MANUSIA TAK PERNAH CUKUP!

muka_hadapan

Skrip manusia adalah sama sepanjang zaman.

Akibat ketamakan harta duniawi, semuanya sanggup dilakukan. Memukul, membunuh dan membakar! Apabila nafsu menguasai diri, siapa ibu, siapa ayah pun sudah tidak dipeduli.

Salam takziah buat keluarga Allahyarhamah Datuk Sosilawati Lawiya dan 3 yang lain di atas berita yang tidak sanggup didengar itu. Ditambah pula dengan kehadiran Syawal yang sepatutnya dirai, pastinya Syawal pada kali ini ditangisi oleh mereka.

BUKAN KES PERTAMA

Kes pembunuhan ngeri seperti ini bukan kes pertama yang kita dengari. Sudah lama kes seperti ini menghantui kita seperti kes pembunuhan ngeri yang dilakukan oleh Mona Fendy tidak berapa lama dahulu.

Puncanya hanyalah satu. Ianya adalah NAFSU yang tidak pernah puas dan cukup!

Manusia sanggup berbunuhan semata-mata mahukan harta. Akhirnya, habuk pun tak dapat. Kena tangkap, harta dirampas dan akan dikenakan hukuman yang berat!

SYUKURI NIKMAT YANG DIBERI

Satu pengajaran yang boleh diambil dalam kes pembunuhan ini, janganlah kita terlalu tamak dalam mengejar harta sehingga sanggup menggadaikan nyawa. Bersyukurlah dengan apa yang kita perolehi oleh Yang Maha Pemberi.

Tidak semestinya harta yang sedikit itu tidak dapat membahagiakan kita. Kadang kala yang sedikit itulah yang berkat untuk kita.

Tidak semestinya juga harta yang melimpah itu baik untuk kita, kerana harta yang banyak boleh membawa kepada kebinasaan.

“Perasaan Tamak Harus Dijauhi,

Untuk Menghindar Hasad Dan Dengki,

Nikmat Tuhan Harus Disyukuri

Agar Hidup Penuh Bererti!”

Suspek pembunuhan ngeri itu telah berjaya ditangkap oleh pihak Polis, TAHNIAH. Semoga mereka yang terkorban mendapat keadilan yang sewajarnya. AL-FATIHAH..

SEPANDAI-PANDAI TUPAI MELOMPAT?

Blogger Templates

Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com
45700 Bukit Rotan, Selangor Darul Ehsan.


Related Post

2 Replies to “MANUSIA TAK PERNAH CUKUP!”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *