Konsert Gegar 5 Lagenda Memang Rock Ooo!

Konsert Gegar 5 Lagenda di Istana Budaya | 14 Mac 2013
Konsert Gegar 5 Lagenda di Istana Budaya | 14 Mac 2013

Saya budak baru belajar.

Kehadiran ke Konsert Gegar 5 Lagenda adalah yang pertama buat saya di Istana Budaya (IB). Apa yang berlaku? Saya hampir memakai pakaian seperti orang yang hendak pergi Interview! Siap nak pakai Tie pulak tu!

Nasib baik tak pakai baju interview! Maklumlah sebelum ini kita dengar, apabila nak menonton persembahan di IB, para pengunjung perlu mematuhi etika pemakaian yang ditetapkan. Menurut kawan-kawan yang dah biasa ke IB, pada awal pembukaan IB memang etika pemakaian sangat strict, tetapi selepas tak ramai orang nak datang, etika itu dilonggarkan sedikit. Pakai kasut, baju berkolar saja. Maklumat lanjut boleh hubungi IB ya!

Kembali bercerita tentang konsert yang saya tonton. KONSERT GEGAR 5 LAGENDA! Rahmat Mega, Zamani Slam, Saleem Iklim, Aris Ariwatan, dan Ali Terrarossa. Saya memang tak sangka dapat tengok konsert ini sebab manalah kita ada duit yang banyak untuk tonton konsert yang eksklusif di IB pulak tu!

Menonton bersama rakan-rakan, dari kiri : Hans Hanis, saya dan Shahrul Fizi.
Menonton bersama rakan-rakan, dari kiri : Hans Hanis, saya dan Shahrul Fizi.

Kami memang bertuah sebab dapat site paling depan sekali. Kerusi harga RM250 tu! Kopak kalau bayar! Mujurlah dapat tonton sebagai media dan saya ucapkan terima kasih kerana diberi peluang untuk masuk ke IB yang bertaraf dunia itu.

Ali Terrarossa nyanyi lagu BUNGA ANGKASA!
Ali Terrarossa nyanyi lagu BUNGA ANGKASA!

Saya bukanlah peminat tegar muzik Rock tanah air. Tetapi persembahan pada malam tersebut memang membawa kita ke zaman ‘rambut panjang’ dan semua lagu-lagu yang dibawa memang Lagend! Saya sangat respect dengan suara Ali Terrarossa yang masih boleh tarik tinggi terutamanya dalam lagu BUNGA ANGKASA.

Antara lagu yang dinyanyikan oleh Ali ialah Bunga Angkasa, Sakinah dan Semangat Yang Hilang.

Rahmat Mega BAYANGAN GURAUAN
Rahmat Mega BAYANGAN GURAUAN

Brother Rahmat Mega memang kelas. Wajahnya memang tak berubah kalau kita lihat gambar 20 tahun lepas dengan sekarang macam tak ada perubahan saja. Suara beliau juga memang tak pancit langsung, kita yang pancit bila nyanyi.

Saleem dengan lagu SUCI DALAM DEBU. Lagend!
Saleem dengan lagu SUCI DALAM DEBU. Lagend!

Saleem memulakan persembahan dengan terbaik. Beliau masuk ke dalam pentas menaiki van! Gambar van tak ada lah, tak sempat nak ambil. Lagu lagend Saleem macam biasalah, Blues Tengganu Kiter, Suci Dalam Debu.

Zamani SYAIR SI PARI-PARI
Zamani SYAIR SI PARI-PARI

Zamani ni kalau kita tengok dari segi fizikal saya terfikir, kenapalah beliau ni kurus sangat. Bukan nak komen pasal badan dia yang kurus itu, tapi suara beliau pun masih mantap lagi.

Lagu yang dibawa Zamani antaranya Syair Si Pari-Pari, Gerimis Mengundang dan Nur Kasih.

Ali, Aris, Rahmat, Zamani, Saleem
Ali, Aris, Rahmat, Zamani, Saleem

Cuma gambar Aris Ariwatan yang tak ada dalam simpanan saya. Apa pun saya ucapkan tahniah kepada pihak penganjur Konsert ini, Istana Budaya yang membawa 5 Lagenda Rock ini.

2 jam 30 minit memang tak terasa dalam Panggung Sari Istana Budaya tersebut. Apa yang seronoknya, lepas balik dari konsert itu saya terus cari lagu-lagu Rock Leleh yang diminati ramai.

Secara peribadi, walaupun zaman Rock Leleh bukan dalam zaman saya, tetapi lagu-lagunya sangat meruntun kalbu. Saya harap, melodi yang sungguh hebat dapat dibuat parody dengan liriknya agar ianya memberi kesan yang lebih baik kepada pendengar.

NOTA : Terima kasih kepada Abang Fareed Sharif (Boy) yang mempelawa kami ke ke konsert tersebut. Kalau ada jemputan, jemputlah lagi ye. TQ!

MUZIK ADALAH SENI. ROCK OOO!

Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com
57000 Bukit Jalil, 22 Mac 2013.

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *