Apa aktiviti hujung minggu kawan-kawan dalam bulan Ramadan ni?
Kalau tak buat apa-apa, UNIC nak ajak semua untuk menyertai satu program yang dirancang khas bagi mengisi dan merasai keunikkan ibadah puasa. Programnya diberi nama UNICnya RAMADHAN 3.
Selepas kejayaan program Kem UNICnya RAMADHAN 1 & 2, kali ini kita akan menambah keunikkan program ini dengan lokasi program yang lebih mencabar (dalam kem) dan tambahan aktiviti yang menarik!!
Di antara aktiviti yang menarik dalam program kali ini adalah Motivasi Bersama UNIC, Modul Bunyi Sungai, Iftar Jamaie, Terawih Berjemaah bersama UNIC, BBQ di tepi sungai (Moreh), Mini Show UNIC, dan Kem Anak Soleh. (Tentatif boleh lihat di bahagian bawah)
Insya-Allah, kem ini akan dijalankan secara sempoi, santai dan menenangkan fikiran!
PETA LOKASI KEM NUR LAMAN BESTARI
Di sini disediakan peta lokasi kem program ini, perjalanan lebih kurang 10-15 minit daripada pekan Batu Caves.
TENTATIF KEM UNICnya RAMADHAN
20 OGOS 2011 (SABTU)
9.00 Pagi – Pendaftaran Peserta
10.00 Pagi – Ice Breaking & Potensi Diri
12.30 T/Hari – Rehat dan Check-In Chalet
1.30 Petang – Solat Zohor Secara Berjemaah
2.00 Petang – Bengkel Al-Fatihah Bersama Ust. Fakhrul (Juara Akademi Al-Quran 3 dan Ahli UNIC)
4.30 Petang – Solat Asar Secara Berjemaah
5.00 Petang – “Bunyi Sungai” Bersama Fadzli UNIC
6.30 Petang – Urus Diri Dan Rehat
7.15 Malam – Persiapan Berbuka Puasa
7.30 Malam – Iftar Jamaie
7.50 Malam – Solat Maghrib Secara Berjemaah
8.00 Malam – Tazkirah Maghrib
8.45 Malam – Solat Isyak Berjemaah
9.00 Malam – Solat Terawih Berjemaah
9.45 Malam – BBQ Bersama UNIC Di Tepi Sungai, Mini Show UNIC
11.30 Malam – Rehat Dan Tidur
21 OGOS 2011 (AHAD)
5.00 Pagi – Qiamulail
5.25 Pagi – Bersahur
6.00 Pagi – Solat Subuh Berjemaah
6.15 Pagi – Kuliah Subuh
7.00 Pagi – “Senam Pagi Pak Mat”
7.30 Pagi – Rehat Dan Urus Diri
8.00 Pagi – Modul “Motivasi Anak Soleh”
10.30 Pagi – Resolusi Program
11.30 Pagi – Majlis Penutup, Sesi Fotografi, Penyampaian Sijil
12.00 T/Hari – Bersurai.
*Tertakluk kepada perubahan semasa.
SIAPAKAH YANG PERLU HADIR?
Program ini terbuka kepada remaja yang berumur 12 hingga 25 tahun. Boleh juga disertai oleh individu di atas 25 tahun!
YURAN MACAM MANA?
Bayaran untuk kem ini adalah sebanyak RM 80 sahaja. Yuran tersebut akan digunakan untuk menampung kos makan berbuka puasa, bersahur, BBQ, penginapan dan penggunaan kemudahaan kem seperti dewan.
Pengangkutan adalah sendiri. Pihak Famili UNIC tidak menyediakan pengangkutan ke tempat kem. Namun, jika ada sebarang masalah, boleh menghubungi Saudara Jamal Rafaie (012-6575906) untuk berbincang.
MACAM MANA NAK DAFTAR?
Mudah sahaja.
1. Daftarkan nama anda dengan SMS (Nama, Tempat tinggal, Umur) ke 012-657 5906 atau hubungi terus pejabat UNIC di talian 03-6186 4300.
2. Bank-In deposit yuran sebanyak RM30 ke akaun UNIC NASYEED & TRAINING CONSULTANTS (CIMB) 1252-0003987-05-2 dan maklumkan pada kami jika sudah bank-in.
3. Simpan resit bank dan bawa ketika program. Lebihan yuran (RM50) perlu dibayar ketika hari program berlangsung.
Sebarang pertanyaan boleh menghubungi :
Saudara Jamal Rafaie di talian 012-657 5906
Pejabat UNIC : 03-6186 4300
KENANGAN KEM UNICnya RAMADHAN YANG DULU-DULU!