Pernahkah anda terfikir, mengapa kebanyakkan Nabi yang diutuskan oleh Allah bekerja sebagai pengembala atau pernah membela kambing?
Kisah-kisah Anbiya’ banyak mengisahkan para Nabi dan Rasul membela dan memelihara kambing termasuk Nabi kita Nabi Muhammad Sollallahu A’laihi Wasallam.
Pernahkah anda ke kandang kambing? Bagaimana kambing dijaga dan apa pula perangai kambing?
Jawapannya ialah kambing sangat degil dan payah untuk dijaga!
Mari kita ingat kembali babak dalam filem AHMAD ALBAB, Syawal (Si pengembala kambing) mengira seekor demi seekor kambing yang dijaganya, tetapi seekor kambingnya hilang! Itulah perangai kambing, memang degil!
APA PENGAJARANNYA?
Sebelum para Nabi diberikan tanggungjawab oleh Allah Subhanahu Wa Taa’la untuk menyebarkan dakwah kepada manusia, Allah Subhanahu Wa Taa’la memberi ujian dan latihan kepada para Nabi iaitu dengan mengembala kambing.
Kambing sukar untuk dijaga dan agak degil untuk dikendalikan. Menjaga seekor kambing pun sudah sukar, inikan pula sekumpulan kambing. Menjaganya memerlukan kesabaran dan kebijaksanaan yang tinggi untuk mengendalikannya.
Kambing pun dikatakan degil apatah lagi manusia! Kambing boleh disembelih dan dimasak kari jika terlalu degil. Degilnya tidaklah sampai melawan tuannya.
Manusia pula lebih teruk daripada itu, bukan sahaja degil tetapi melawan pula! Sudahlah tidak mahu mendengar cakap, dimaki dan dihina pula kepada pemimpinya. Lebih teruk lagi jika mereka menyantau dan membunuh pemimpinnya.
Kesimpulannya, manusia lebih degil dari kambing!
Itulah latihan yang diberikan Allah kepada Nabi dan Rasul-Nya. Menjaga komuniti yang lebih kecil sebelum diberikan komuniti yang lebih besar dan mencabar.
Kerana itulah Nabi membela kambing. Walallahu A’lam.
UJIAN KECIL SEBELUM UJIAN BESAR
Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com
45700 Bukit Rotan, 2011.
Mak saya bela kabing dikampung
Bela sikit ke bela banyak?
tak tahu pula ada kisah disebalik peristiwa nabi bela kambing semasa kecil…sesungguhnya apa yang berlaku ada hikmah disebaliknya,,
Setiap perkara pasti ada hikmah.. ^_^