“Baru balik kerja ke bang?”, saya bertanya.
“Ya. Baru balik kerja kat shah alam. Kerja di mana?”, beliau bertanya semula.
“Saya kerja di Sri Gombak, hari-hari berulang dari Kuala Selangor ke Sri Gombak”, saya menjawab.
Perjalanan dari Sri Gombak ke Kuala Selangor sangat memenatkan. Tambahan pula jika saya menaiki motorsikal ke tempat kerja, perjalanan akan menjadi lebih mencabar dan meletihkan.
Saya merasakan rumah saya dari tempat saya bekerja sangat jauh dan tidak relevan.
“Oo. Abang pula tinggal di Sungai Besar tapi kerja di Shah Alam. Hari-hari ulang alik juga. Anak-anak dan isteri tak nak tinggal dekat Shah Alam nak buat macam mana kan?”.
“Oit! Jauh juga tu. Sungai Besar ke Shah Alam memang jauh. Saya ingat saya dah jauh dah, rupanya ada orang lagi jauh rupanya!”
“Abang belum kira jauh lagi. Ada kawan di tempat kerja lagi jauh rumahnya. Setiap hari ulang alik dari Hutan Melintang (Perak) ke Shah Alam”
Masya-Allah.
Pertemuan dengan seseorang pada petang itu memberi kesedaran pada saya. Benarlah jika kita berasa susah, ada orang lain yang lebih susah daripada kita.
SABAR DENGAN UJIAN SYUKUR DENGAN PEMBERIAN
Ada orang berkata, “Kenapalah aku ditimpa malang seperti ini? Mengapa aku? Mengapa aku! Akulah orang paling malang dalam dunia ini!”
Ada juga yang berkata, “Kerja berat, gaji ciput je. Macam mana nak makan dan hidup senang kalau gaji macam ni? Rasanya akulah orang yang paling miskin dalam dunia ni”
Jika hendak diikutkan hati, kita adalah orang yang paling malang apabila ditimpa musibah kerana kita merasai kesakitan dan keperitan menghadapi musibah itu.
Tidakkah kita terfikir orang lain yang lebih susah daripada kita? Pepatah Melayu ada menyebut “Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul“.
Kita berasa susah kerana kita merasainya. Tidak pula kita cuba merasai kesusahan orang lain?
Syukurlah dengan apa yang kita ada, sesungguhnya dengan bersyukur akan menambah bahagia. Percayalah!
MOGAKU MENDAPAT IKTIBAR
Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com
45700 Bukit Rotan, 2011.
Sabar ye En Jamal.. ^^
insya Allah, ada hikmahnya.. huhu…
ala… xde la jauh sangat.. lalu 1 highway je.. :p
kita harus melihat orang yang lebih susah/rendah dari kita untuk merasa bersyukur dengan apa yang kita ada. Tetapi kita perlu ber’dengki’ dengan orang yang tinggi ilmu/ibadahnya supaya kita juga berlumba2 untuk menjadi sepertinya
Hehe.. Dah hari2 lalu tak terasa jauh pun.. Kisah ni saya nukilkan untuk jadikan pedoman utk diri saya juga.. ^_^
Masya-Allah.. Terima kasih atas nasihat ini Puan.. ^_^
mohon share di facebook:)
Silakan.. ^_^