SELAMAT DATANG KE UiTM PULAU PINANG!

“Boleh tak abang post gambar-gambar UiTM Penang? Saya student baru, teringin nak tengok gambar kampus”, pinta seorang junior yang bakal mendaftar ke UiTM Pulau Pinang melalui ruangan diskusi saya.

“Insya-Allah”, saya membalas ringkas.

Permintaan ini sudah lama diminta oleh pelajar itu, namun saya kekurangan masa untuk menyediakan bahan untuk permintaan tersebut. Alhamdulillah, mungkin belum terlambat memandangkan pelajar-pelajar baru yang akan mendaftar 26 Jun ini.

Khas buat bakal pelajar UiTM Pulau Pinang.. Sedikit gambaran buat anda semua.

SEKITAR UiTM PULAU PINANG

LOKASI :

Permatang Pauh, Pulau Pinang

.

PEGAWAI TERTINGGI :

1) Prof. Madya Mohd Zaki Bin Abdullah (Pengarah Kampus)

2) Prof. Madya Dr. Mohamad Abdullah Bin Hemdi (Timbalan Pengarah Hal Ehwal Akademik)

3) Prof. Madya Noor Awang Hamat (Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni)

.

FAKULTI :

1) Kejuruteraan Mekanikal

2) Kejuruteraan Kimia

3) Kejuteraan Elektrik

4) Kejuruteraan Awam

5) Hotel Dan Pelancongan

6) Farmasi

7) Pengurusan Perniagaan

.

KOLEJ :

1) Kolej Zamrud (Siswa)

2) Kolej Baiduri (Siswi)

3) Kolej Mutiara (Siswa dan Siswi)

4) Kolej Kristal (baru)

.

KEMUDAHAN :

1) Gelanggang Futsal

2) Gelanggang Bola Keranjang

3) Gymnasium (Kolej Mutiara)

4) Perpustakaan (Komputer dan Buku Ilmiah)

5) Hotel UiTM

6) Dan banyak lagi kemudahan yang bakal ada dan sedia ada..

.

GAMBAR-GAMBAR

Pusat Islam

.

Suasana di Pusat Islam

.

Permandangan Kompleks Perdana

.

Laman Perdana

.

Suasana di Laman Perdana

.

Kolej yang baru dibina

.

Kolej Baiduri (Kolej Zamrud lebih kurang macam ini juga)

.

Hotel UiTM

.

Perda (Kampus Luar)

.

Banyak lagi yang boleh dipaparkan, tak sempat pula nak ambil semua gambar-gambar di sekitar UiTM Penang ini. Moga dengan sisipan gambar-gambar ini dapat menaikkan semangat pelajar-pelajar baru agar gigih menuntut ilmu di sini. Gambar-gambar ini juga dipaparkan bagi memberi info kepada para pembaca yang lain.

Pendaftaran pelajar baru UiTM bermula pada 26 Jun 2010. Selamat datang kepada semua pelajar yang bakal melanjutkan pelajaran ke UiTM. Jadikan peluang ini sebagai satu wadah dakwah kepada semua. Dakwah dari segi berjuang dalam pembelajaran.

NOTA : Dengar cerita intake kali ini antara yang teramai, pasti banyak cabarannya. Selamat bertugas kepada Pembantu Mahasiswa dan staf UiTM yang terlibat. Juga kepada warga UiTM yang lain, selamat bertugas.

SELAMAT MAJU JAYA!!

Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com
45700 Bukit Rotan, Selangor.


Related Post

30 Replies to “SELAMAT DATANG KE UiTM PULAU PINANG!”

  1. assalamualaikum.. maaf sbb entry ni dah lama kan. saya baru nk komen coz ktorg dpt arahan kne pindah uitm bertam. bertam xsiap kolej lg so kami kne dok uitm pp..

    ada kemusykilan la..
    1. uitm penang refer to p.pauh atau b.mrtjm?
    2. p.pauh dan bkt mrtjm kmpus yg berbeza kan
    3. kat kolej ada fasiliti internet x? wifi ke..
    4. klo kolej camtu mst ada lift kan. gambaran dlm blik camne? 1blik bpe org?

    TQ

  2. UiTM Penang dah banyak berubah, terutamanya pasal penempatan pelajarnya..

    1. Nama kampus : UiTM Pulau Pinang. Sebenarnya di Permatang Pauh dan bukan Bukit Mertajam… Mungkin pihak pengurusan tak berapa faham pasal tempat2 ni.. ^_^

    2. Kampus yang sama.

    3. Kat kolej ada fasiliti internet.. Insya-Allah

    4. Mesti ada lift, kalau tak x de sape yang nak duduk.. hehe.. dulu satu bilik 4 org, sekarang tak tau la.. Sebab dah ada kolej baru..

    Apa pun, tahniah di atas penawaran tersebut.. ^_^

  3. owh Bukit Mertajam and Permatang Pauh kampus yg sama..
    saya hampir2 kena marah dgn MPP puncak alam sbb cakap benda ni berbeza. entah la.. nak kena ada pengalaman dulu baru boleh cakap lebih-lebih..

    owh saya pun takleh cakap sgt la sbb bukan org penang pun.. yup pna dgr pasal kolej baru, namanya kolej kristal.

    ouh okay. btw thanks for the info..

  4. Itu info 2 tahun lepas. Sekarang dah macam2 perubahan kat UiTM tu. Untunglah intake baru. Terima kasih UiTM dan kerajaan kerana membuat penambahbaikkan kepada UiTM. UiTM hak istimewa orang2 Melayu.

  5. tumpang lalu… sya dpt twrn kat uitm kmpus balik plau… tpi dftr kat bkit mertjm… aper beza kampus balik pulau dgn bukit mertjm?

  6. Masa zaman saya dulu tak ada lagi Kampus Balik Pulau.. Kampus Bukit Mertajam di Permatang Pauh di bahagian Seberang Perai.. Kalau Kampus Balik Pulau tu kampus baru kat sebelah pulau..

  7. salam..boleh ceritakan sikit tak pasal uitm balik pulau di pulau pinang..uni tu bru ke ? tmpt dy mcm mne ? berapa ramai pelajar kat sane ? jaoh tak dari bandar ?

  8. assalamualaikum w.b.t
    hotel uitm tu boleh digunakan untuk umum ke atau untuk student sahaja??

  9. Hi, boleh aq tahu yg details tentang hotel uitm di permatang pauh x??sbb yg information dkat internet memang x berapa…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *