MENGAPA MOMENTUM MENULIS ITU HILANG?

“assalam, tiba2 saya perasan blog Tuan Jamal seperti sudah lama ditinggalkan tanpa post baru..rindu jugak nak baca entri dari jamalrafaie.com =)”

Secara tiba-tiba saya hilang momentum untuk menulis. Tidak tahu mengapa. Tetapi yang paling dekat dengan hilangnya momentum itu adalah kerana kesuntukan masa dan ruang untuk menulis.

Saya selalu mengembara, terlalu banyak yang boleh dikongsikan dengan pembaca. Tetapi pengalaman yang dirasai itu semakin lemau untuk dikongsikan kerana tiada berdaya untuk menulis.

Tidak lama dahulu, artikel saya diterbitkan di dalam majalah MUSLIMAH. Saya semakin bersemangat untuk menulis lagi dan lagi. Tetapi sejak kebelakangan ini semangat itu semakin hilang dan sayup!

Tidak mengapa, semangat yang ada perlu disuntik oleh motivasi yang beterusan. Terima kasih kepada rakan saya, Saudara Helmi Razali yang memberi suntikan semangat. Terima Kasih!

NOTA : Impian saya hendak menulis sebuah buku, buku apa? Impian masih belum diusahakan lagi.

Related Post

2 Replies to “MENGAPA MOMENTUM MENULIS ITU HILANG?”

  1. assalam tuan Jamal, Allah sedang menguji ketelusan Tuan..diberi kesempitan waktu dan kesibukan kerja..apapun smoge diberikan Allah semangat baru (Arruhul Jadid) untuk berdakwah melalui penulisan..smoga diringankan sedikit bebanan..smoga tersedia ruang masa utk menaburkan buah fikiran, berkongsi pendapat dan ilmu..inshaAllah

    harap blog yg diminati ramai ini tidak terus sunyi ye =)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *