PARASIT DALAM PAS?

Bingkisan daripada bekas Pesuruhjaya Pas Selangor

1. Fenomena yang berlaku dalam UMNO  : Ramai orang yang bijak pandai (golongan profesional) nak masuk UMNO. Tetapi ketua cawangan atau ketua bahagian UMNO tak terima mereka (golongan profesional) masuk dalam UMNO. Mengapa? Kerana ketua-ketua UMNO takut jawatan mereka di dalam UMNO akan tergugat jika golongan berpelajaran masuk UMNO.

2. Kebiasaannya orang berpelajaran akan lebih diterima menjadi pemimpin.

3. Perkara ini diakui sendiri oleh Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Dahulu, UMNO tutup peluang kepada orang-orang berpelajaran ini.

4. Lihatlah sekarang di dalam Pas, begitu ramai orang-orang di dalam Pas terdiri daripada golongan Doktor, Jurutera dan sebagainya. Mengapa? Secara luarannya, mereka mahu berjuang untuk Islam, tetapi cuba kita fikir semula tentang fenomena yang berlaku dalam UMNO, mungkin ada betulnya apa yang dikatakan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad tadi.

5. Analogi org berpelajaran tak dapat masuk umno, lepas tu masuk pas.. Org2 ini tak dapat tarbiah sebenar dari pas, lepas tu jadi parasit di dalam pas. Hanya masuk pas kerana nak masuk politik, bertanding dalam pilihan raya dan jadi wakil rakyat.

6. Parasit di dalam Pas menyebabkan Pas sudah lari daripada perjuangannya. Jika dulu, Pas berjuang berhabis-habisan untuk Islam tetapi sekarang sudah dilihat sudah berubah perjuangannya.

7. Isu2 Islam yang timbul di dalam negara, pastinya akan timbul banyak ‘fatwa2’ baru oleh Pas. Seolah-olah tidak mahu sama pendapat dengan UMNO dalam isu agama. Perkara ini hanya menyebabkan kekeliruan di kalangan umat Islam sendiri terutamanya dalam isu kalimah Allah.

8. Mengapa ada segelintir pemimpin Pas yang menyokong penggunaan kalimah Allah digunakan pakai oleh orang bukan Islam? Bukankah ini adalah satu cara membodek orang bukan Islam untuk menyokong mereka? Dan mengapa pula ada ulamak Pas yang berbeza pendapat dengan golongan ‘profesional’ Pas ini? Mengapa golongan ulama menolak dan golongan profesional Pas menerima pula?

9. Adakah kerana PUTRAJAYA yang mahu dirampas itu mereka sanggup mengubah dasar perjuangan mereka?

10. Itulah idealogi parasit yang hanya mahu menumpang disebalik kekuasaan yang sedikit diberikan oleh Allah.

11. Renungkan apa yang dikatakan oleh Bekas Timbalan Presiden Pas, Allahyarham Dr. Zulkifli Mohamad pada amanat terakhirnya pada 6 Mei 1964:

‘”Lantikan (Exco, Wakil Rakyat dan Penjawat Kerajaan) inilah tempat-tempat ini subur dengan kuman-kuman yang membawa sengketa kepada kita apa yang akan kita buat diwaktu kita menghadapi ini semua yang akan kita buat adalah berpegang kepada keikhlasan kita, menyucikan tujuan kita kepada pelaksanaan dasar partai kita dan mengenepikan sebagang kepentingan yang lain dari itu.”

12. Kekuasaan dapat membutakan perjuangan. Kerana itu muncul banyak parasit dalam politik yang mahukan kuasa walau pun dengan tiket apa pun.

13. Yang terakhir kata Dr. Hassan Ali, Parasit tidak suka perkataan negara Islam sebab itu mereka tukar kepada Negara Berkebajikan.

PARASIT : SATU PERMAINAN POLITIK YANG SANGAT LICIK!

Blogger Templates

Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com

45700 Bukit Rotan, 2012.

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *