang asalnya tidak mahu menukar nama, tapi terpaksa ikut keadaan semasa.. Banyak cabaran semasa menggunakan nama baru sebab nama UNIC sudah lama digunakan dan orang ramai telah tahu dengan nama itu. Apabila ditukar ke UNIQ, terpaksa jelaskan satu persatu apabila ada yang bertanya..
Apa pun, syukur semuanya telah selesai.. Terima kasih Aris di atas sokongan.. ^_^
Wasalam..
Begitulah kisahnya, kisah ni ramai yang masih belum tahu sampai ada yang mengatakan UNIQ suka2 tukar nama..
Nama UNIC dah lama bertapak di Malaysia, sayang rasanya nama tu terkubur kalau tak ada yang memperjuangkannya..
Terima kasih HBAB Khair di atas sokongan.. ^_^
ALlah pasti membantu hamba2Nya yang berjuang ke jalan kebaikan..
Insya-Allah.. ^_^
alhamdulillah..moga terus sukses pas ni…
Insya-Allah.. UNIC – UNIQUE – UNIQ – UNIC – UNIK!
Di Hati ini….Hanya Tuhan Yg Tahu…
owh ada pernah dengar pasal tukar2 nama… akhirnya kembali ke UNIC …. takpe2…. yang penting usaha ini berterusan…semoga terus sukses unic!!
^_^ Hanya Tuhan Yang Tahu..
salam… Saya dah tak rasa pelik lagi dah ats penjelasan incik Jamal… semoga Allah berkahi usaha UNIC dan incik Jamal berdakwah melalui medium ini…. bertukar!! (^^,)v
Terima kasih.. ^_^
Terima kasih Zikri.. ^_^
it is a phenomenon, interesting…
alhamdulillah… kembali dikenali UNIC seperti yg tlh dikenali. smuanya dgn izin Allah. smga UNIC kekal trus mnjadi nasyid yg seterusnya bdakwah skrng…
p/s: blh sy tahu mksd disebalik nasyid binnabil huda… ia adlh selawat. yer sy thu. maksdnya yer. syukran~
bagi aku..guna nama sama je dah ok..sebab dah ada branding..nanti keliru peminat2 diorang nt
Binnabil Huda maksudnya Nabi yang membawa hidayah.. UNIC baru sahaja selesai merakam Binnabil versi bahasa Melayu.. Lagu itu akan diselitkan dalam album terbaru UNIC yang akan dilancarkan pada hujung tahun ini.. Insya-Allah.. Tunggu ya.. ^_^
alhamdulillah~ thnks sbb bg mksd sdikit-sbyk. ^^
Keep In Touch dengan facebook UNIC, insya-Allah abg2 UNIC akan preview lagu tu kat fb.. ^_^
insyaAllah… mesti! wlpn jauh diperantauan. ttpi ttp setia dgn industru nasyid di malaysia! all da best utk semua yg btngkuslumus~ ^^
alhamdulillah diats semuanya..ada hikmah diseblik kejadian..!! walau apa2 pon ana tetap akn sokong..UNIC!!!…
Terima Kasih!
afwan ..:)
Sila hubungi saya untuk membuat persembahan di makan malam amal pada 27/04/2012
Insya-Allah.. Nombor fon saya.. 013-5026437 Nombor puan?