KARYA KEDUA DI ILUVISLAM.COM

Alhamdulillah.. Selepas artikel pertama saya yang berjudul ‘Siapa Lebih Hebat‘ diterbitkan di iLuvislam.com (ILI), sekarang diterbitkan pula karya yang kedua. Karya ini bukan karya tulen daripada ilham saya, tetapi sekadar perkongsian dengan mengulas apa yang saya baca daripada buku Secangkir Teh Pengubat Letih dengan penulisan saya sendiri.

Usaha saya ini tidaklah sebesar mana, tetapi sudah cukup memotivasikan saya dalam bidang penulisan blog. Disamping itu dapat memberi kemudahan kepada pembaca yang mahu berjinak-jinak dalam pembacaan untuk mendapat semangat awal sebelum membeli buku tersebut.

Terima kasih kepada iLuvislam.Com kerana sudi menerbitkan karya saya yang telah ditulis di dalam blog ini. Jasa ILI amat saya hargai. Tahniah juga kepada Nurain (rakan Sekolah) kerana artikelnya juga diterbitkan di website yang sama. Semoga usaha ini akan dapat diteruskan lagi bagi mencetuskan ilmu di kalangan masyarakat..

PENULISAN WADAH PERJUANGAN!!

Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com
13500 Permatang Pauh, UiTM Pulau Pinang.


Related Post

5 Replies to “KARYA KEDUA DI ILUVISLAM.COM”

  1. Boleh ke website iluvislam dan cari ruangan artikel.. Kat ruangan tu ada item ‘hantar artikel’.. Kat situ ada terma dan syarat yang kena kita ikut untuk hantar artikel tu.. Hantar guna email dan telah mendaftar sebagai pengguna iluvislam.com..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *