APABILA TERINGAT NAK MAKAN KEBAB!

KEBAB - Sumber : http://romethesecondtime.blogspot.com

Pertama kali saya menjejakkan kaki ke sebuah Restoran Arab membuatkan saya begitu teruja. Kebanyakkan menu yang tertera memeningkan kepala, terlalu banyak nama menu yang pelik-pelik.

Akhirnya hanya satu sahaja menu yang saya kenali. Ianya adalah Kebab! Lalu saya memesannya.

“Ha! Kebab dah sampai! Apa lagi, makan-makan”, rakan saya mempelawa.

Kebabnya agak asing bagi saya. Maklumlah saya adalah salah seorang rakyat Malaysia yang tidak pernah melihat dan merasai menu kebab yang sebenar daripada negara Arab. Kita di Malaysia kebabnya di masukkan ke dalam roti pita (mungkin cara lain penyediaan kebab), Kebab Arab pula dicocok dengan sebatang besi dan dibentuk bulat-bulat seperti chicken ball.

Tetapi asas kebab adalah sama, dagingnya dipanggang dan enak rasanya. Daging disusun dan dicocok pada sebatang besi dan dipanggang dengan bara api di sekelilingnya. Setelah masak, dagingnya akan dipotong kecil dan dihidangkan dengan seleranya!

ADA KISAH DI SEBALIK KEBAB YANG ENAK ITU!

Apabila teringat dengan keenakkan kebab, saya teringat pula dengan kisah seorang sahabat Nabi yang telah diseksa kerana memeluk Islam.

Suatu hari di zaman pemerintahan Umar Al-Khattab r.a, Saidina Umar telah bertanya kepada seorang sahabat Nabi tentang seksaan yang dirasainya ketika di zaman awal Islamnya dahulu. Sahabat itu menjawab, “Lihatlah di belakang saya”. Saidina Umar berkata, “Saya tidak pernah melihat belakang badan yang sebegini”.

Siapakah sahabat Nabi yang telah ditanya oleh Saidina Umar itu?

Dikhabarkan namanya adalah Khabbab Bin Al-Aratt. Sahabat Nabi ini adalah di antara sahabat yang terawal memeluk Islam. Di zaman awal penyebaran Islam, orang Islam hidup dalam keadaan terseksa lebih-lebih lagi bagi golongan hamba.

Begitu juga dengan Khabbab Bin Al-Aratt ini, beliau adalah seorang hamba kepada seorang wanita kaum musyrikin. Beliau telah diseksa dengan dipakaikan dengan baju besi lalu dibiarkan di tengah panas sehingga menyebabkan belakang badannya terbakar dan tertanggal!

Hazrat Khabbab diuji dengan seksaan - Gambar Hiasan

Wanita itu juga pernah memanaskan sebatang besi dan menyelar besi itu pada kepala Sahabat Nabi yang bernama Khabbab itu.

Kemudian Hazrat Khabbab pun bercerita lagi, “Saya telah diletakkan di atas bara api lalu diheret. Lemak dan darah dari belakang badan saya yang memadamkan bara api tersebut”.

Hazrat Khabbab Radhiallahu A’nhu telah meninggal dunia pada tahun ke 37 Hijrah. Beliau adalah sahabat yang pertama yang dikebumikan di Kufah.

Selepas kematiannya, Saidina ‘Ali telah lalu di kuburan Hazrat Khabbab lalu berkata, “Semoga Allah Subhanahu Wa Ta’ala mencurahlan kerahiman-Nya ke atas Khabbab. Beliau telah memeluk Islam dengan kerelaannya sendiri, telah berhijrah dengan rela hati dan telah menghabiskan usianya dalam jihad. Beliau telah menanggung segala penderitaan dengan tabah. Semoga Allah memberkati orang yang sentiasa mengingati Hari Kiamat, bersedia untuk menghadapi penghisaban, berpada dengan harta sekadar keperluan hidup dan telah mengembirakan Tuhannya”.

APABILA TERINGAT NAK MAKAN KEBAB

Kebab yang enak itu dapat mengingatkan kita tentang kisah seorang Sahabat Nabi bernama Khabbab yang telah dipanggang kerana memeluk agama Islam. Penderitaan dan keperitan yang ditanggung oleh para Sahabat perlu diambil iktibar oleh kita.

Kita beruntung kerana tidak dipanggang dan diseksa kerana mengamalkan Islam. Namun kita masih kurang bersyukur dengan nikmat keamanan yang ada dengan meningkatkan iman dan amalan.

Sudilah kiranya kita apabila hendak menikmati hidangan yang bernama Kebab itu, kita mengingati perjuangan yang telah ditunjukkan oleh para Sahabat Nabi Solallahu A’lahi Wasalam. Sifat-sifat para Sahabat sangat bertepatan dengan golongan seperti kita iaitu golongan pengikut cara Allah dan Rasul-Nya.

Semoga kita mengambil iktibar dengan kisah ini. Jangan terlalu gelojoh menikmati Kebab sehingga terbiar adab-adab tinggalan Nabi kepada kita dan contoh ikutan daripada Para Sahabat Radhiallahu A’nhum. Wallahu A’lam.

SETIAP UJIAN ADA KELAZATAN

NOTA : Kisah ini yang dipetik dari Kitab Fadhail Amal. Bab ‘KISAH PARA SAHABAT’ bertajuk Penderitaan Hazrat Khabbab Bin Al-Aratt.

Blogger Templates

Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com
45700 Bukit Rotan, 2011.

Related Post

4 Replies to “APABILA TERINGAT NAK MAKAN KEBAB!”

  1. nyam~ nyam~ nyam~

    lapa pulak ghase.. haha :p

    memula bace tajuk, salah faham sudah…
    igtkan kene seksa macam mne..

    rupenye kene seksa dgn tuannya.. hehe..

    nice story, insya Allah, sudi teringatkan bile nampak kebab..
    makan kebab?? hehe… x penah gi nih… ^_^

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *