Bersama Keluarga Di Sungai Sendat, Ulu Yam


“Mana pulak jalan ni. Dah la tak de line kat dalam hutan ni”, saya bermonolog di dalam hati.

Jalan sudah dijumpai, tetapi ke manakah jalan ini akan membawa kami? Masya-Allah, jalannya sangat sempit sesuai dengan nama sungai yang kami akan lawati nanti. SUNGAI SENDAT.

Sungai Sendat terletak di salah satu kawasan rekreasi yang banyak terdapat di Ulu Yam, Selangor. Kawasannya agak terpencil, kita perlu melalui jalan yang sempit dan melalui perkampungan Orang Asli Moden. Petua jalannya ialah, apabila sampai ke simpang (jambatan) ke SMS Hulu Selangor, terus sahaja dan jangan belok ke kanan (jika dari Rawang). Ikut jalan yang sempit itu dan akhirnya bertemu jalan mati dan di situlah terletaknya Sungai Sendat.

BACA SETERUSNYA>>

Saya sekeluarga (lebih kurang 20 orang) yang ramainya kanak-kanak, pastinya tidak melepaskan peluang cuti sekolah untuk berekreasi sesama keluarga. Kali ini kami memilih ke sungai ini. Sangat enjoy dan menyeronokkan.

Bergambar di dalam sungai

“Mak-mak” sedang bersantai
Aksi Mardhiah dengan pelampungnya
Sedang berbincang: Mengapa ikan tak makan umpan ye?
Yeahhh.. Memancing apa tah tu!

Sambil-sambil tu, saya sempat merakamkan video pendek dengan adik-adik. Tajuk videonya ialah “Ku Tangkap Seliparmu”. Semoga terhibur..

Syukur Ya Allah, kerana memberi peluang sekali lagi kepada kami sekeluarga bagi mengisi masa terluang dengan aktiviti yang merehatkan minda ini.

Terima kasih kepada Mama, Paman Arip, Paman Din dan Bibik Zura, Paman Ramli dan Bibik Noi, Acik Jam dan Bibik Mira , Umi, Ami, Nenek, Paman Ijal dan Bibik Baini di atas kesudian menyertai ‘kembara’ kita pada kali ini.

KE ARAH KELUARGA CEMERLANG!! Insya-Allah..

Blogger Templates

Jamalie_Jam @ jamalrafaie89.blogspot.com
45700 Bukit Rotan, Selangor.

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *